hari terakhir di bali merupakan hari yang penting utk me melangsaikan 2 lagi tempat yang memang dah ada dlm wish list..
seawal 830 kami berangkat ke tanah lot
sapa yang pergi ke bali tak lengkap kalau tak melawat ke tanah lot ni...
cuaca time tu sgt la cerah..
kalau ikut drp pembacaan beberapa blog sebelum bertolak,
panasnya sgt la hazab..
tapi alhamdullilah..
kami x de la rasa panas sgt..
mungkin kami bertolak pagi kot ke sana.
perjalanan ke sana tak jauh pun dr kuta
tapi ada juga la sampai pening2 kepala sbb jln pusing2 kerana redah kawasan kampung ..
tapi terbayar dengan keindahan sawah padi di sepanjang perjalanan ke sini.
kedatangan kami disambut oleh pintu gerbang yang terukir cantik ini..
owh yer,
entrance fee tak hingat la pulak berapa rupiah.
tapi tak yah risau.. murah ajer
sampai ajer ke kawasan sebelah dalamnya.. mata mula la melilau mencari pura yang tersergam indah seperti yang biasa dilihat dalam blog org lain..
rupanya..
kena melalui kawasan shopping ini dahulu..
sekarang ni berbelah bahagi pulak samaada
nak menengok pura yang gelemer itu kah,
atau
membeli belah kah..
huhuhuhu
owh akhirnya...
nampak pun pura yang menjadi tempat mesti dilawati dlm wish list ke-3 ini..
sangat cantik!!
waktu ni org dah mulai ramai..
samaada pelancong mcm me yang sekadar melawat
atau
penduduk tempatan yang sedang menjalankan upacara keagamaan
mereka..
menurut tourist guide kami..
sesiapa yang membawa bakal teman hidup ke sini akan menemui kegagalan dlm perhubungan
tapi
yang menemui teman hidup di sini akan berkekalan selamanya..
itu apa yang dikatakan oleh dia..
so terpulang la pada kepercayaan masing-masing..
kita org???
tak de maknanya menemui teman hidup kat sini..
merancang utk percutian akan datang ade la..
ombak agak kuat..
sebab itu ramai pelancong gemar surfing kat sini
seperti yang me katakan dlm entry sebelum ini..
offering memang berlambak2..
kadang2 tu bersepah2 kat tengah jalan..
dan menurut tourist guide kitaorg...
setiap hari selepas memasak,
mereka akan menyediakan offering yang ringkas seperti ini..
tujuannnya sebagai tanda terima kasih kepada dewa dewi mereka.
bertentangan dengan pura yang besar itu..
ada sebuah gua yang yang dikatakan mempunyai holy snake..
tak kuasa kitaorg nak menengoknya..
baik kitaorg concentrate pada lambaian kedai2 kat luar sana..
muahahaha..
sebagai kenangan , kitaorg bergambar dengan apa ajer yang ada kat sana..
time ni masing2 dah sibuk nak g kedai2 yang ada kat luar tu..
dengar citer murah..
ntah yer ke tak
tak tau la pula..
korang org sembarangan ke tidak??
yahooo...
mari kita membeli belah..
setelah diteliti dan dikaji...
harga barang kat sini boleh la dikatakan agak murah
yang paling penting tak de la bersesak2 mcm kat pasar sukawati ari tu..
dan yang paling penting banyak pilihan dan lebih cantik..
kalau kat pasar sukawati tu..
semua barang masih lagi berbungkus2..
so nak buat pilihan agak payah..
dan yang paling best me sempat membeli beberapa helai t-shirt lagi..
kualiti kain lebih bagus drp pasar sukawati tapi harga mahal sikit la..
tapi tak pe yang penting berpuas hati..
janji dengan tourist guide kitaorg sampai pukul 11 ajer..
tapi terlajak sampai pukul 12..
ni semua kes rambang mata punya pasal la..
adoiya...
ok kita ke next stop pula.....
gud bye tanah lot...
kenang daku dlm doamu..
miahahahaha...
No comments:
Post a Comment