unplanned trip part 2

dek sebab mendapat berita yang traffic tidak mungkin menyebelahi me utk sampai jb pada masa yang ditetapkan,
haruslah melencong ke alor star.
kitaorang bermalam di T-hotel sebabnya dekat dgn area rumah salah seorang kawan ayah yang turut sama semasa majlis di penang aritu.
lagipun hotel ni baru dan ratenya pun ok jugak.
berdepan dengan hotel tersebut ialah terusan wan mat saman yang telah ditambak sikit hinggalah begini rupanya..
perjalanan pertama kami pada hari tersebut ialah ke Perlis untuk ke bazar MDKP yang terletak di bukit kayu hitam
nama pun jalan dengan mak-mak kan..
tempat sebegini memang sangat digemari oleh mereka-mereka..
sebagai anak yang menurut perintah...
ikut kan ajer la.
kan dah cakap..
tak de benda pun nak dibelinya kat sini..
tapi kalau mak-mak memang suka betul beli barang kat sini 
walaupun ada jer barang yang sama jual kat mana-mana..

next kami ke kuala perlis pula
sepanjang perjalanan memang tak jemu mata ni mengadap sawah bendang yang menghijau.
kawan abah bawak kitaorang makan laksa perlis.
katanya tempat ni sgt la famos amos tau
sebabnya dekat dengan jeti kuala perlis
memang la famos amos betul tempat ni..
sbbnya tak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.
sampaikan kitaorang terpaksa berdiri tepi meja semata-mata nak bagi tau kat orang ngah duduk kat meja tu agar makan dengan cepat.
kekekekkee
tapi time kitaorang makan tak tergesa-gesa pun nak meninggalkan meja
sebabnya memang stok laksa dah habis.
siap pekerja tu tutup separuh pintu kedai 
lepas pekena laksa special tu
kami pusing-pusing area jeti dan sekali lagi menyinggah kawasan beli belah untuk kaum ibu-ibu lagi..
kali ni..
operasi membeli belacan pulak.
layan..jangan tak layan..
nasib kat belakang kedai tu ada sawah bendang
tak terasa sangat boring sebab dok ralit bergambar dengan sawah bendang.
lepas membeli belacan tersebut,
kitaorang pun bergerak pulang ke hotel
dan bersedia untuk acara jalan-jalan esok hari.

hari kedua di alor star 
me sempat la menjamah sarapan orang kedah iaitu pulut ngan ikan kering.
yang mana agak jakun bagi saya yg berasal dari selatan nih.
so kemanakah kita hari tersebut??
ke pekan rabu la kita jer
punya la lama tak jejak kaki ke sini...
 rasanya nak dekat 10 tahun tak ke sini..
cuaca tak payah cakap ler..
panas yang hamat!
nasib berjumpa dengan kuih kegemaran.
dah la masih panas sebab baru digoreng.
memang laju jer masuk mulut ni.
memandangkan ada sorang ahli rombongan kena hadiri meeting esok pagi,
haruslah kami semua bergerak pulang.
oleh sebab kawan abah ni baik hati,
sempat jugalah dia bawak kami semua tour sekitar bandar alor star.

maka berakhirlah unplanned trip kami yang singkat itu..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

unplanned trip ~kuala kangsar~penang~alor star~kuala perlis~kuala kedah~

cuti sekolah yg lalu,
memang rancang untuk ke butterworth untuk majlis pertunangan seseorang..
punya la lama perjalanan..
memanglah jarak dari selatan ke utara tu jauh
bertambah pula dengan jammed..
kalau tak sabar boleh patah balik ke selatan..
R&R memang sesak ngan pengunjung..
parking memang nan ado..

so petang tu sempat la menyinggah ke kuala kangsar..
niat di hati memang nak ke pekan kuala kangsar
tapi kalau dah namanya konvoi beramai-ramai
ada ajer yg itu.. yg ini..
 akhirnya tak kesampaianlah hajat kami nak ke pekan kuala kangsar
sekadar minum petang di pinggir pekan
dan meneruskan perjalanan ke butterworth.

esok pagi..
senoneng kepala sebab kena bangun awal & siapkan hantaran
siapa yang bertunang tu..
biarlah rahsia..
nanti dah kompom ai bagi tau ek.. 
dalam 2ish majlis pun berakhir..
harus pantas sbb esok dah nak balik jb semula.
so memang plan ari tu cuma nak pergi ke bukit bendera dan nak pekena laksa janggus kat area balik pulau tu jer.......

mungkin sebab cuti sekolah dan weekends,
so jenuh gak la beratur utk beli tix kereta api tu..
harga tix utk local RM8 jer.
 alhamdullilah sampai ajer di atas 
terkesima 
dengan suhu yang nyaman dan pemandangan yg sgt cantik..
kami meneroka puncak penang hill

dari atas ni..
boleh lihat kepesatan pulau pinang
dan tahukah anda????????????
kat atas bukit bendera ni ada hotel...
seriyes saya tak tahu!!!!!
nampak gayanya terpaksa masukkan agenda tu utk plan yg akan datang..
jika kita menyusur ke belakang..
masih banyak tarikan yg ada di sana..
dan hari tersebut kami menaiki ride untuk meronda-ronda kawasan sekeliling bukit bendera.
harga yang dikenakan hanyalah RM30 untuk satu ride.
so bole la muatkan sehingga 6 orang
ada certain stop yg dorang akan bagi peluang utk bergambar
atau agak2 uols notice tempat yg cantik..
boleh je soh driver tu berhenti.

tinggalan dari tahun 1818 katanya..

periuk kera..
antara tempat yang diberhentikan untuk pengunjung melihat sendiri periuk kera ni..

jambatan gantung tertua katanya juga..

rumah yang tidak berbumbung katanya..
abis tu, time hujan camana??
tapi rasanya ada jer atap zink kot..

lagi antara rumah yang ada di atas sana..
jgn tak tau..
di atas sana tu ada juga pejabat pos..
sila jgn bunuh kalau anda terjumpa dia melintas jalan.

dalam jam 7 malam, 
kami pun bergerak pulang..
oleh sebab ramai gak pengunjung nak turun ke bawah,
dan kami orang yang terakhir masuk kedalam cable car,
makanya
tak kesampaian la hajat nak berada di bahagian hadapan cable car untuk merasai suasana ala-ala naik rollercoaster.

balik tu perut terasa lapar..
hajat nak cari laksa janggus tidak kesampaian untuk kesekian kalinya..
untuk itu kami ke padang kota
dan untuk kesekian kalinya haruslah order pasembor.
sikit tips, try beli pasembor kat gerai gani.
kuah dia lain daripada yg lain
dan yang paling penting........ panjang Q nya...
dan harga dia pun .....
main pukal jer..
RM29.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

selamat hari jadi sahabat..


 ni kes 2 bulan lepas..
memandangkan sorang member tu sambut besday
so kami sepakat nak g berjimba-jimba.
keluar pun tak jauh setakat aeon depan rumah jer.

so plan pun dibuat
me & edy stanby siap-siap kat subway
manakala aiza & besday girl datang lewat
hoh penat dok menunggu depan aeon tu seawal pagi
padahal janji pukul 11am.
seawal 9 dah sampai..
tujuan sampai awal sebenarnya nak g carikan box utk hadiah besday girl.
tapi lain pulak jadinya
siap sopink-sopink dulu kat tingkat 2
sekali lupa ari tu sabtu
so tak de plastic bag
hoyeh!!
dasar kedekut nak kuarkan 20sen
sanggup berlari-lari utk g simpan barang sopink kat carpark tingkat bawah..
pastu berlari semula tingkat atas nak cari kotak hadiah..
sekali tak berkenan pulak..
lari lagi tingkat paling atas..
sekali mamat cina kat dlm kedai tu kata bagi dia 5 minit utk bubuh reben pulak..
yg me ni demand pulak.......nak reben kaler tu & campur kaler ni..
yg dah readymade punya tak nak.
ok fine.
sementara menunggu kotak siap di wrap..
sempat lagi berlari nak melepaskan hajat.
ladies yg ada satu tingkat ngan kedai tadi tak nak pegi sebabnya tak biasa..
so gedik-gedik pergi ladies wing yg lagi satu..
syabas utk diri sendiri sebab membayangkan diri berada dlm runningman.

sudahnya jam 11 dah dok terpacak kat subway.
sian kami org johor ni..
berhempas pulas beratur utk mkn subway ni ha..
almaklumla.. dolu2 kalo nak mkn kena g kl baru bole mkn..
la ni semata-mata nak mkn 6 inch sandwich tu kena beratur panjang.
sian..sian..

disebabkan dtg awal pagi..
maka saya tak sempat nak b'fast dulu.
so, gigih g beratur dulu utk beli sandwich.
sekali tgh seronok pilih-pilih
 si besday girl & aiza ikut beratur kat belakang.
ini tak bole jadiiiii
sbbnya si besday girl memang tak tau kedatangan saya &  edy..
pelbagai alasan yg si aiza beri konon-konon kami berdua tak nak join.

yg saya kat depan dorang time tu sgt mengelabah..
siap tutup-tutup muka..
sampaikan budak subway tu tertanya-tanya kekdah menutup muka dari memilih roti sandwich sampai ke kaunter pembayaran..
si besday girl haram tak perasan
si aiza pulak pulun dok meng'cover' saya..

later selepas berjaya meloloskan diri....


hebat muka tak boleh blah terkejut..

makanya... tamat la sudah operasi penyamaran..
makanlah kami sandwich yang telah dipilih berserta kek greentea yang serupa rasa rumput..
eiii tak sedap sungguh..

lepas makan-makan..
borak-borak..
edy mintak diri dulu sbb nak g rumah org kawen..
dan kitaorang bertiga naik keta berpindah ke aeon yang lain pulak..

dek tak cukup berborak tadi,
sambung pulak makan kat the manhanttan fish market
time order masing-masing claim dah kenyang
sekali........................
LICIN ok!

menjelang malam..
kitaorang bergerak pulak ke.......................
MC D..
walaweiii
ari tu kejanya makan, makan, dan terus makan..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

~korea~indonesia~Vietnam~paris~OZ~


bulan lepas..eh ke 2 bulan yang lepas..
tak ingat la..
yang penting satu hari office call kata ada parcel.
eh rasanya tak de buat online shopping.
tapi mengapakah ada parcel?

so 2 hari kemudian,
pergi office & ada satu parcel comel dari melaka.
sekali bukak ajer
dah boleh agak dari sapa dah..

walaupun berkenalan dari muka buku (eh yer ker)
tak pernah bersua,
tapi persahabatan itu sgt jujur.
kami sering bertegur sapa bila di muka buku.
kekekekkeke

mempunyai minat yang sama,
lantas kami bercadang untuk bertukar-tukar tanda hati setiap kali pulang bercuti..
walaupun saya ni masih baru lagi dalam dunia pengembaraan 
berbanding dengan dia yang dah banyak mengembara...
tapi dia tetap merendah diri..

tak terlewat rasanya untuk mengucapkan terima kasih atas tanda hati yg diberi..
malu pun ada juga bila tanda hati krabi tak sampai-sampai lagi kepada tuan empunya diri..
sabar yer cik-anne..
nanti saya pos. kekeke..

p/s: bz betul cik-anne sampaikan tak terupdate blog tu. hari-hari saya tolong bersihkan sawang tu tau..


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

lawatan sambil belajar sambil berpeluh-peluh..


holla... sebulan tak bersihkan sawang kat blog sendiri..
blog org lain, tiap-tiap hari me tolong bersihkan..
 gitoo la kan..
berhati mulia....
sekali bila bukak dashboard ni...
eh??? apa kebenda semua dah rupa lain???

sepanjang sebulan ni , me sgt bz...
bz yang dibuat-buat sebab tiap-tiap hari dok melayan runningman.
org lain dah tak kesah dah cite tu..
me masih terhegeh-hegeh dok melayan

dan sepanjang sebulan itu jugak la..
tak kemana-mana pun..
masih selamat bernafas kat bumi johor ni..

beberapa minggu lepas
sempat juga la membawa 2 org anak sedara yang hiper aktif tu ke zoo johor
adussss nak tercabut kepala lutut mengejar dorang.

 kalau nak ikutkan..
me bukannya suka sgt nak ke zoo ni..
panas hokey!
tapi memandangkan lawatan ini sgt bermakna utk kanak-kanak yang baru nak kenal dunia...
maka makcik yang berhati mulia ni..
pergi la juga..
sob..sob..sob

zoo johor ni betul-betul terletak di sebelah masjid sultan abu bakar.
dari sini dah boleh nampak bangunan masjid yang gah berdiri di atas bukit tu..
bayaran masuk tak mahal.
dalam beberapa RM jer.

walaupun sama ajer binatang dalam semua zoo..
tapi..mari layan apa yang ada kat sini..


selain melihat binatang..
ada macam-macam aktiviti yang boleh dibuat disini..
contohnya...
mengayuh apa kebenda namanya ni..
Rm5 ajer..
 selain tu..
ada gak aktiviti naik kuda..
dan
pertunjukan burung.....
 gigih burung tu terbang untuk menangkap makanan yang dilemparkan oleh abang baju merah tu...

cool eh burung tu naikkan bendera negeri Johor..

paling best bila burung tu berlakon apabila ditembak oleh salah sorang pengunjung pada hari itu...

 pastu mula la adegan rebah ke bumi..
memandangkan hari tersebut ialah hari jumaat
menjelang tengah hari kitaorang terpaksalah bergerak pulang...
makcik happy sebab dah tak berpeluh..
anak sedara happy sebab dpt angry bird ngan upin ipin...
 ok tamat sudah lawatan muhibah ke zoo.
pasni boleh la membezakan antara ayam & itik,
biawak & buaya..

untuk selingan..
jemputlah melihat keindahan sepanjang selat tebrau..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER