Salam 2014 uols..
Semoga kita semua akan menjadi yang lebih baik pada tahun ni..
Meh kita sambung entry europe yang baru nak bermula ni...
Pagi hari ke-2
Semoga kita semua akan menjadi yang lebih baik pada tahun ni..
Meh kita sambung entry europe yang baru nak bermula ni...
Pagi hari ke-2
masing-masing terus ke restaurant yang terletak di tingkat bawah hotel
B'fast free hokey
haruslah semua makan sebanyak yang termampu untuk meneruskan perjalanan.....
Habis je makan...
kami minta receptionist call kan taxi
sebab pagi tu kami harus ke Ataturk Airport semula untuk ambil beg sebelum ke Sabiha Airport
Untuk pengetahuan semua..
Istanbul ada 2 International Airport
Ataturk Airport terletak di benua Eropah
manakala Sabiha Airport pula terletak di benua Asia
Oleh sebab taxi hantar kami di bahagian Departure,
terpaksalah kami turun ke bahagian Arrival untuk ambil beg kami yang super berat tu
Luggage storage ni beroperasi 24 jam yer
Kami perlu bergerak dengan cepat untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
almaklumlah orang nak pergi kerja
kami pula sibuk nak g airport
selesai urusan beg,
kami terus ke bahagian luar untuk naik bas ke Sabiha Airport pula
tapi bas ni bukanlah direct ke Sabiha Airport,
kita kena tukar kat Taksim pulak.
kat luar airport , bas memang dah sedia menunggu.
kalau tak silap bas ada setiap sejam
Perjalanan dari Ataturk Airport ke Taksim mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan tambang TL10
Sampai sahaja di Taksim,
connection bas untuk ke Sabiha Airport pun dah sedia menunggu kita.
Tambang TL13 dikenakan dan dibayar pada driver kalau tak silap
Sepanjang sejam perjalanan ke Sabiha Airport
hujan turun dengan sangat lebat
ni pemandangan sepanjang perjalanan di atas 1st bridge.
nak tau tentang 1st bridge ni sila rujuk sini..1st bridge
Akhirnya tepat jam 12 tengah hari kami pun tiba di Sabiha Airport
Kami terus ke kaunter untuk check-in
Kali ni kami naik Pegasus Airline
Dek membawa luggage yang hampir 30kg tu,
terpaksalah tambah luggage untuk di check-in
adoiii padahal baru satu negara je tu.
Sudah urusan check-in luggage,
nak post postcard pula..
dari departure hall tu,
haruslah turun ke bahagian arrival
turun je escalator bawah tu belah kanan ada PTT Bank (warna kuning)
serah je pada orang kat sana untuk dipos.
Berada di sini kita akan melalui 2 kali pemeriksaan..
dan tolong sediakan masa yang cukup sebab line agak panjang waktu passport control
Tepat jam 3 petang kami pun terbang ke Greece
biasanya , pramugari yang akan terangkan cara-cara keselamatan sepanjang dalam pesawat kan?
tapi kat Pegasus ni lain sikit..
kita dipaparkan video budak comel ni..
Comel giler budak ni & the gang bagi penerangan..
ternganga-nganga kami menontonnya..
hi hi hi hi..
Sejam setengah kemudian kami pun tiba di Athens Airport
masing-masing dah senyum lebar time tu..
happy tak terkata
kami terus tarik beg masing-masing ke toilet untuk operasi pemunggahan
sebabnya kami nak store lugggage kat airport
tak larat woooo nak angkut beg tu ke hulu ke hilir
Airport Athens ni kecil je.
Macam satu tingkat kalau tak silap
keluar je ambil beg dari meeting point tu, belah kiri..hujung sekali ada tempat nak simpan luggage
nanti dorang akan photostate passport , siap scan beg kita lagi.. kehlas!
kalau tak silap Euro12 untuk sehari
Selesai urusan beg,
kami terus ke bahagian luar airport untuk beli tiket bas ke ferry port pulak
untuk ke port pula kami beli tiket bus nombor X96
Dari Athens airport nak ke Piraues Port punyalah jauh
sejam perjalanan.
tersengguk-sengguk kami sepanjang perjalanan
Kami tak perlu risau nak berhenti dimana sebabnya hotel utk malam ni berada di stop terakhir bas tersebut.
Dan paling penting jangan lupa validate tiket once naik bas yer.
dalam bas ada sebuah kotak warna oren.
masukkan ajer tiket bas dalam kotak tu..
nanti lepas validate sila simpan tiket baik-baik.
Kami perlu turun diantara gate 4 & 5
to be exact gate E5
uols boleh nengok nombor gate di sebelah kiri ( dari dalam bas, pelabuhan terletak dibelah kiri anda yer)
Waktu tu suhu dah cecah 10
mak aiii sejuk bukan main
nasib baiklah tak hujan
waktu ni kami hilang arah nak ke hotel
nasib baiklah sempat email dorang & diberitahu hotel kami dekat dengan gate E8
menapak la kami ke arah gate E8 sampai lah kami jumpa papan tanda hotel..
alhamdullilah..tak jauh pun berjalan..lebih kurang 2 minit cenggitu..
sampai je hotel waktu nak check-in ada masalah
dia claim yang kami belum buat pembayaran..
adoiii
bila kami kata dah buat pembayaran dia minta bank statement
mana nak cari bank statementnya
malas nak gaduh terus bayar
ha ni baru teringat nak email agoda. nak file compliant
geram betul.
Marah-marah jugak lah..
tapi makan nasi licin jer malam tu.
huhuhu..
kami masak nasi dan makan dengan sambal ikan bilis yang diterbangkan dari Malaysia..
hihihihi
View dari balcony kami
seberang jalan tu ialah port
dekat je untuk urusan esok hari...
8 comments:
Alamak part nk check in tu tak best dgr...so kira byr double lah ni...JM selalu booking through agoda..kalau ada kes mcm ni risau pulak
salam
singgah pagi
sory x sempat nak komen banyak bz day
kenapa tak print siap2 bukti pembayaran??tp hotel tu sepatutnya tahu kalo kita booking melalui agoda sah2 kena byr full...ker ada yg byr deposit kalo agoda?
emmmm takper pengalaman semua tu...
Menanti cerita Santorinni dengan sabar. Xdelah susah sangat nak travel kat Athens kan. Ceh, kondifen habis. Baca blog LilyRiani pun macam kacang pis je. Macam jelah.
Rasanya dah komen...tak masuk upanya
JM,
Bukan tak masuk komen tu.. saya yg tak sempat nak publish. awal tahun memang cenggini la gaya hidupnya.. bz yang hamat.
zakiah,
sama le kita ni.. bz tak sudah-sudah.. nak g holidaylah ..heheh
Liza,
memang bengang la time tu. dia kata x bayar lagi.. grrrr..bersabar je ler waktu tu..
Bibie,
hehehehe..boleh la tahap kacang cap tangan. hehehe
salam,
boleh x bg iternarary spjg trip ni? kalo ada, dgn brape budgetnya skali boleh? terim kasih ye..
hi syamil..
tu la masalahnya .. bukan tak nak bagi. cuma tak de copy sebab external hard disk kaput. Tak boleh nak retrieve data langsung. Semua itinerary & gambar terkorban.
Budget details ada kat last entry Europe trip ni. Cuma itinerary tu je la tak dapat nak bagi. Tapi kalau ada soalan.. just tanya je. Mana yg ingat tu.. kita boleh jawab kan.
Post a Comment