Sebelum buat aktiviti seterusnya, haruslah kami makan dulu. Area ni ada beberapa kedai makan/fastfood. Yang halal, korang boleh ke Texas Chicken . Makan ayam goreng je pun. Dalam 10SGD lebih kurang cenggitu.
Depan Texas Chicken, ada kawasan berumput ni. Waktu ni pun dah ramai orang dok bersantai-santai untuk tunggu garden rhapsody. Chicken Texas tu kat bawah pokok bunga kertas yang terjuntai-juntai ni.
Berbekalkan 5SGD, kami pun naiklah OCBC Skyway. Entrance nya ada di antara salah satu supertree ni. Nasib baik time kami pergi tu, tak panjang sangat beratur.
Ikut cerita orang, memang panjang beratur untuk naik skyway ni. Sebab dorang akan limitkan bilangan pengunjung untuk sekali naik. Pastu kena la tunggu trip yang berikutnya. Kalau hujan, memang terus tak boleh naik. Rasakan kekeciwaan di situ.
Syieda pun tak taulah kenapa gayat semacam je aritu. Mungkin sebab skyway ni tak berapa lebar kot.
Memang tak lama pun kat atas tu. Terus turun kat park bawah untuk tunggu show pukul 7 kalau tak silap. Semakin lama, semakin ramai orang kat park ni. Masing-masing macam rupa berpiknik pun ada. Korang nak bawa tikar pun boleh. Al-maklumlah, rumput tu agak gatal yer.
Tepat pukul 7 malam, startlah rhapsody tu. Semua supertree kat sini bergemerlapan ikut alunan muzik. Agak menarik yer di situ. I is so like. Untuk show ni, FOC okies.
Waktu rhapsody sedang berlangsung, skyway tu tetap boleh naik. So korang boleh buat pilihan. Nak naik waktu rhapsody atau pun tidak. Dan kalau tak silap, show ni sehari sekali je.
JB Sunpark Parking - RM9
Bus JB- Queen Str - RM3.40
MRT - 2.80SGD
Shuttle - 2SGD
Cloud Forest + Flower Dome - 28SGD
OCBC Skyway - 5SGD
Bus Queen Str - JB - 3.30SGD
Total: RM12.40 + 41.10SGD = RM150
4 comments:
cantiknya
Pernah juga buat daytrip ke Spore beberapa kali dulu.... hehehe.. just to kill time while husband was working in JB.. p naik MRT...:)
Farikica..
Kan..senang je naik mrt bila kat sana. Sehari pon dah abis pusing.
Tq anum..
Post a Comment