Bali day 3 ~ Lake Bratan


akhirnya..
sampailah kami ke tempat terakhir dan tempat yang memang menjadi pojaan hatiku
memang me dah tertarik nak pergi ke sini dari dulu lagi..
bila nengok blog dan gambar2 pasal bali,
memang tempat ni wajib ada..
mula la pasang angan2..

temple atau pun pura ni terletak di tasek Bratan
sejuk weiii kat sini
serupa cam cameron highland..
mesti korg tak percayakan??
sbb bila baca blog ke... hapa ke..
mesti kita dah disogokkan ngan cuaca yang panas kat bali..
betulkan??
tapi tak tipu.. sgt sejuk kat sini..
mungkin sbb tempat ni terletak kat atas tanah tinggi kot??

bayaran masuk ialah IDR10,000 = RM3.50 cenggitu.
memandangkan balinese ngah sibuk membuat preparation untuk satu big ceremony pada bulan julai nanti..
maka kawasan di sini memang penuh dengan bahan2 pemujaan yang akan digunakan bulan julai nanti..
untuk pengetahuan uols..
kawasan ni terletak di antara gunung berapi Bratan (tidak aktif) dan gunung Catur..
dan tasik ini merupakan tasik kedua terbesar di sana

kami bertiga di hadapan pintu masuk..
time ni memang me dah tercari2 satu pura yang terapung di atas air tu..
tapi tourist guide ni sibuk suruh kami posing2..
layankan ajer la..

masuk2 ajer kawasan dalam ni..
kami ke sebelah kanan di mana terdapat satu balai yang menjadi tempat himpunan semua barang2 keperluan upacara sembahyang nanti....

barong dan rangda pun tidak ketinggalan ada disini..

oleh sebab mereka sedang membuat persiapan,
maka kami tidak dibenarkan utk masuk ke dalam kawasan ni..
tapi me tak kesah pun
sbb me masih tercari2 pura yang kat atas air tu..

finally, jumpa pun..
terkesima tau bila dpt jejak kaki kat sini..
perasaan tak boleh nak gambarkan..
ala2 cam jumpa bopren gitu..
~uwekk!!~


kami tidak dibenarkan utk berada disana..
dpt nengok dr jauh pun tak pe la..
kelihatan sekumpulan balinese sibuk membawa masuk barang2 pemujaan ke bahagian dalam pura itu...
owh yer..
kat bali ni, uols akan nampak bersepah2 golongan perempuan menjunjung barang2 jualan diatas kepala..
memang pro..
masa tourist guide kami bercerita tentang kaum hawa mereka..
me terus menyampuk > ni dah boleh buat catwalk ni..almaklumlah.. boleh imbang badan dan barang yang dijunjung..

haruslah mengabadikan kenangan dengan tempat yang menjadi kegilaan diri ini..

inilah pura yang me dok berangans nak lawati..
at last, sampai pun..
inilah namanya Pura Ulun Danu yang mana tersergam indah untuk dewi tasik iaitu dewi danu.

jalan punya jalan..
ternampak post ni..
tapi tak de org pun kat dlm post tu..
yang menjadi persoalannya..
apa tu maksud loket??
kalo loket emas yang pakai kat leher tu tau la..

memandangkan makan tengah hari kami yang terbantut tadi..
maka dengan bantuan abang kepada salah sorg drp kami,
kami mencari tempat makan halal yang ada di sana..
finally,
jumpa pun..

kedai ni betul2 korg bole jumpa kat belah tepi pura tu.. once nampak post loket tu.. korang seberang la longkang kecik tu..
rasanya mcm nampak kedai ni ajer kat sana..

korang bole pilih either nak makan kat luar ni
atau pun kat dalam restoren cam kami ari tu..
so pilihan kami pada hari tersebut ialah..

nasi goreng seafood IDR25000 = RM8.90
* tak payah order la...sbb rasanya bukan kitaorg makan nasi goreng pun, rasa cam makan serbuk perasa la pulak.!!*
tapi terpulang kat uols la kalo nak order..
mana la tau tetiba nasi goreng ni sedap sbb mereka dah tukar chef waktu korg datang sana pulak..

udang goreng tepung pula IDR 18500 = RM6.60
ini ajer yang habis kitaorg makan..

seriyes menggigil kitaorg time ni..
sejuk sesangat!!
baru nak suap makanan..
tetiba terdengar alunan suara azan asar..
rasa nak menangis pun ada gak..

abis makan..
kami pun bergerak..
hati gembira sbb semua yang ada dlm wishlist tercapai..
lepas ni bole lah tido ngan aman...

sepanjang perjalan ke kuta (2 jam) memang me dah dibuai dan diulit mimpi..
sedar2 ajer dah sampai kat bandar kuta..
oleh sebab me ngah mamai sbb baru bangun tido..
me iya kan ajer apa yang dikatakan oleh tourist guide itu..
udahnya..
kami berjalan kaki ke pantai kuta
berkesempatanlah salah sorang kawan kami untuk melihat sendiri keindahan pantai kuta..
manusia memang ramai waktu tu..
tapi tak boleh nak snap gambar sbb tangan masing2 penuh dgn ole-ole
cuma sempat la menguis kaki kat pantai kuta jap
kemudian kami bergegas ke McD yang terletak betul2 kat bandar kuta..
sampaikan masa membeli makanan kat McD,
nak ambik gambor tempat kejadian bom pada tahun 2002 tu pun tak sempat..
apa lagi nak membeli ole2 kat hardrock pun tak kesampaian..
maka berjalan kaki lah kami ke bilik hotel yang tidak jauh dari bandar kuta..
tamat la program suka suki kat bali..
entah apa pulak yang menanti pada esok harinya..
jgn lupa utk stay tuned!!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 3 ~ lake tamblingan & lake buyan

makan sudah...
minum pun sudah..
gembira2 pun sudah..
makanya kami meneruskan perjalanan ke sebuah kawasan yang mempunyai 2 buah tasek di atas kawasan tanah tinggi
dalam perjalanan ke sana..
barulah nampak masjid yang pertama...

perjalanan ke sini tak de la jauh mana pun..
tapi sepanjang perjalanan ke sana ..........kiri dan kanan jalan penuh dengan payung2 dan batang pokok buluh sama ada berwarna kuning ataupun putih.

belah kiri ni yang kaler kuning semacam offering utk dewa,
manakala yang warna putih ni utk dewi.
sebenarnya Bali memang terkenal dengan pelbagai upacara keagamaan yang mana membuatkan masyarakat di sana kerap bercuti
sbb tu menurut si tourist guide kami
org bali hidup susah sbb peluang pekerjaan sgt la terhad.
oleh itu mereka sanggup buat apa sahaja utk hidup..
sbb tu masa kunjungan kami ke kintamani hari tu...
penduduk tempatan akan mengekori van kami utk menjual barang2 perhiasan, kain batik la..
sampai kita naik kesian..
tapi tourist guide kami dah pesan awal2..
cakap ajer
"no thank you"

sepanjang perjalanan ke sana pemandangan sgt menarik..
tourist guide kami siap mahu berhentikan van semata2 nak kami bergambar kat sawah padi..
eh tak payah la sbb kat kedah pun melambak sawah padi cenggini..

setiap kenderaan yang menggunakan plat number DK merupakan kenderaan dari Bali..
dan sekiranya warna hitam menunjukkan mobil persendirian,
kuning pula menunjukkan pengangkutan awam..
dan lagi satu yang menarik penunggang motosikal wanita mereka.. senang ajer kepit henbeg kat tepi..
kalo kat m'sia mau mati penunggang tu kena ragut dan ditolak ke tepi jalan.
kat sini selamat.
dan menurut tourist guide kami,
balinese takut utk membuat kerja gila seperti itu sbb mereka percaya akan hukum karma
serta denda yang bakal di terima..
contohnya..
kalau sorg balinese mencuri sebutir telur ayam..
dia kena membayar sebutir telur ayam juga kepada setiap ketua desa di kawasannya.. kalau ada 14 org ketua desa dlm kawasan dia, tentu2 dia kena bayar 14 butir telur kepada setiap seorg..
kalau dah namanya pencuri, dah tentu2 la dia org miskin..
celah mana nak cari 14 butir telur sebagai bayaran denda tu??

selain itu,
mereka juga akan didenda untuk menyapu sampah selama sejam dikawasan pura awam selama 7 bulan.

selain drp itu apa yg me notis kat kawasan kampung2 tak de nama jalan..
almaklumlah.. konon2 hobi terbaru nak ambik nama jalan di tempat holiday..
sekali hampeh tak nampak pun signboard nama jalan..
heLLLoOO???
menurut our tourist guide,
kat countryside memang tak de nama jalan..
so kalau ada surat, ketua desa yang akan ambil surat tersebut di kawasan bandar dan bawak balik ke desa serta agihkan kepada penduduk setempat.

disebabkan Bali mempunyai kaum hindu sebagai majoriti..
makanya babi memang bersepah2 dijual.
kang kalo byk sgt sign board cenggini me paste ade pulak kena samak blog ni ngan air tanah pulak.
apa korg nak, satay babi ada, nasi goreng babi ada, babi guling ada..
weiii geli la weii.. sbb teringat2 rupanya..
uweeKKkkkkk!!!!

frangipani @ kemboja memang melambak2 ada kat sana..
kalau kat sana..
bunga ni kiranya sgt berharga..digunakan untuk upacara keagamaan..
kalo kita kat m'sia bersepah2 bunga ni kat kawasan perkuburan..
eh tetiba rasa tersuka la pulak bunga ni..
selain itu kalau kat bali, bunga ni dipanggil bali jepun.
time beli t-shirt kat tanah lot,
ada t-shirt tu tulis bali jepun..
kitaorg pun tertanya2 la dah kenapa nak negara jepun.. nama negara lain tak de pun??
rupa2nya bunga ni memang derang panggil jepun pun..
owh yer menurut cerita si tourist guide ni..
apabila seorg balinese tu mati..
dia akan dikebumikan selama lebih kurang 3 hingga 4 tahun sebelum digali semula dan dibakar..
tapi bagi baby yang berumur 1 hingga 5 tahun pula mereka akan ditanam selama2nya.. sbb budak2 ni tak de dosa..

boraks punya boraks..
akhirnya sampai pun ke tempat yang ditujui..

tempat ni terletak di bedugul..
terdapat 2 tasek besar yang terletak bersebelahan iaitu tasik tamblingan dan tasik buyan

owh yer setiap sempadan,
uouls akan nampak pintu gerbang seperti ini sebagai tanda pemisah antara dua sempadan..

dalam perjalanan balik..
tetiba mata ni ternampak bunga pojaan ku bersepah2 kat tepi jalan..
adoiyaaa

rupa2nya bunga ni digunakan semasa upacara keagamaan mereka selain bali jepun..
muahahahaa...
so memang banyak la bunga2 ni ditanam dikawasan ni..
mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang sejuk..
patutla pokok yang me tanam tak berbunga2...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 3 ~ strawberry stop ~ bedugul

selepas bergembira dan selca kat tanah lot
kami meneruskan perjalanan ke bedugul
untuk menikmati udara nyaman dan minuman strawberry
turun ajer dari van
kami disambut oleh bunga ini..
pitamsss sekejap!!!
i'm in love!!
selepas membuat pesanan makanan
kami bersiar2 ke kawasan penanaman strawberry dan tumbuh2an lain..
sekali nengok mcm cameron highland ajer.
suhu sgt la sejuk
sampaikan waktu kami melepaskan hajat,
ada ajer antara kitaorg yang terjerit2 sbb air yang sejuk..
muahahahhaha

landskap yang memang dijaga dengan rapi...



barisan strawberry..
bak kata sorg kawan me..."eh cukup ker strawberry ni nak buat minuman kita??"


sekali nengok mcm terung ajer..
tapi apa ntah namanya pun tak tau
yg penting buah ni masam dan berwarna kemerahan bila dah masak nanti.

berada di kawasan tanah tinggi..
bukan ajer pokok yang segar bugar,
kami pun segar bugar menggigil kesejukan

limau tempatan..



untuk melepaskan penat berjalan,
kami ke kawasan taman untuk merasa jadi budak kecil semula.
baru nak duduk main buaian...
dah dipanggil utk makan..
menu me utk lunch hari itu..
(LUNCH yer... jgn terkejut!!)

strawberry pancake with honey and ice cream..
IDR13000 = RM4.60


strawberry juice IDR 10000 = RM3.50
strawberry with ice-cream IDR10000 = RM3.50
murahkan??
jgn tak percaya..
me siap order 2 pancake dan 2 mangkuk strawberry tu..
muahaha...

masa kami mula2 order ni,
ada sorg kawan me perutnya tak berapa sihat hari tu
so waktu order ni,
dia siap2 order nasi goreng..
dalam hati ni.. eh nak ke dia makan.. sedangkan tak tau apa perencahnya.??
tapi malas la nak ckp..
so tourist guide kitaorg pelik sbb me hanya order pancake ajer..
tapi me ckp la yang memang me nak mkn yg itu ajer..
time kitaorg ngah makan tu..
tiba2 seorg kawan me terhenti makan..
tapi tak sampai hati pula nak tanya kenapa..
tak sampai beberapa minit,
sorg lagi terhenti makan..
so tourist guide kitaorg hairan la
bila dia tanya salah sorg kawan me..
dgn confident ajer dia ckp sbb byk lalat berterbangan..
muahahahaha..
ayat cover line la tu..
once tourist guide kitaorg blah,
me pun tanya la sbb apa derang berhenti..
rupa2nya.. ada daging /ayam kat dlm nasi masing2..
sudahnya
mereka berdua ikut jejak langkah me meng'0der' 2 pinggan pancake masing2..
sorg kawan me tu tak habis2 beristighfar.....
kekekeke...
moral of the stori.....jgn malu2 tanya perencah apa yang digunakan sewaktu memasak..
kalau me, apa bahan tambahan dlm buat air pun me siap2 tanya..

kos menggaru kepala ~ IDR183000 = RM65.50
next kita ke tempat yang lebih tinggi lagi..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 3 ~ Tanah LoT


hari terakhir di bali merupakan hari yang penting utk me melangsaikan 2 lagi tempat yang memang dah ada dlm wish list..
seawal 830 kami berangkat ke tanah lot
sapa yang pergi ke bali tak lengkap kalau tak melawat ke tanah lot ni...
cuaca time tu sgt la cerah..
kalau ikut drp pembacaan beberapa blog sebelum bertolak,
panasnya sgt la hazab..
tapi alhamdullilah..
kami x de la rasa panas sgt..
mungkin kami bertolak pagi kot ke sana.

perjalanan ke sana tak jauh pun dr kuta
tapi ada juga la sampai pening2 kepala sbb jln pusing2 kerana redah kawasan kampung ..
tapi terbayar dengan keindahan sawah padi di sepanjang perjalanan ke sini.

kedatangan kami disambut oleh pintu gerbang yang terukir cantik ini..
owh yer,
entrance fee tak hingat la pulak berapa rupiah.
tapi tak yah risau.. murah ajer

sampai ajer ke kawasan sebelah dalamnya.. mata mula la melilau mencari pura yang tersergam indah seperti yang biasa dilihat dalam blog org lain..
rupanya..
kena melalui kawasan shopping ini dahulu..

sekarang ni berbelah bahagi pulak samaada
nak menengok pura yang gelemer itu kah,
atau
membeli belah kah..
huhuhuhu

owh akhirnya...
nampak pun pura yang menjadi tempat mesti dilawati dlm wish list ke-3 ini..
sangat cantik!!

waktu ni org dah mulai ramai..
samaada pelancong mcm me yang sekadar melawat
atau
penduduk tempatan yang sedang menjalankan upacara keagamaan
mereka..

menurut tourist guide kami..
sesiapa yang membawa bakal teman hidup ke sini akan menemui kegagalan dlm perhubungan
tapi
yang menemui teman hidup di sini akan berkekalan selamanya..
itu apa yang dikatakan oleh dia..
so terpulang la pada kepercayaan masing-masing..

kita org???
tak de maknanya menemui teman hidup kat sini..
merancang utk percutian akan datang ade la..

ombak agak kuat..
sebab itu ramai pelancong gemar surfing kat sini

seperti yang me katakan dlm entry sebelum ini..
offering memang berlambak2..
kadang2 tu bersepah2 kat tengah jalan..
dan menurut tourist guide kitaorg...
setiap hari selepas memasak,
mereka akan menyediakan offering yang ringkas seperti ini..
tujuannnya sebagai tanda terima kasih kepada dewa dewi mereka.

bertentangan dengan pura yang besar itu..
ada sebuah gua yang yang dikatakan mempunyai holy snake..
tak kuasa kitaorg nak menengoknya..
baik kitaorg concentrate pada lambaian kedai2 kat luar sana..
muahahaha..

sebagai kenangan , kitaorg bergambar dengan apa ajer yang ada kat sana..
time ni masing2 dah sibuk nak g kedai2 yang ada kat luar tu..
dengar citer murah..
ntah yer ke tak
tak tau la pula..

korang org sembarangan ke tidak??

yahooo...
mari kita membeli belah..
setelah diteliti dan dikaji...
harga barang kat sini boleh la dikatakan agak murah
yang paling penting tak de la bersesak2 mcm kat pasar sukawati ari tu..
dan yang paling penting banyak pilihan dan lebih cantik..
kalau kat pasar sukawati tu..
semua barang masih lagi berbungkus2..
so nak buat pilihan agak payah..
dan yang paling best me sempat membeli beberapa helai t-shirt lagi..
kualiti kain lebih bagus drp pasar sukawati tapi harga mahal sikit la..
tapi tak pe yang penting berpuas hati..

janji dengan tourist guide kitaorg sampai pukul 11 ajer..
tapi terlajak sampai pukul 12..
ni semua kes rambang mata punya pasal la..
adoiya...

ok kita ke next stop pula.....
gud bye tanah lot...
kenang daku dlm doamu..
miahahahaha...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER