akhirnya..
sampailah kami ke tempat terakhir dan tempat yang memang menjadi pojaan hatiku
memang me dah tertarik nak pergi ke sini dari dulu lagi..
bila nengok blog dan gambar2 pasal bali,
memang tempat ni wajib ada..
mula la pasang angan2..
temple atau pun pura ni terletak di tasek Bratan
sejuk weiii kat sini
serupa cam cameron highland..
mesti korg tak percayakan??
sbb bila baca blog ke... hapa ke..
mesti kita dah disogokkan ngan cuaca yang panas kat bali..
betulkan??
tapi tak tipu.. sgt sejuk kat sini..
mungkin sbb tempat ni terletak kat atas tanah tinggi kot??
bayaran masuk ialah IDR10,000 = RM3.50 cenggitu.
memandangkan balinese ngah sibuk membuat preparation untuk satu big ceremony pada bulan julai nanti..
maka kawasan di sini memang penuh dengan bahan2 pemujaan yang akan digunakan bulan julai nanti..
untuk pengetahuan uols..
kawasan ni terletak di antara gunung berapi Bratan (tidak aktif) dan gunung Catur..
dan tasik ini merupakan tasik kedua terbesar di sana
kami bertiga di hadapan pintu masuk..
time ni memang me dah tercari2 satu pura yang terapung di atas air tu..
tapi tourist guide ni sibuk suruh kami posing2..
layankan ajer la..
masuk2 ajer kawasan dalam ni..
kami ke sebelah kanan di mana terdapat satu balai yang menjadi tempat himpunan semua barang2 keperluan upacara sembahyang nanti....
barong dan rangda pun tidak ketinggalan ada disini..
oleh sebab mereka sedang membuat persiapan,
maka kami tidak dibenarkan utk masuk ke dalam kawasan ni..
tapi me tak kesah pun
sbb me masih tercari2 pura yang kat atas air tu..
finally, jumpa pun..
terkesima tau bila dpt jejak kaki kat sini..
perasaan tak boleh nak gambarkan..
ala2 cam jumpa bopren gitu..
~uwekk!!~
kami tidak dibenarkan utk berada disana..
dpt nengok dr jauh pun tak pe la..
kelihatan sekumpulan balinese sibuk membawa masuk barang2 pemujaan ke bahagian dalam pura itu...
owh yer..
kat bali ni, uols akan nampak bersepah2 golongan perempuan menjunjung barang2 jualan diatas kepala..
memang pro..
masa tourist guide kami bercerita tentang kaum hawa mereka..
me terus menyampuk > ni dah boleh buat catwalk ni..almaklumlah.. boleh imbang badan dan barang yang dijunjung..
haruslah mengabadikan kenangan dengan tempat yang menjadi kegilaan diri ini..
inilah pura yang me dok berangans nak lawati..
at last, sampai pun..
inilah namanya Pura Ulun Danu yang mana tersergam indah untuk dewi tasik iaitu dewi danu.
jalan punya jalan..
ternampak post ni..
tapi tak de org pun kat dlm post tu..
yang menjadi persoalannya..
apa tu maksud loket??
kalo loket emas yang pakai kat leher tu tau la..
memandangkan makan tengah hari kami yang terbantut tadi..
maka dengan bantuan abang kepada salah sorg drp kami,
kami mencari tempat makan halal yang ada di sana..
finally,
jumpa pun..
kedai ni betul2 korg bole jumpa kat belah tepi pura tu.. once nampak post loket tu.. korang seberang la longkang kecik tu..
rasanya mcm nampak kedai ni ajer kat sana..
korang bole pilih either nak makan kat luar ni
atau pun kat dalam restoren cam kami ari tu..
so pilihan kami pada hari tersebut ialah..
nasi goreng seafood IDR25000 = RM8.90
* tak payah order la...sbb rasanya bukan kitaorg makan nasi goreng pun, rasa cam makan serbuk perasa la pulak.!!*
tapi terpulang kat uols la kalo nak order..
mana la tau tetiba nasi goreng ni sedap sbb mereka dah tukar chef waktu korg datang sana pulak..
udang goreng tepung pula IDR 18500 = RM6.60
ini ajer yang habis kitaorg makan..
seriyes menggigil kitaorg time ni..
sejuk sesangat!!
baru nak suap makanan..
tetiba terdengar alunan suara azan asar..
rasa nak menangis pun ada gak..
abis makan..
kami pun bergerak..
hati gembira sbb semua yang ada dlm wishlist tercapai..
lepas ni bole lah tido ngan aman...
sepanjang perjalan ke kuta (2 jam) memang me dah dibuai dan diulit mimpi..
sedar2 ajer dah sampai kat bandar kuta..
oleh sebab me ngah mamai sbb baru bangun tido..
me iya kan ajer apa yang dikatakan oleh tourist guide itu..
udahnya..
kami berjalan kaki ke pantai kuta
berkesempatanlah salah sorang kawan kami untuk melihat sendiri keindahan pantai kuta..
manusia memang ramai waktu tu..
tapi tak boleh nak snap gambar sbb tangan masing2 penuh dgn ole-ole
cuma sempat la menguis kaki kat pantai kuta jap
kemudian kami bergegas ke McD yang terletak betul2 kat bandar kuta..
sampaikan masa membeli makanan kat McD,
nak ambik gambor tempat kejadian bom pada tahun 2002 tu pun tak sempat..
apa lagi nak membeli ole2 kat hardrock pun tak kesampaian..
maka berjalan kaki lah kami ke bilik hotel yang tidak jauh dari bandar kuta..
tamat la program suka suki kat bali..
entah apa pulak yang menanti pada esok harinya..
jgn lupa utk stay tuned!!
No comments:
Post a Comment