China 13583km - Lanzhou to Chengdu

Day8 - 10 Dec 2015
Pagi ni memang bangun awal sebab plannya nak check-out pukul 8 pagi. Dalam pukul 7.30 pagi dah minta tolong adik-adik manis kat reception desk tu tolong call kan taxi. Walaupun dah remind dorang dari semalam....haram belum call taxi ghupenya. So pagi tu, dorang tolong tahankan taxi untuk ke Zhangye Railway Station. Kalau baca mana-mana post pun, memang dah bagitau tambang taxi mesti 10 yuan. Tapi pagi tu, staf tu bagitau tambang hanyalah 5 yuan. Tu katanyeeee..hakikatnya, taxi tetap charge 10yuan.

Tak jauh mana pun stesen kereta api ni dengan hotel. Dalam 10 ke 15 minit dah sampai dah. Stesen ni masih baru lagi sebab memang boleh nampaklah shoplot dorang sedang dibangunkan. Timbunan pasir ada dimana-mana.
Besar naw stesen ni. Macam rupa airport pun ada gak. Duduklah melangut kat dalam tu nengok orang ulang-alik beratur untuk naik tren.
Pukul 10.10 pagi, tren pun tiba. Pagi ni naik bullet tren terus ke Lanzhou. Seat tren ni memang best dan besar. View pun ohsem weii.. Dalam jam 1 petang, sampailah di Lanzhou Xi Railway Station. Stesen ni super duper besar dari stesen tadi. Nak tercabut kaki ahkak mengejar dorang sebab nak menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket ke airport pulak.
Mengikut signage "NORTH" akan guide korang ke luar bangunan ni. Kat belah kanan korang akan nampak kaunter tiket. Mula-mula aku pun nyaris terhijab daripada nampak kaunter tiket ni. Sebab aku bayangkan kaunter tiket ni macam tingkap-tingkap kecil kat tepi dinding ceggitu. Rupanya idok eh. 

Ni satu lagi hazab bila dorang tak faham apa aku cakap. Silap aku gaklah lupa nak cari "airport" dalam mandarin. Siap aku buat bunyi dan aksi okeh. Padahal dalam booking tiket kapal terbang aku tu memang dah siap-siap tulis nama airport. Nasib baiklah dalam banyak-banyak whatsapp yang aku hantar untuk rescue telah dibalas oleh sorang member satu tempat kerja. Rupa-rupanya Zhongchuanjichang namanya.  Huk Huk Huk. Ada banyak pilihan masa departure. Dan aku pilih paling awal iaitu 20 mins dari tempoh tiket aku tu di print.
Akhirnya macam tak cukup tanah aku berlari untuk mencari dimana platform tren. Siap scan bagai bag dengan aku sekali, berlari pulak naik ke departure hall. Penat toksah cakaplahkan. Yang pasti..kat sini aku ada nampak restoran halal. Tapi aku mampu nengok je lah kan.....Akhirnya, aku pun sampailah kat mesin automatik tiket. Tak de orang pun beratur. Kalau nak dikira-kira mestilah aku orang terakhir sampai. Aku pun try swipe tiket tu. Tapi kuar warna merah dan palang tu tak mau naik. Ah sudah. Time tu aku tak kira la malu ke apa. Banyak kali aku swipe cenggitu juga. Jangankan peluh jantan...segala mak nenek peluh dah keluar time tu. 

Aku pun duduk kat kerusi situ sambil tarik nafas kekeciwaan. Tiba-tiba sorang pompuan ala-ala pramugari berjalan ke arah mesin tiket tu. Barulah orang ramai yang duduk sama-sama tadi.... bangun dan beratur. Cisss rupanya Tipah tertipu okeh. Walaupun pompuan pramugari tu cantik menawan..tapi budi bahasa memang out okeh. Tengking dan tolak orang tua memang tak de masalah. 
Pukul 3.40 aku pun sampai di airport. Now aku terkial-kial mencari kat mana terminal2 as kapal terbang malam ni akan depart dari T2. Pusing punya pusing, rupanya tren ni memang berhenti di T2 Lanzhou Airport. Now baru pukul 4 dan mereputlah sorang-sorang kat situ menunggu nak check-in pukul 6 petang.

Airport ni tak de la besar mana. Retail department pun kecik aje pun. Tengah duduk tiba-tiba segerombolan polis buat spotcheck. Sekali dengan aku pun dia spotcheck. Nasib baiklah mamat kat sebelah ni tolong  translate apa si polis tu mintak. Oleh sebab ko ni foreigner, dorang bukannya bersungguh nak check korang pun.

Tepat jam 6 petang, terus aku ke self check-in counter. Sekali aku yang haram tak faham nak check-in camana. Oleh sebab nampak aku ni macam terkial-kial, staf tu suruh terus ke kaunter 6. Chek-in mudah je. Tapi ada benda yang korang kena tau lepas dapat boarding pass. Ni pun aku tau lepas aku kutip pengalaman menaiki China Eastern Airline. Once dapat je boarding pass...korang kena tunggu kat tepi kaunter tu. Ada LED display board. Kalau beg korang yang di scan tu ada problem...makanya nama korang akan naik. So korang kenalah masuk dalam satu bilik ni untuk digeledah begnya.

Nak dijadikan cerita...airlines ni bagi 20kg luggage free. So aku pi la humban semuanya masuk kargo. Sekalinya, bagpack aku tu tak lepas sebab aku ada letak battery camera kat dalam tu. Dorang bukak bag aku dan suruh handcarry battery tu. Oleh sebab tadi aku dah wrap bag aku ni...jadinya staff tu bawa bag aku untuk di wrap semula F.O.C.

Sini bukannya pakai plastik untuk wrap ye Pakai kotak. Oleh sebab aku tak nak berkotak bagai...aku pilih yang murah iaitu strap ajer dengan harga 10 yuan.

Memang aku sarankan ...beradalah di airport lebih awal..sebab kat sini memang kaw kaw beratur. Flight malam tu delay 1 jam as Urumqi bercuaca teruks.

Untuk next entry bermulalah cerita tak seronok aku...Senang cerita............ Chengdu tak berapa nak mengalu-alukan kedatanganku kali ni. Huks.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

China - 13583km Day 7 (Zhangye Danxia National Geopark)

9 Dec 2015
Pagi ni keluar hotel seawal 7.45 pagi sebab nak kejarkan bas pukul 8 pagi. Suasana masih gelap macam pukul 5 pagi. Kereta pun susah nak nampak. Yang ada ialah tukang sapu jalan je.

Masuk je bus stn.......... lenggang. Lepas dah scan semua tu....terus je menuju kepada sorang staff yang duduk betul-betul kat pintu. Lepas dia nengok ticket, terus dia bagi signal suruh duduk dulu. Tak lama selepas tu, dia panggil semula dan bagitau dah boleh naik bas. Ikut je la crowd. Nak tanya yang lain..macam tak sempat sebab semuanya rush semacam je.
#G08679 tu nombor bas yer. Itu je la yang aku faham bila kakak kaunter bagitau. Yang lain hareemmmm tak faham.

Naik je bas, terus duduk kat area depan. Gigih taw. Dulu zaman sekolah memang jangan haraplah nak duduk kat depan.Tak cool katanya. Tapi hari tu..memang duduk seat belakang driver eh. Dan dan tu jugaklah gerun nengok clip yang ditayangkan tentang suasana bas yang accident sebab tak pakai seat belt. Tunggang-langgang penumpang kat dalam bas tu. Oleh sebab insoffff....terus pakai seat belt. Tak lama lepas tu, driver check sorang-sorang untuk pastikan semua pakai seat belt. Ape ke pe'el dorang ni....nak suruh pakai seat belt pon macam nak gaduh. Orang yang berhati tisu memang akan sentiasa memendam rasa je la sepanjang duduk kat sana.

Sepanjang perjalanan.... memang kawasan padang jarak padang terkukur yer. View memang mendukacitakan lah. Langsung tak nampak pokok. Perjalanan mengambil masa sejam.

Sampailah tiba-tiba bas berhenti dan bagi signal suruh aku turun. Dengan terpinga-pinga..aku pun turun. Tapi sempatlah driver suruh aku lintas dan bagitau arah ke Danxia Landform ni.
Sekali kawasan tu  rupanya macam ghost town. Lengang dan sunyi sepi. Semua kedai dan restoren tak buka. Sambil berjalan tu, aku terfikir ye ke tidak laluan ni. Tak de orang untuk bertanya soalan. Redahkan aje la berjalan sorang-sorang. Tiba-tiba........
jeng jeng.. seekor anjing main belon acah pulak. Dah la aku ni jenis penakut.

Tapi kali ni...aku beranikan diri sambil main belon acah dengan anjing tu. Last-last anjing tu surrender dan terus blah. Sorry la anjing....Kali ni tak dapat nak belanja makan pie ayam macam aku belanja sepupu ko masa kat santorini aritu.
Akhirnyaaa....sampai pun di pintu masuk landform ni. Pun lengang kat sini. Time tu..matahari dah start tinggi. Bukit kat tepi yang berlapis-lapis warnanya mulai pudar. Memang aku budget tak berapa nampak sangat keajaibannya bila matahari mula meninggi. Sememangnya betul. So saranan aku...kalau korang pergi secara ber'group' ada lah lebih afdol korang sewa kereta ke sana. Biasanya kalau nak nengok view yang ohsem..korang pergi lewat petang ataupun selepas hujan. Sebab landform ni sangatlah asyik viewnya kalau kurang pencahayaan.

Oleh sebab aku ni pergi solo, haruslah aku adjust sikit masa agar tidak tertinggal bas untuk pulang ke west bus station nanti. Seingat akulah..untuk winter ni...bas pukul 8pagi bukanlah bas pertama ke sini. Kalau tak silap dalam pukul 7 lebih kot paling awal korang boleh bertolak.
Oleh sebab aku tak tau pun macam mana keadaan kat belah dalam park ni.....haruslah aku mengosongkan tangki air. Nasib baiklah toilet dia boleh diterima dari segi kebersihan. Else..haruslah aku tahan untuk membuang kat hotel nanti.

Berbekalkan 60 yuan (entrance+shuttle) aku pun masuklah ke dalam park. Kakak kaunter dah siap-siap bagitau aku suruh naik mini van yang ada kat situ. Aku pun menonong je terus bukak pintu van dan naik.
Dalam 5 minit tak lama lepas tu..ada sorang lelaki approach aku. Berbahasa mandarin. Aku cuma tau cakap..."wo bu minpai". Hambik ko..Tersengih je dia. Pastu terus dia berbahasa inggeris dengan aku. Hiks.  Rupa-rupanya dia tu dari Taiwan. Kiranya versi pelancong macam aku jugaklah tu. Berbudi bahasa okeh.

Kejap lagi dia datang semula dan bagitau aku suruh masuk waiting room kat tepi tu. Aku yang terkulat-kulat tu pun ikutlah dia. Rupa-rupanya..ada ramai lagi orang yang tengah tunggu turn nak naik mini van tu. Hahahhaha..Kiasu pulak rasanyeeee...

Kat sini macam terkagum sikitlah sebab ko boleh nampak heater zaman dolu-dolu yang versi kayu api tu. Minuman panas pun disediakan. 45 minit lepas tu..barulah kami naik van.
Mestilah korang tertanya-tanya kan...benda apa yang aku cari kat Danxia ni. Aku tak sure korang pernah baca artikel tentang tempat ni ke tak.

Al-kisahnya......sebelum bertolak aritu, aku rasa hari-hari aku ternampak artikel tentang tempat ni kat fb mahu pun gambar yang ohsem di ig. Start tu, aku mulalah meng'google' tempat ni. Memandangkan dah alang-alang aku ke China...haruslah aku gali dan terus gali info tentang tempat ni. Malang sungguh sebab masa aku pergi tu...aku kekurangan sumber rujukan. Paling payah aku nak jumpa artikel yang ditulis oleh orang kita. Senang cerita memang tak de la. Mungkin orang kita yang dah ke sini tak de menulis sebarang artikel tentang pengalaman mereka secara maya. Sebab bagi aku secara peribadi, untuk pergi ke tempat cenggini..biasanya aku kena banyak membaca pengalaman orang lain. Dari situ barulah aku dapat buat gambaran.

Berbekalkan satu travelog dari Indonesia aku nekad follow itinerary dia. Walaupun trip dia tu 3 ke 4 tahun sebelum ini...aku harap tak banyaklah yang berubah. Dan akhirnya...aku pun tiba ke sini dengan selamat dan jayanya.. hoyehh..
Ni lah pit yang pertama van turunkan kami......aku nengok macam kacang je nak menapak ke atas sana. Sekali hambik ko...macam nak putus nyawa aku dibuatnya.
Aku rasa aku la kot orang yang paling last sampai kat atas sana. Dorang ni jenis yang sampai je atas..ambik gambo dua tiga keping pastu terus turun. Korang bayangkanlah aku yang baru je sampai kat atas..snap je la gambar yang ada terus turun bawah. Platform kat belah atas ni pon satu.....besar bapak! Semua sudut aku rasa view menawan.

Gambar-gambar yang seterusnya dari pit kedua dan ketiga. Sebab aku rasa van tu turunkan kami macam 3 kali je. Memang tak nampak jelaslah colourful mountain yang macam kat ig tu. Cahaya matahari membuatkan tempat ni tak nampak sangat pun keajaibannya.















Oleh sebab banyak pit yang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan...trip aku ni tamat pukul 11 cenggitu. Saranan aku....pakailah krim sunblock lebih sikit ok. Dia punya sunburn macam naik greatwall aritu. Kalau korang ada kawan cina..meh suruh dorang bacakan jadual kat bawah ni. Aku pun tak sure ni jadual apa. Agaknya jadual bas la kot.
Pukul 11.40pagi aku pun berjalan untuk tunggu bas ke Zhangye. Now aku tak tau nak tunggu kat mana. Sebabnya aku tak nampak pun kat mana bus stop. Kejap lagi...datang sorang perempuan ni. Aku try communicate dengan dia. Ternyata terdapat komunikasi 5 atau 6 hala. Apa pun dia tak paham. Bila aku sebut Zhangye ala-ala slang orang tempatan...baru dia paham. Nampak tu... huruf Z bukan sebut macam Z kita okeh. Pandai-pandai la korang lenggokkan bunyinya. Ikut suka hati.
Daripada apa yang aku faham bahasa badan dia...bas yang lalu kat depan ni akan buat u-turn kat depan sana untuk bawa kita balik ke Zhangye. Memang betul..Tak sampai 10 minit bas tu lalu kat depan kami...kejap lagi dia u-turn. Naik je bas...kakak tadi cakapkan dengan driver..... aku nak turun kat Zhangye West Bus Station. Baiklah hai kakak tuh. Tiket bas beli kat konduktor aje. 10 yuan. Tak payah susah-susah sebab konduktor tu yang akan datang kat korang.

Sepanjang perjalanan memang mata aku terbuai-buai. Yang menariknya..aku ada ternampak sebuah kilang halal dalam perjalanan pulang. So aku yakinlah ada orang islam kat sini dan kebarangkalian untuk dapat makanan halal pun sangat tinggi.

Tak lama lepas tu....kakak tu nak turun. Aku suspek dia nak gi kerja kat kilang-kilang di sanalah. Sebelum turun..sempat dia jerit kat aku yang duduk dibelakang bas ni. Jerit kat aku just nak babai je. Satu bas buat tak peduli pon kecuali aku. Mestilah dorang tak terkejut sebab dah biasa dengar orang menjerit.

Sejam kemudian ....bus pun berhentikan kami kat Zhangye West Bus Station. Kali ni tak payah risau...sebab rasanya ni final stop. Tapi kena ingat..bus akan berhentikan korang kat belakang west bus station.
Akhirnya aku pun sampai jam 1230. Aku suspek kat tepi bus station ni ada kedai makan halal. Tapi aku tak de la gi singgah sebabnya mengantok! Memang mengantuk tahap gaban. Tak boleh nak tolong lagi dah. Cepat-cepat aku balik hotel. Lepas tu aktiviti aku hanyalah bergolek-golek atas katil macam panda sampailah ke malam.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

China 13583km - Day 6

8 Dec 2015

Menempuh lebih kurang 13 jam perjalanan dari Xian dengan hard seat...akhirnya aku pun sampai di Zhangye.  Targetnya mestilah la canggih sikitkan railway stn kat sini as Zhangye mungkin tempat tumpuan pelancong...tapi meleset target aku tu. Meleset sama sekali. Sedeh!

Tren stn kat sini rupa macam biasa-biasa aje. Tapi tak surelah kalau departure hall nya canggih. Nasib baiklah staf kereta api tu yang ingatkan aku untuk turun. Sebab tak de langsung announcement ke apa waktu dalam tren.
Zhangye ni bukan final stop. Kalau korang terlepas stn ni.....mungkin korang terus ke Umruqi kat Tibet sana. Oleh sebab andaianku tentang train station ni meleset, aku terus je berjalan keluar. Pastu tak sure nak ke arah mana. Ermmm....

Trip ke Zhangye bagi aku sangat mencabar...sebab tak jumpa satu blog Malaysian pun yang ada cerita tentang Zhangye. Rujukan aku hanya satu je..itu pun daripada sorang indonesian traveller ni. Tapi trip dia dalam 2 ke 3 tahun yang lepas.

Berbekalkan ketabahan (nangess) dan 100% tawakal...aku gamble je la apa pun nak jadi.
View atas ni ialah view yang korang akan nampak once keluar dari tren stn. Dari sini, jalanlah menuju ke bangunan putih belah kanan korang tu...

Betul-betul depan kedai yang ada tulis China Post tu, korang naiklah bas nombor 1. Bas ni warna hijau dan ada banyak. Senang cerita macam minibus cenggitu. Tapi tak de la mini sangat pun basnya. Yang pasti ada tertera nombor 1 kat depan bas. Masukkan 1.5yuan dalam tabung kat pintu depan tu. Masukkan cukup-cukup ye sebab tak de pulang baki. Oleh sebab bas ni tak berapa besar...adalah menjadi lebih rumit kalau korang bawak luggage yang besar.

Bila korang nampak je drum tower, korang dah kena bersedia untuk turun. Kiranya 1st stop selepas drum towerlah yang korang kena turun. Kalau nak ikut itinerary yang aku buat aritu.. korang akan turun kat Industrial and Commercial Bank (Gong Shang Yin Hang). Nak lebih yakin...mesti ada China Post signage warna hijau kat bangunan/bank belakang bus stop tu.

Pesen bas kat China ni..tak semua perhentian, bas akan berhenti. Jadinya kalau korang tersalah turun bas...sampai kiamatlah korg tak dapat naik bas selain nombor bas yang ada tertera kat bus stop. Menangis air mata darah pun dorang takkan berhenti kat stop tu. Jadinya adik-adik sekalian...pastikan stop korang tu tepat ye.

Bila dah turun tu..korang kena naik bas nombor 4 pulak. Rupa bas macam gambar kat bawah. Nombor 4 ada kat depan bas tu ha. Tambang untuk trip ni 1 yuan aje. Pun masuk dalam mesin kat sebelah driver. Bas ni akan membawa korang ke West Bus Station.
Dari sini mulalah perjalanan aku yang complicated sikit. Tapi korang tak yah takut..sebabnya tak de la complicated mana pun.

Oleh sebab aku tak tau pun kat belah mana nak turun, aku nekad untuk tunggu final stop. Almaklumlah...plannya memang nak ke bus station. So aku bayangkan mestilah bas ni akan berhenti kat West Bus Station. Lagipun, hotel yang aku booked untuk dua malam tu katanya dekat dengan West Bus Station ni.

Sambil mata aku melilau-lilau dalam bas...aku tak dapat mengagak pun kat celah mana bus station tu. Tapi aku ada nampak satu couple ni bawak luggage yang agak besar. Dorang turun kat area kedai-kedai. Time dia turun tu...aku riki-riki gaklah mana tau kat situ bus station. Tapi tak nampak bayang pun. Sampailah bas bawa aku ke sebuah kawasan yang lapang. Bila bas matikan enjin, aku nengok semua penumpang turun. Eh....tak nampak pula bas lain selain ada sebuah bas kat sebelah bas aku ni yang ada ramai orang. Pulak dah...

Dengan penuh kehairanan...aku pun tanya driver. Macam biasalah..driver tak faham aku cakap apa. Dah aku tunjukkan hotel voucher yang ada tulisan mandarin pun dia buat acuh tak acuh. Mula la aku bengang. Pastu dia tunjuk kat bas sebelah. Daripada apa yang aku faham hasil bahasa badan dia tu.......dia nak bagitau yang aku dah terlepas stop yang sepatutnya. Patutnya aku turun sama dengan couple yang bawa luggage besar tadi. Pastu tunjuk bas kat sebelah.... nak suruh aku naik letew untuk patah balik ke arah West Bus Station .

Sudahnya...aku pun turun bas dan berjalan kaki... pastu aku pun tahan la teksi. Memandangkan aku yakin tambang teksi yang masih berbaloi (sebab rate kita tinggi daripada dorang sikit)....berhentilah sebuah teksi yang dipandu oleh driver wanita. Ganas hoi dia drive. Kalaulah aku drive kat sini..alamatnya tak sampailah ke destinasi...

Akhirnya...teksi pun berhentikan aku di hadapan hotel. Nasib baiklah tambang murah..cuma 6yuan je. Naik je bilik..aku terus terbaring kepenatan. Tapi tak menahan..kat atas katil ada sekuntum bunga ros. Wow sangat ni....

Plan aku hari ni..memang nak riki kat mana west bus station tu. Bila aku tanya kat front desk tu...macam tak berapa nak membantu. Jadi aku nekad nak redah sendiri.

La..rupa-rupanya tak jauh mana pun hotel aku tu dengan West Bus Station ni. Jalan kaki dalam 5 minit je dah sampai. Kalau korang stay kat hotel yang sama dengan aku ni..keluar je dari pintu hotel...korang jalan arah kanan sampai nampak bus stop pastu seberang jalan. West Bus Station ada kat tepi bangunan dalam gambar kat bawah.
Ko rasa mampu nak mengagak rupa West Bus Station macam kat bawah ni?? Dah la tak nampak  satu bas pun. Rupa-rupanya bas ada kat belakang bangunan yer. Macam biasalah..kena scan bagai sebelum masuk bus station. 

Nasib baiklah ada gambar tempat yang aku nak pergi esok terpampang kat dinding. Terus aku gi kaunter tanya sama ada boleh beli tiket untuk esok tak? Selesai membeli tiket ...aku pun plan nak jalan-jalan kat area sini. 

Aku suka bila kat sini. Sebabnya..tenang sikit. Orang pun tak ramai. Harga barang pun lebih murah sikit berbanding area yang menjadi tumpuan pelancong macam Xian semalam tu. Tapi bagi aku.....harga air mineral dorang mahal la. Sebotol besar dalam 7yuan. Memandangkan aku ni jenis kuat minum air.. memang berbotol-botol air aku beli. Padahal dalam bilik dah disediakan cerek elektrik.
Dalam pukul  5 cenggitu, aku dah balik hotel. Penat.  Dalam pukul 6.15 dah gelap. Nasib baiklah tilam super empuk. Memang takutlah kalau esok terlajak tidur. Hihihihi..

So kesimpulannya kalau nak gi ke zhangye west bus station....selepas naik bas nombor 4, korang akan lalu satu roundabout ni. Bas akan ambil pusingan jam 3. Turun kat 1st stop selepas roundabout tu. Lintas jalan cari bangunan yang ada jam macam gambar kat atas tadi yer....

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Vienna Hotel Xian Train Stn Branch, China

Untuk semalam di Xian, Syieda stay kat hotel ni. Kalau ikutkan review macam dekat je dengan Xian Railway Stn. Memang betul pun. Senang je nak cari hotel ni.
Meh nak share cara ke sini.....kot-kot la korang nak stay jugak kat sini nanti.

Route:
Keluar je dari wallperimeter kat depan train stn tu, belah kiri korang ada MCD (mcm gambar bawah). Belah kanan  pulak boleh nampak KFC.
Lintaslah mini roundabout depan tu, dan berjalanlah terus ikut tepi MCD tu ha. Jalan yang korang lalu tu ialah Jiefang Rd.
Terus je jalan dalam 5 ke 10 minit cenggitu, ikutlah korang nak jalan laju-laju ke idok....sampai nampak WanHao Hotel.
Betul-betul sebelah hotel tu, wujudnya Vienna Hotel. Hotel ni kecil je rupa dia dari luar. Tak de la gah mana pun. Tapi I tetap loike!
Hotel ni Syieda booked tru Agoda dengan harga RM107/nite sahaja. Bagi Syieda berbaloi kot harga. Ni stay untuk 4 orang pun boleh. Sebab katil macam besar je.
Bilik ni tak de tingkap..tapi korang boleh nikmati keindahan Eiffel Tower dari kejauhan.. Bercahaya Eiffel Tower ni tak kira siang ke malam......Eh????
See tru toilet ya. Awas boleh mengudang suasana romantik kalau yang pergi secara kelamin. Eh sekali lagi.

Ada ruangan santai kat tingkat 14. Dari sini, korang boleh layan view. Ni pun aku tau sebab tersilap naik tingkat 14. Macam biasalahkan.....bila tiba kat hotel, memang selalu sangat silap floor.
Kalau korang dari jejantas bulatan yang besar tu...dah boleh nampak Vienna Hotel.

Hotel ni boleh check-out pukul 2 petang ya. Extra bonus bagi yang naik tren malam nanti. Tak de la tercongok lama sangat kat dalam tren stn tu.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER