Assalammualaikum uols..
sihat semua?? harapan agar semua sihat.
Buat diri disini terlebih sihat kekdahnya......
tapi macam mental tak berapa sihat pula... perlukan percutian gamaknya..hihihihihi
Buat diri disini terlebih sihat kekdahnya......
tapi macam mental tak berapa sihat pula... perlukan percutian gamaknya..hihihihihi
Sebelum kita mulakan entry baru hari ni..
nak bagi sikit ingatan pada semua readers..
jangan menyumpah kita k sebab gambar yang super banyak!
dan paling penting...
nak bagitau niat hati ke Santorini hanyalah nak mencuci mata sahaja..
tak de niat lain k..
macam entry sebelum ni...
memang ada bagitaukan untuk pagi hari ke-4 ni memang nak g mengejar sunrise kekdahnya..
semua bangun lebih kurang pukul 5 terus sarung jacket dan keluar bilik tanpa berus gigi..
mandi apatah lagi..
hihihi
Tapi agak kehampaan disitu sebab tetiba je hujan gerimis dan langit gelap..
ya hampunnn
kempunanlah nak nengok sunrise.
Dalam hujan yang gerimis itu..
masing-masing terus snap ajer apa yang mampu..
sudahnya ini jer la yang dapat...
Gambar ni kami ambil sekitar hotel ....
makin lama ikut langkah kaki masing-masing....kami semua terpisah secara berpasangan
dek tak puas hati sebab apa yang dicitakan tidak kesampaian..
kami teruskan perjalanan menyusuri laluan pejalan kaki yang disediakan...
Subuh-subuh cenggini.. keldai dah mulakan tugas mengangkat batu-batu dari lereng bukit
Nah terimalah wajah tuan punya blog yang tak berus gigi dan mandi..
hiihihi
Rata-rata bangunan disana semuanya menggunakan warna biru dan putih
jadinya kawasan ni memang agak special sikit
memandangkan datang musim winter,
banyak kedai ditutup
kalau kedai tutup maknanya tak ramailah pelancong..
ha.. ni la yang paling best..
so boleh suka suki bergambar tanpa ada gangguan perasaan..
Kalau nak tau.. Santorini ini merupakan kepulauan gunung berapi yang terletak di lautan Aegean..
aritu bagitau travel partner.. boleh dorang tak percaya
so yang macam lereng-lereng bukit kita nampak dalam gambar kat sini bukanlah lereng bukit sebenarnya tapi "calderal collapse" atau senang nak paham macam runtuhan gunung berapi apabila berlakunya letusan sehingga terjadinya mendapan dan terbentuklah kepulauan..
gituss...
Disebabkan kami nak jugak mencari blue dome yang memang sinonim dengan oia ni...
kami teruskan perjalanan..
tapi rupa-rupanya perjalanan kami terbantut sebab kami jumpa banyak sangat anjing
hahahha
dek ketakutan tu..
kami terpaksalah lalu jalan belakang yang mana digunakan untuk kenderaan..
maksudnya ..jalanraya berturap
aish..
view lawa la juga..
tapi tak sama dengan laluan pejalan kaki tu..
tiba-tiba kami jumpa bus stop ni.
macam orang mengantuk disorongkan bantal..
terus kitorang masuk dalam bus stop ni sebab ketakutan punya pasal..
Harapkan panas hingga ke petang..
rupanya hujan ditengah hari..
sebabnya ada seekor anjing dok tunggu kitorang kat luar bus stop.
adoiiya..
so kitorang berdua plan nak terus ke pekan fira sebab takut anjing punya pasal..
tup tup member lagi 2 orang text kata kesejukan menunggu kitorang..
nak masuk bilik tak boleh
sebab kunci ada pada kitorang..
alamakkk
camana ni??
bila jenguk keluar , anjing tu nengok kitorang balik..
nampak gayanya anjing tu memang feminat kitorang..
dengan segala keberanian yg hado ..
kami terus jugak berjalan..
dalam berani tak berani punya hal tu..
kami buat andaian yang anjing tu lapar.. sebab tak breakfast lagi..
so kami berdua masuk bakery..
plan asalnya nak menghendap sama ada anjing tu dah lari ke tempat lain ke hapa..
rupanya masih setia menunggu kami kat luar bakery tu..
so kami pun belikan la pai ayam hokeiiiii untuk anjing tu..
keluar je dari bakery terus kami campak pai ayam tu kat anjing tersebut dan berjalan macam tak cukup tanah
hahahha
masa tu tak pikir owner bakery tu kecil hati ke hapa sebab bagi pai ayam kat anjing....
yang kami tau..kami perlu keluar dari ketakutan ni..
lepas tu kami pun lari lintang pukang..
hahhaha
sampai hotel kami termengah-mengah...
Lepas mandi, sarapan dan check-out,
kami tinggalkan backpack kat hotel
dan meneruskan perjalanan ke bus stop tadi..
jauh jugaklah..
tetiba kami nampak sebuah kedai runcit....tunjukkan gambar blue dome yang terdapat dalam poskad tersebut.
Menurut cashier tu, blue dome tu kat Fira...tapi mereka ada jugak yang lebih kurang sama dengan poskad tu kat oia tu sendiri..
memandangkan kami takut tak sempat nak ke Fira sebab kami perlu ke port pukul 5 petang,
kami ambil keputusan untuk terus aje ke Fira naik bus.
Ni ada bus timetable
tapi mungkin ni untuk musim winter je
musim summer mungkinlah lebih kerap kot..sebab ramai pelancong
Sampai kat Fira,
kami terus je berjalan ikut suka hati tanpa tujuan
yang bestnya kat Fira ni banyak kedai-kedai yang comel
Jalan punya jalan kami ternampak sebuah kedai ni..
terus borong souvenir
seketul Fridge magnet je dah berharga €4
tapi demi nak kan kenang-kenangan..kami beli je pejam mata..
Berdepan dengan kedai souvenir tu ada post office...
terus tulis poskad on the spot dan post.
Misi nak jejak blue dome masih tak kesampaian..
so kami terus bertanya sapa-sapa ajer yang kami jumpa..
mak aii jauh lagi nak kena jalan kaki..
owh yer nak bagi sikit tips..
nak beli souvenir murah sikit...
turun je kat bus station Fira, belok kanan..jumpa simpang empat ...seberang jalan ada deretan kedai jual souvenir( arah naik bukit)..
beli souvenir kat situ.. ada beberapa buah kedai ..pilih kedai yang ke 3 atau ke 4 (akhir kot)..
Fridge magnet kat situ murah la sikit dari kedai yang dekat post office tu tadi..
Rata-rata kedai kat sini pun tak banyak yang buka
dorang akan beroperasi pada musim panas bila pelancong berduyun-duyun datang
dan rasanya time tu semua pun mahal
sepanjang jalan kami ber-4 je..
ketawa bergumbira macam dunia ni kitorang je yang punya..
kat sini bilangan anjing yang tak bertuan sangat berkurangan berbanding kat Oia tu tadi
Jalan punya jalan..
kami terjumpa teleferik atau cable car yang curam tu..
waktu tu kami kesuntukan masa sebenarnya..
so takat ambil gambar dari station ajer..
Akhirnya kami akur sebab blue dome tu punyalah jauh nak menapak..
kami patah balik dan g minum petang kekdahnya...
memang kat sini kerjanya minum coke ajer..
adoii kena g jumpa doktor ni..
Lepas minum petang kami terus ke bus station..
kalau nak tau.....ni la rupa bus station kat pekan Fira
Dan ni pula bus yang akan membawa kita ke Oia.
Tiket beli kat dalam bus
patutnya kami bagitau kat driver nak turun kat Church Agios..dekat je dengan hotel..
tapi memandangkan kami nak juga cari blue dome kat Oia..
kami turun kat stop terakhir di Oia nanti
Bila kami sampai ajer di stop terakhir di Oia..
kami disapa oleh seseorang..
rupa-rupanya mamat yang pickup kitorang kat Thira Port haritu..
dan memang dah janji dengan dia semula untuk pickup kitorg kat hotel pukul 5 petang nanti..
kami bagitau yang kami nak ambil gambar sunset..
dia kata ok.. nanti dah siap bagitau je..
syukur sesangat time tu..
kiranya tak payah la kami nak berjalan kaki ke hotel
apalagi..
macam lipas kudung kami berlari nak cari port ambil gambar walaupun langit tetap gelap nak hujan
Akhirnya...
ni je la yang dapat untuk sunset di Oia..
layannn.....
dan.....ni je satu-satunya gambar lengkap dengan semua travel partner
dan akhirnya...
tinggallah impian kami yang separa tercapai sepanjang berada di Oia..
Sesungguhnya Oia sangat cantik!
Lepas ambil beg masing-masing,
kami terus ke Thira Port untuk naik cruise balik ke Athens
waktu ni semua bercadang nak makan calamari kat kedai pakcik baik tu selain nak say goodbye..
tapi dek anjing yang terlalu banyak berkeliaran kat port,
terus kitorang kensel
lebih kurang pukul 6 petang kami dibenarkan masuk ke dalam cruise..
berebut ni kengkonon dapat cari seat yang best..
nan ado..
tapi tetap bersyukur dapat kerusi berkusyen stendet sofa kat restaurant yang sama..hihihi
Tepat pukul 7 malam..
cruise pun belayar..
sama la ngan kitorang pun belayar jumpa John dalam mimpi..
hehehe
21 comments:
Berdarah je mata tengok gambarS ni semua! Sungguh mengundang kejelesan tahap maksima.
Walau misi separa tercapai, tapi still dapat menjejak. Banyak lak tu ambil gambar. Pose xmandi & xberus gigi tu, kira lulus jelah kan.
cantiknyaaa santorini ni...blue dome tu...ahhh idaman!
Speechless sangat baca and tgk semua gambar.. lawa betul pemandangn di Greece.. :D
salam, speechless tgk gambaq ... part last tu ingat jumpa john yg kakiberangan tu.. hihi
zakiah,
Alhamdullilah...tercapailah hasrat yg ada dlm wishlist. :)
Bie,
hahah.. lulus eh? hahhaha .bie, kalau mau ke sini...nak ikot tau!
DJ,
khen... tapi still tak jumpa la blue dome yg mcm dalam postcard tu.
TT,
Greece memang cantik. xpecially kat OIa.
Suhaz,
hahhaha..nama owner hotel tu John. OMG hensem betul!
Jeles gila tgk gambar2...huhuhu
Bila lah blh sampai???
Liza,
Insyaallah akhir tahun ni kot. hahahha dah alang2 nak ripit amsterdam.. g jer greece.. ha lagi satu... tak sempat la nak pos **** tu..packed sgt dengan meeting bagai. nanti bila pos, syieda bagitau k.
Lawanya matahari! Suasana , bangunan dia, sangat cantik. Harap suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki dekat sini.
tak perlu risau coz JM pun sma gak..kalau jln2 je ..kalau gambar tak beribu tak sah..yo lah semau tempat nampak cantik kan..sah2 lah kita mau simpan sbg kenangan
Alaa..muka bngun tdo tak cuci gigi pun still comei lah
Aha..JM kenal yg pakai seluar pink itewww hiksss
menangis tengok gambar-gambar nie semuanya sangat cantik!
huwaaaaaa bila nak sampai sini..nak kena penuhkan tabung rimau yg tak berapa nak penuh tuh huhuhu
Radin,
Insyaalah one fine day akan time. wish u the best of luck xoxo
JM,
betul tu JM. Lain la kalau org banyak duit..agak-agak gambar tak cantik, bulan depan boleh ripit balik khenn..
kenal eh suar pink tu?? hehehe
mrs smile,
tabung rimau besau sangat, pekata kita guna tabung pakcik perut boncet tu. hehehehhe
eheheh lawak pulak baca kisah korang dgn anjing tu... setia sungguh dia.. kalau la dia buleh becakap.. musti dia kata "oiii aku takmo gigit korang la.. aku nak makanan je" hihi.
dekdaa,
memang tak boleh blah la dgn bilangan anjing super banyak itew.
jommmm... nak dok santorini seminggu ..hihihihi
JM, kenal eh dgn seluar pink tu?? :p
norh...
jom!!!
Mau JM tak kenal yg pakai suar kaler pink tu???? tutup mata pun boleh kenal. kikikiki
Nak pi Santorini gak...hari tu terpaksa dibuang dari itenary hu hu... menangis tengok gambar2 syieda ni. Cantik la sesangatnya. Pasal air coke tergelak cik Z sebab cik Z pun kerap beli air coke masa kat athens, sehari dua kali tu. Padahal kat M'sia tak minum air bergas pun.
Cik z,
Sama la kite. Kat malaysia memang sangat jarang minum air gas ni. Tapi kat sana ari2 minum. Lagi power sbb x letak ais. Mau kena kencing manis agaknya. Tapi pasal oia ni..memang syieda recommend kat semua org agar g sana. Lain daripada yg lain konsepnya.
Hahahahah.. taip2 bajet travel ke santorini.. terjumpa blog kau!!!
Syed..
Hareeemmmm.... lepas ni confirm la hidup aku huru hara. Phui!
Akak nak tanya, berbaloi x g greece ek?and cheapest transport memang ferry ke?
Akak..
Bagi saya , saya suke Greece. Tak tahu la kenapa. Lain org lain minat nya.
Kalau nak ikutkan. ...mcm x de apa2 pun kat sini. Tapi akak kena pegi pulau dorg . Terutamanya oia. Cantik.
Ferry ni boleh kategori murah gak. Tapi flight pun x berapa mahal kak.
Post a Comment