Ferry dari Santorini tiba di Piraus Port pukul 4.45 pagi
dalam separa sedar, kami berempat terus ke metro station yang terletak diseberang jalan.
Plan pagi ni kami perlu check-in hotel.
Kami terus ke kaunter tiket dan beli daily ticket yang berharga €4.
Memandangkan kami akan naik metro paling awal,
tak ramai orang pun time tu
Tiba-tiba kami disapa oleh seorang pakcik bertanyakan arah perjalanan kami.
Bersungguh-sungguh dia memberikan penerangan station mana nak kena turun nanti.
Bila kami menghampiri station Monastiraki,
kami diingatkan sekali lagi untuk turun oleh pakcik tu.
risau betul dia kalau kami terlepas station kekdahnya..
Memandangkan kami menggunakan metro line hijau,
kami perlu turun di Monastiraki untuk tukar ke line biru.
untuk ke line biru, perlu ikut signage ke airport.
jangan jadi macam kitorang yang blur di pagi hari sebab pergi menunggu metro line yang sama
hahahhaha
Menggunakan line biru, kami perlu turun satu stesen berikutnya iaitu di Syntagma.
Dari stesen Syntagma, kami harus ikut signage Amalias Avenue.
Bila kami keluar dari metro station,
semua jadi blur camana nak cari hotel
Berdasarkan email dengan pihak hotel , kami perlu cari nombor 38.
ah sudah..38 tu nama jalan ke apa?????
nasib kami baik sekali lagi bila disapa oleh seorang wanita
rupa-rupanya 38 tu nombor bangunan.
adoiii.
Maka bermulalah proses mencari hotel.
Untuk malam ni,
kami stay di sini.
urusan check-in kami agak mudah pagi tersebut sebab kami dah boleh terus dapat bilik.
Bila tau kami nak bergerak ke airport awal pagi esok,
mamat yang uruskan check-in kami tu terus bagi kami breakfast sebab katanya esok takut kami tak sempat untuk breakfast.
Lepas membersihkan diri,
kami terus breakfast.
pancake dia sedap wooo..
bertambah-tambah makan. hihihihi
Dan...inilah pengalaman pertama stay kat hostel.
konklusinya......... me suka stay kat hostel!!
Plan kami seterusnya nak ke acropolis
menurut mamat tadi tu, hostel kami ni berada di kaki acropolis
jadi kami boleh nampak acropolis
jadi kami boleh nampak acropolis
tapi tak nampak pun.. :(
Secara peribadi, me sangat suka greek mitos
ada sedikit keterujaan disitu...
so tempat pertama kami tujui ialah Temple of Olympian Zeus.
Tak jauh pun dari hostel.
Direction:
Dari hostel, jalan semula ke Amalias Avenue. Ada Arch of Hadrian (macam pintu gerbang) di seberang jalan
temple tu ada disebelah belakang arch tu je.
Direction:
Dari hostel, jalan semula ke Amalias Avenue. Ada Arch of Hadrian (macam pintu gerbang) di seberang jalan
temple tu ada disebelah belakang arch tu je.
Alhamdullilah...bermula dari hari itu..cuaca sentiasa cerah sehinggalah ke hari 24 nanti.
memandangkan kami akan mendaki acropolis, kami terus beli tiket yang membolehkan kami masuk semua historical site dengan harga €12
Tapi dek kekangan waktu, kami tak sempat cover semua site..
Sepatutnya hari tu teruja..
tapi tak berapa nak teruja sangat sebab dah nengok columns cengini masa kat turkey dulu.
Kalau nak tau, columns ni dibina untuk King of the God iaitu Zeus.
Pembinaan columns ni ajer dah mengambil masa lebih daripada 600 tahun dan pernah menjadi temple terbesar di Greece pada zaman Roman dahulu.
Hampir sejam juga kami dok tawaf columns ni.
lepas tu kami sepakat untuk ke acropolis
Perjalanan nak ke puncak acropolis kami tangguhkan bila ternampak signage ke Plaka.
Rata-rata bila time nak buat iti dulu, ramai yang suggest untuk ke Plaka
jadinya..moh le kita..
Secara peribadi,
me sangat suka Plaka
Banyak kedai-kedai comel dan tenang je kat sini
Sempat la membeli FM kat sini
Harga lebih kurang €5 untuk 6 ketul.
boleh la daripada tak de khenn...
Street art memang banyak kat sini..
Jalan punya jalan plus mendaki tangga bagai...
sampailah kami di kaki bukit acropolis ni..
Sebenarnya kalau nak tau, perjalanan kami ke acropolis ni hanya berpandukan kedudukan acropolis yang terletak atas bukit tu.
Makin besar acropolis tu kami nampak, kami tau bahawa kami menghampirinya.
hiks hiks..
Sebenarnya kalau nak tau, perjalanan kami ke acropolis ni hanya berpandukan kedudukan acropolis yang terletak atas bukit tu.
Makin besar acropolis tu kami nampak, kami tau bahawa kami menghampirinya.
hiks hiks..
hoh! penat uols nak sampai sini...
Tapi demi kepuasan diri nak nengok dengan mata sendiri....haruslah ketepikan penat itu..
nampak tak binaan batu kat atas bukit tu...?
tu la yang me akan daki kejap lagi..
hoh!
dan....
macam tau-tau ajer...sebelum bertolak ke Europe..memang dah berharap agar jumpa pokok..eh pokok ke? ke bunga? ah belasah la apa-apa pun namanya...macam dalam gambar kat bawah ni...
Alhamdullilah tercapai juga impian tersebut bila tak sengaja ternampak bunga ni kat celah batu-batu sebelum kami naik ke puncak acropolis.
Menggunakan tiket yang telah dibeli awal tadi,
kami terus ke puncak acropolis.
Bila berada kat atas ni..
kita disajikan dengan pemandangan kota batu Athens..
Tak de nampak hijau pun dari atas..
banyak sangat bangunan...
Di barat daya Acropolis pula kita boleh lihat odeon ni..
tapi tak mampulah nak turun bawah tu...
nanti nak mendaki naik atas semula dah satu kerja..
Akhirnya.....
cabaran terakhir nak mendaki ke puncak hampir tiba ke penghujungnya....
yahooo
Jeng..jeng...akhirnya nampaklah Erechtheion!
Hoh penat wei nak menengok batu bata jer pon..
Kental la adik ni sebab pakai knit sweater jer
Dalam pukul 3 , kami semua menapak semula ke Plaka
masa ni semua pakat nak shopping
yang paling best shopping kat satu kedai sulaman..
Seriyes cantik sulaman di kedai tu..
masing-masing pakat beli sehelai dua buat kenang-kenangan..
Tapi sebenarnya terkilan sebab tak beli satu table cloth yang disulam dengan lace.
cantik sangat uols..
menyesal...menyesal...
sampai la ni asyik teringat-ingat kecantikan table cloth tu..
Dari Plaka, kami terus berjalan ke arah Filellinon Street
Untuk ke sini, kita perlu berada di Amalias Avenue semula dan berjalan menghala ke Syntagma Metro station dan Filellinon Street ni pula terletak di belah kiri (sebelum sampai Syntagma metro station)
Untuk ke sini, kita perlu berada di Amalias Avenue semula dan berjalan menghala ke Syntagma Metro station dan Filellinon Street ni pula terletak di belah kiri (sebelum sampai Syntagma metro station)
Misi seterusnya nak cari Hard Rock Shop.
Kalau nak ikutkan daripada official Hard Rock site,
Hard Rock Athens dah tak wujud
Tapi gamble je cari sebab ada yang kata, HR Athens masih wujud
dalam dok mencari HR tu, nampak satu kedai tu jual fish & chips..
€2.5 jer uols..
bila sampai...gini rupanya fish&chips tu..
Adoiiya..
celah gigi jer pun kalau makan....
nasib baik ada free wifi
Tengah duduk makan tu..
ternampak pula banner ni..
ha..apa lagi
happy la sebab tak perlu nak jalan jauh.
Hard Rock Shop kat sini kecil sangat.
pula tu banyak T-shirt dah tak de size
FM pun tak de uols..
Rasanya macam depa nak habiskan stok HR Athens jer
pastu depa top up ngan barangan HR Mykonos
sangat la kiciwa..
lepas membeli saki baki HR Athens tu,
kami sepakat nak cari tiket ke airport esoknya..
kami berjalan semula ke arah Syntagma station tadi..
Kalau nak tau, sebelah station tu ada Parliment Building
Untuk beli tiket bas ke airport, kita perlu berada diseberang jalan bertentangan dengan Parliment Building & Syntagma Station tadi.
Di sana ada kiosk yang jual tiket tersebut..atau boleh beli tiket airport express dari driver.
yang bestnya...bas tersebut beroperasi 24 jam tau
Waktu ni hari dah nak gelap..
memandangkan kami hanya guna daily ticket tu sekali je iaitu waktu naik metro awal pagi tadi,
me suggest kat dorang naik tram
arah tujuan yilek,..nanti turun je la kat mana-mana......
kira naik tram tu takat nak nengok view kawasan pinggir kota Athens kekdahnya..
ok bagus semua setuju ikut cakap ketua kumpulan..
moh ler kita naik tram pula.
malam tu plannya nak nengok acropolis bercahaya..
tapi terpaksa dilupakan hasrat tersebut sebab terlalu sejuk.
Lagi pun macam tak berapa terjamin keselamatan bila jalan malam-malam kat Athens ni....pula tu hostel kitorang bukan terletak di jalan raya utama.
:(
Jadi kami rehat di bilik sahaja sebab esok nak bertolak ke Italy pula!! yaribaaa...
Italy wait for me!
5 comments:
Hmm hmm tetiba buat keje gila buka Expedia. Tapi hampas sebab tix sume gigit jantung.
Baca entries Greece pun dah membuak jeles, xmasuk entry untuk other countries. Sob.
Bie,
Itu bukan kerja giler kalau dah check expedia. Hahhaahaha tu namanya ringan tulang. Lol
Cer check qatar. Katanya sale.
Oh my god speechlesss hati dh gedik santai dh ni mau ke sana haruslah ulang2 tgk entry ni berangan bergambar d depan pillar tu
JM,
silakan...bulan berapa plan nak g?
In Shaa Allah bulan 8 :-)
Post a Comment