selamat pagi uols..
sihat?
kalau tak sihat silalah makan ubat cepat-cepat agar tak melarat..
disebabkan entry ni autopublish..
haruslah nak bagitau tak sabar nak tunggu citer insidious chapter 3 sebab nak tau apa yang si Elise nampak..
eh boleh gitu?
Berbalik cerita europe trip ni..
pagi hari ke-7 sempat turun ke pantry untuk ambil air panas almaklumlah nak makan maggie khenn..
siap-siap terus kami jalan lengang kangkung ke termini.
hari ni nak naik tren dari Roma Termini terus ke Pisa.
dek jalan lenggang kangkung tadi..
kami hampir tertinggal tren
Tak perlu ke kaunter untuk ambil tiket..
cuma print sahaja boarding pass daripada email yang uols dapat tu..
Yang ni memang beli tiket awal-awal dari malaysia
Tren kami pagi tersebut pada pukul 8.10 pagi
tapi kami sampai termini betul-betul 10 minit sebelum tren bertolak.
oleh sebab pandai , kami berempat terpisah dua sebab 2 orang jaga beg dan dua orang gi check nombor platform..
sudahnya kami semua macam masuk amazing race
nak bertemu semula dan nak berlari ke platform..
Akhirnya sempat naik tren lebih kurang seminit sebelum tren bertolak..
penat toksah cakap la..
nak mengangkut anak gajah naik tren memang la hazab sebabnya tren tak selaras dengan platform,
kiranya kena naik 2 anak tangga tren..
dalam masa kekalutan tu, kami tak tau nak naik coach yang mana..
Jadinya kami naik je coach mana yang sempat.
hahahha..
Apa yang me perhatikan ...walaupun ada seat number, tapi free seated kekdahnya..
Untungnya travel musim sejuk ni.. pelancong tak ramai.. so tak perlu risau sangat tentang transportation bagai.
yang lagi bestnya..
setiap seat ada soket nak charge hp
Perjalanan dari Rome ke Pisa Centrale lebih kurang sejam 45 minit.
Waktu kami sampai ... jam dah pukul 10pagi.
so plan kami yang pertama ialah nak simpan anak gajah yang kami angkut ni..
Turun je dari tren macam biasalah kena turun naik tangga dan ke hujung bangunan la kita yer utk simpan beg.
Memandangkan kami hanya berada disini setengah hari je..kami di charge €4
Lepas letak beg,
kami terus ke bahagian luar station sebab dah excited nak ke menara condong....
dari dulu asyik berangan nak nengok betul ke tak condong menara tu..
hihihi..
Bila kami keluar dari station tu,
kami terus ke belah kanan station untuk beli tiket bas.
aish..payah bebenor nak beli tiket bas.
tak paham-paham camana nak beli tiket ..
bila tanya driver bus yang sedang berehat dalam bilik sebelah(office mereka)..
dorang tunjukkan mesin yang sama untuk membeli tiket.
Tiba-tiba seorang wanita yang berpakaian tak serupa macam orang biasa..... (me suspek macam 3 suku jep) tunjukkan rokok kat tangannya sambil berbahasa Italy.
Sebab kita ni kat negara orang khen... angguk-angguk pastu senyum-senyum terus tarik travel partners masuk station balik.
member semua dah pakat gelak sebab ingatkan mak cik tadi ajak me merokok.... hihihihi
Rupa-rupanya yang makcik tunjukkan rokok tu bukan nak ajak merokok ...
tapi dia suruh gi beli tiket bas kat dalam station.
Ada convenience store..
hahaha..
So kawan-kawan.....sekiranya nak beli tiket bas ke pisa...
silalah beli di dalam station . Nama kedainya Tabacchi
Harga pun murah.
€1.10 je daripada beli kat mesin €1.50
Lagi pun kat sana boleh terus beli setem €1.10
Usai membeli tiket bas,
kami perlu seberang jalan untuk tunggu bas ke Pisa.
Nak cari basnya pun senang , naik aje bas yang ada sign warna merah
Ni pemandangan dari ticket machine yang terletak di kanan Pisa Centrale.
Nanti sila naik bas dari hadapan bangunan Cavalieri tu yer.
Agak-agak rajin boleh sewa basikal
or jalan kaki ke Pisa
Bas membawa kami terus ke Pisa dan perjalanan lebih kurang 10 minit je
Akhirnya kami pun sampailah di Pisa..
Kat mana nak turun nanti? (sebab Pisa tak nampak dari tepi jalan)
Sila berhenti di Torre.
Tak pun , bagitau ajer driver bus or turun je bila penumpang turun secara berjemaah.
heheheh
Cak!!
Di luar pintu gerbang city wall ni banyak resto dan kedai souvenir.
Tapi kami tak singgah pun sebab excited sangat dah..
hihihihihi
Akhirnya...
nampak pun menara condong Pisa yang terkenal itu..
Oleh sebab hari lawatan kami tu hari Ahad,
makanya orang memang ramai
siap bawa anjing makan angin di Pisa.
Kehlasss betul anjing makan angin kat Pisa.
Kami berada di sana lebih kurang 2 jam
tapi kami tak masuk la muzium ke chapel ke hapa ntah yang ada kat sana..
waima naik Pisa pun tak.
Kami asyik nengok menara Pisa jer sepanjang masa..
Bermacam-macam aksi yang kami buat untuk dirakam pada hari tersebut.
Tapi lagi haru bila kita dapat saksikan sendiri pengunjung lain yang beraksi..
macam-macam ada..
Macam-macam aksi yang dapat dilihat..
tapi Asian sorang ni..
mampu pose cenggini je.
hihihihi
ilmiah sangat!
Pisa ini terletak di antara 2 sungai iaitu sungai Arno dan Serchio.
Menariknya lagi.. Pisa ini merupakan tempat kelahiran ahli falsafah terkemuka iaitu Galileo Galilei yer kengkawan..
Kalau nak tahu juga... menara condong ini akan bertambah condong saban tahun..
oleh itu sebelum menara ini menyembah bumi.... haruslah tinggal jejak cecepat.
Kalau nak tahu juga... menara condong ini akan bertambah condong saban tahun..
oleh itu sebelum menara ini menyembah bumi.... haruslah tinggal jejak cecepat.
Lepas pusing-pusing pisa,
kami plan nak makan..
kami makan di sebuah resto yang berdekatan dengan Pisa..
Antica Trattoria nama resto ni
Sebab sejuk kemain,
kami terpaksa masuk ke dalam resto utk makan..
Jadinya tak kesampaian la hajat nak makan sambil menatap Pisa.
Niari order mussel penne
boleh tahan gak la pasta kat sini
harga tak ingat ..
tapi lebih kurang berbelas-belas € gak la.
Selepas makan , kami terus ke gerai-gerai yang ada di sana untuk beli souvenir.
Memandangkan ada berbelas hari lagi nak travel dan keadaan beg yang super berat nak diangkut ke 4 buah negara lain,
memang me hanya beli satu FM jer.
Tapi sempat gak la beli satu waterglobe(me is feminat setia waterglobe)
yang specialnya..waterglobe pisa semuanya condong-condong.
harus beli yer kawan-kawan.
Pinocchio is everywhere!
Baru tau Pinocchio originated from Italy uols.
Memandangkan tren kami ke La Spenzia jam 5.36 petang
pukul 4 petang kami dah bergerak ke Pisa Centrale semula
Buhbai Pisa..
akan merindui Pisa dan kini me percaya bahawa Pisa itu condong.
Eh?
Bus stop balik ke Centrale hanya perlu melintas jalan sahaja yer kawan-kawan.
Dan bila bas sampai,
kami tidak dikenakan bayaran.
Driver bas suruh kami naik jer bila kami tanya tentang tiket nak balik ke centrale.
So tak tau la sama ada dikenakan bayaran atau pun tidak.
Akhirnya bas pun berhentikan kami satu blok dari Centrale.
Sempat gak cuci mata nengok orang ber-ice-skating kat tengah-tengah dataran..almaklumlah dah nak dekat x'mas.
Akhirnya kami pun tiba di Centrale..
lepas ambil beg,
kami menunggulah tren kami..
Owh yer.. kat Pisa Centrale ni..toilet adalah mahal ya hampun yer kawan-kawan..
€1.
pengsan!
Kiosk layan diri memang bersepah-sepah di Eropah.
Pilihan sepanjang di sini opkoslah Evian water.... hiks..
almaklumlah kat negara kita mahal sangat.
Akhirnya tren pun sampai dan kami terus ke La Spenzia.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam juga.
Kami tiba di La Spenzia Station lebih kurang pukul 6.30 petang.
waktu tu hari memang dah gelap dah.
Kami lekas-lekas deposit beg kat station dan beli tiket tren untuk ke tempat ke-2 hilite percutian eropah kami.
Tapi sesuatu telah berlaku membuatkan kami semua hangin dan ketakutan..
nak tau apa??
sila tunggu next entry ya.....
Tetiba nak jadi kekwat pulak.....hihihi
Ciao!
5 comments:
ahhh rindunya nak ke Italy lagi..owh toilet free dkt dalam McD..hihi..itu tips yg kiotrg amalkan..hahaha..nak cari toilet je masuk McD.
oh, kitorang ari tu beli tiket dari driver bas. eur1.50 utk return. rupanya blh beli kat dlm kedai ek? hehehehe
lg satu naper uolls letak beg kena caj eur4 shj? kami byr eur10 utk 2 beg...wpun utk tak sampai 3 jam...
apa2 pun seronok kan pisa? tp tu lah sekejap sgt ari tu....cam haper2 ntah kitorang...kehulu kehilir lari jer...kejar masa sbb train ke rome dah beli siap2...
Hidayah,
Ritu sebelum bertolak, memang ada baca ramai yg kata toilet free tak de kecuali g makan kat kedai tu.. tu yang takut. tapi rasanyanya saya memang banyak lah menderma kat Eropah aritu.. sikit-sikit masuk toilet. huh! tu belum masuk toilet kat London. ada sekali tu kena 2 pound! pergh.. patut boleh tido je dlm toilet tu.
Liza,
tu la. macam ntah apa2 ntah time nak beli tiket kat mesin tu. tak paham.. nasib baiklah ada makcik tolong bagi sign. hihihi
Pasal beg tu tak ingat la sebenarnya. ke Euro 4 untuk satu beg? tak ingatlah sebenarnya. hiks..Tapi memang nampak macam tak logik gak kena bayar Euro 4 je.
syieda, kitorang selalu guna toilet dlm train. foc hahaha
liza,
masa kat Swiss je guna toilet dalam tren. almaklumlah.. perjalanan makan sejam dua. tapi sampai je kat station ketapi.. time tu jugak la nak terkucil. haih!
Post a Comment