Bali day 2 ~ jimbaran sunset


nampak tak map yang kat atas ni??
punyalah jauh dari kintamani ke jimbaran ni..
ada la dlm 2 jam perjalanan..

hokey kengkawan..
jimbaran adalah tempat ke-2 yang ada dlm wish list me apabila di bali
jimbaran terkenal dengan keindahan pantai , seafood dan matahari terbenamnya..
dan kami bernasib baik sbb sampai di sini sebelum 610petang.
tapi kalau uols nak xperience sunrise,
sila la ke sanur yang terletak bertentangan dengan jimbaran..

tourist guide me tanya ada tak mana-mana restoran yang memang me nak pergi..
bole la pulak lupa nama restoran yang telah direkomen oleh rakan2..
sudahnya,
kitaorg pergi restoran yang berada di tengah2..


org dah mulai ramai waktu tu..
sangat cantik suasana dan pemandangan pada waktu tersebut..
eh tak tau nak gambarkan camana..

tak sampai beberapa minit,
matahari mulai terbenam
apa lagi
semua yang ada time tu mengeluarkan camera masing-masing untuk merakamkan suasana yang sgt memukau....

tapi lagi sadis bila rakan yang berdua tu termissed saat tersebut..
nasib baik pengorbanan me menahan daripada terkucil membuahkan hasil..
kalo tak , ada ajer kena pergi sini semula pada cuti akan datang..
muahaha...

sementara menunggu suasana menjadi gelap..
haruslah bergambar sakan..
bukan senang nak bergambar tgh2 maghrib ni..
kalau kat m'sia mau dipepahnya sapa2 yang tak masuk rumah lagi.




seperti biasa pen bulu2 dan buku nota kecil tu menjadi peneman..
terima kasih kepada si pemberi buku nota itu!!!!
so officially buka nota itu menjadi soulmate setiap kali percutian..
segala kegembiraan dan kedukaan (duka ker?? owh yer.. duka part kuarkan duit membeli belah) akan dicatat di dalam buku tersebut..

bila dah berada di sini , jgn lupa utk menikmati jagung yang sgt sedap
serious weiii sedap!!
ada banyak ajer org jual jagung ni sepanjang persisiran pantai
regenya IDR10000 = RM 3.50


mula2 order setongkol ajer...
ambik honey + butter

sementara menunggu 2 org rakan membuat pilihan seafood
order lagi 2 tongkol.. muahahhaa...
satu perasa yang sama.. lagi satu chilli..
uishh tetiba teringat la pulak..
LAPARRRRR...

cara nak order makanan kat sini senang ajer
boleh pergi ke belakang kedai..
tunjuk2 mana yang berkenan..
pastu boleh buat pilihan sama ada nak grill ker steam ker.....
tapi masak berlado ker, sweet sour ker, nan adoooOOoooo
jgn pulak korg memandai2 nak samakan dengan m'sia..



lobster pun memang ada dlm wish list kali ini..
haruslah pesan siap2 kat dua org rakan yang membuat tempahan agar memastikan ada hidangan lobster ini..

pekerja-pekerja bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan
servis yang diberi sgt bagus..
cepat ajer hidangan sampai..

my delicious lobster..

sotong bakar

udang bakar
no worries yer..
semua hidangan disertakan sekali dengan nasi putih + kangkung goreng + soup...

kos menggaru kepala ~ IDR785000 = RM281

kemudian berangkat pulanglah kami ke teratak sewaan di kuta..
masing2 dah tak kuasa nak merayap lagi walaupun malam masih muda..
sbbnya masing2 sibuk nak memunggah barang yang dibeli siang tadi..
hohOhOhOHoHoHo

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 2 ~ kintamani


ok next station , kami semua dibawa menaiki puncak gunung di kintamani
perjalanan agak jauh
adalah berjam2 juga..
oleh kerana jadual sgt packed,
makanya ok kan ajer..
melalui jalan kampung yang super sempit..
ada ajer yg tertido2 dlm van.

bila diatas sana.. suhu sgt la sejuk
ala sejuk mcm kat cameron highland ajer..
entrance fee utk naik ke sana ialah IDR15000= RM5.30
so dari atas sana, kita dpt lihat keindahan gunung berapi yang masih aktif

last sekali gunung ini memuntahkan lavanya pada tahun 60an..
tetiba terlintas dlm kepala ni.. eh camana tetiba dia meletup waktu me ngah kat atas ...
kemana la nak lari dan selamatkan diri???
~sila hantuk kepala yer che hydrangea lover's oii~

dari atas kita boleh nampak bekas lava yang berwarna hitam..
sekarang ni banyak lori datang untuk mengangkut lava2 tersebut utk dibuat rumah..
org kata lava2 tersebut, bila dibancuh utk membuat dinding.. sgt sejuk nanti rumahnya..
ntah la.. tak tau la pulak. sbb rumah me kat m'sia ni pakai simen ajer..
tapi sejuk gak kalo pakai kipas atau aircond.
muahahahhaaa...


bersebelahan dengan gunung berapi tersebut terdapat sebuah tasik iaitu tasek Batur
jgn salahkan me mengambil gambar ala2 kabus yer..
memang kat sana berkabus pun..
kata suhu rendah..
sah-sah lah berkabus sbb sejuk...

wah, kami bertiga feeling2 menikmati panorama indah time tu..



ni tourist guide me la yg snap gambar ni..
apa ingat boleh la tu nak mencecah puncak gunung berapi tu..

menurut tourist guide me tu..
ada ajer org mendaki gunung tersebut hari2..
seawal 4pagi mereka mendaki sbb nak nengok sunrise..
tak pe la kalo me..
sbb tido tu lagi penting..
muahahahha...

so dlm pukul 4++ kami terpaksa pulang semula ke kuta
sbb nak kejarkan sunset sblum pukul 610petang..
owh yer lupa pulak nak bagitau..
tiada perbezaan masa yer antara m'sia ngan bali
dan perjalanan ke bali dr kuala lumpur ialah +/-3 jam


begini la rupa jalan sewaktu kami pulang dari kintamani...

deretan kedai menjual buah2 tempatan yang lebih kurang sama dengan buah-buahan kita
cuma tourist guide me pesan tak payah beli buah-buahan kat sini
sbb harganya lebih mahal daripada yang dijual di supermarket
memang tak de van pelancong pun menyinggah kat sini..



bali merupakan sebuah pulau yang terletak diantara pulau jawa dan pulau lombok
mempunyai kepadatan penduduk hampir 4 juta orang yang mana 90% adalah beragama hindu.
dibali sahaja mempunyai 9 buah daerah..
oleh itu adalah mustahil utk kami bertiga mengabiskan lawatan ke 9 buah daerah dlm masa 2 hari..
senang citer .....semua dlm wish list me telah tertunai...
dua , pada hari kedua di bali iaitu menonton barong dance dan ????????...
dan lagi dua pada hari berikutnya..
nak tau apa lagi 3 tu??
jgn lupa to stay tune utk minggu yang berikutnya..
muahahaha..

seperti yang me beri tau tadi
90% adalah beragama hindu..
jadi semua rumah mesti ada pura
pura ni cam tempat mereka bersembahyang..buat offering segala la..
contohnya gambar kat atas tu..
kalau uols nampak puranya besar dan hebat ngan ukiran bagai..
bermaksud
org kaya la tu..
kalo yg macam ado ajer..tu menunjukkan org sederhana la tu..
kedudukan pura tersebut mestilah terletak di timur laut sesebuah rumah
dan sebenarnya mereka juga ada kepercayaan tentang fengshui...

selain itu,
kat setiap mukim ada kawasan lapang yang mempunyai pura yang lebih besar..
disinilah mereka buat segala macam upacara keagamaan..
yang pasti menurut tourist guide itu..
ada 2 org sahaja yang tidak boleh menjejaki kawasan suci mereka ini iaitu
~org yang datang bulan (bukannya org tu pergi bulan ekk)
~seseorang yang baru kematian saudara terdekat..
dan coming july ni ada upacara keagamaan yang dibuat besar2an...

jgn terkejut kalo uols nampak patung2 seperti ini di tengah2 simpang tiga jalan misalnya..
ni semua utk mereka buat offering


ni pun ada tau..
ini namanya ogah-ogah lebih kurang mcm demon
mereka akan gunakan patung2 sebegini bila tibanya "quiet day" atau "nyepi"
perayaan tersebut diadakan mengikut kalender bali..
rasanya dlm bulan Mac kot.
by that time
semua org tidak dibenarnya keluar rumah + buat bising + tak de kenderaan pun kat jalan raya
so mana2 tourist yang datang ke bali..
duduk la korg dalam bilik hotel sehari suntuk.
tapi tourist guide ini ajak kami pergi sekali lagi time nyepi utk dpt experience sepanjang hari tersebut..
korg nak ker??
so perjalanan balik,kami dibawa berjalan2 (tak de nya turun van ke apa.. setakat nengok dr dlm van ajer)
ke Mas yang terkenal dengan wood carving,
Tohpati ~ pusat perusahaan batik,
Celuk ~ gold and silver smith
dan berhenti sebentar di Ubud yang terkenal dengan traditional painting...
kalo dah berhenti kat pusat beli belah ada ajer yg dibelinya.. kat sini sekali lagi duit melayang untuk membeli perhiasan rumah yang dikirim oleh adik me... tapi tak beli pun satu set sebab terlalu berat.
juga tak sempat pun nak melawat royal family temple kat sana. padahal kat belah depan pasar ubud tu ajer..
pastu monkey forest pun tak sempat nak pergi.. setakat lalu ajer.. waktu tu pun dah menginjak pukul 5 lebih.. nak kejarkan wish list me yang ke-2 ni...
apakah itu??? sila tunggu minggu hadapan dengan sabar..
sabar..
sabar.....

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 2 ~ tegalalang paddy terrace


selepas menghabiskan duit di pasar sukawati
haruslah menenangkan diri dengan makan2 sambil menggaru kepala..
muahahaha..
sebenarnya kami bertiga bercadang nak makan kat kintamani yang mana berlatarbelakangkan volcano tu..
tapi memandangkan faktor masa makan yang sudah tiba ditambah dgn saranan oleh si tourist guide bahawa tak de makanan halal kat atas sana..
(tipu la tu.. awan dania makan kat sana lagi)
maka kami decide utk makan di kawasan deretan sawah padi di tegalalang..
perjalanan tak berapa jauh pun.
ada la dlm +/-20 minit

tourist guide: syida kita makan di kampung kafir yer..tempat tu terletak di tegalalang. from there kamu bole lihat paddy terrace..
me: kawan2 camana?? ok ker?
(dalam kepala ni terfikir, eh ko ni nak bawak kami makan kat tempat org kafir dah kenapa?? dah tentu2 la kitaorg nak makanan halal)
tapi memandangkan dia kata halal..
kami redahkan ajer..
sampai2 ajer kat tempat ditujui..
hambik ko!!

namanya "kampung cafe"
cit.. ingatkan kampung kafir..
apa la si tourist guide ni..
pastu.. sampai2 ajer kat sana ada la pulak 2 ekor hanjing..
benci tau.. kat bali ni anjing bersepah2.. sbb tu kitaorg tak kuar malam merendek2 kat bandar kuta sendirian..
alangkan kat m'sia pun kitaorg takut hanjing..
inikan pula kat tempat org..

tempat sgt nice!
bertingkat2 kedai makan ni.. pilih la kat mana nak duduk..
kami pilih tingkat bawah dimana kami makan bersila..
muahahhaha..
kat m'sia pun me tak berapa nak suka makan bersila..
tapi sampai sini ada hati nak makan bersila..




memandangkan makanan kat sini sgt la terhad
maka perlu la kami meneliti sepenuhnya makanan yang bakal diorder..
mulut ni siap tanya perencah la...... apa la ......sgt detail ok!
udahnya kami pilih nasi putih ngan lauk pauk yang memang untuk vegetarian ni..
kalo kat m'sia memang tak lalu makan ler..

sepingan nasi ni regenya IDR39000 = RM14


set gado2 ni IDR22500 = RM8



kenyang makan..
kami meneruskan perjalanan ke paddy terrace
padi di area tegalalang ni semuanya ditanam bertingkat2..
sistem saliran airnya pun agak menarik...
tambahan pula cuacanya tak la berapa panas sgt.





ok sekian utk hari ni..
esok sambung ke kawasan gunung berapi yang masih aktif ya..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 2 ~ pasar sukawati


adik me tanya mengapa bersungguh2
me menghapdate belog ini..
ntah la tetiba rasa bersungguh2 nak menghabiskan entry ni..
sbb naik ajer cuti sekolah nanti sure berlambak2 kerja menanti
:(
sob sob sob

berbalik pada hari ke-2 di bali,
selepas menonton tarian barong di batu bulan,
kami dibawa ke pusat shopping yg boleh dikatakan agak murah juga..
(berdasarkan survey yg me buat pada blog2 org lain)
apa lagi....
terus xcited,
nak2 pula salah sorg kawan me dah suggestkan agar kami semua ke tempat shopping dahulu sblum berjalan2..

dari batu bulan ke pasar sukawati ni pun tak jauh...
pasar sukawati ni hanya dua tingkat ajer.
dipenuhi dengan deretan kedai2 yang agak usang
dan apa yg me tahu,
pusat jualan ole-ole di seluruh bali mengambil barang jualan dari sini
sbb tu kot agaknya barang dijual dengan agak murah
dan tourist guide kami dah bagi tau awal2 sebelum turun van
agar kami menawar sehingga 60%
aduh celah mana nak reti menawarnya
sedangkan kat m'sia pun tak pernah nak tawar2..
tapi gagahkan la juga...



begini la pemandangan dari ruang jualan di tingkat bawah..
pelbagai jualan yang dijual oleh balinese
dari pakaian, beg, handcraft, home deco.. apa2 ajer la.. u just name it!
yang bestnya..
u bole menunjukkan skill menawar kat sini
udahnya... kitaorg cuma borong semua barang disebuah kedai ajer...
senang citer...
memandangkan sorg kawan ada mengirim ole2 berupa beg dan t-shirt,
makanya haruslah barang itu yg dicari dahulu..

oleh sebab barang terlalu banyak dijual
membuakan kami semua rambang mata...

akhirnya kami memili kedai ni..
see.. the 2 siblings sedang mengemas hasil punggahan kami..
yg bestnya.. kami tak sampai hati pun nak tawar sampai 60%
sebab bila kami convert ke RM..
masya'allah murah sgt pulak..
rasa mcm kesian pun ado..
so paling teruk pun kami bargain ada la dlm 50%
bayangkan sehelai t-shirt yang bole dikategorikan bagus jugak la
(tak la terlalu tebal & terlalu nipis)
u bole dpt dlm berbelas ringgit..mau tak banyak kami borong...
(harga t-shirt itu la yang paling mahal dalam semua barang yang kami borong)
mula2 nak borong sikit..
sekali hambik ko..
utk me ajer me borong 11 helai t-shirt, 12 helai beg, 4 slippers, dan 8 kotak pensel...
sebenarnya ada ajer nak dibelikan lagi
tapi memikirkan beg yg dibawa adalah terlalu kecil dan takut terlebih pulak baggage nanti
tak pe pasal kena tax pulak..
makanya.. ambik ole-ole ikut list ajer

kami bersama budak2 yang berniaga di gerai tersebut
yang baju biru itu wayan dan tengah2 tu ketut..
nanti me cerita tentang nama wayan dan ketut tu yer..

memandangkan masa yang diperuntukkan hanyalah sejam kat sini
(gile ke hapa.. mana la nak sempat)
maka terpaksalah kami pasrah ajer ngan hasil belian hari tersebut..
kos garu kepala ~ +/- IDR1000000 = RM358

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Bali day 2~ barong dance


wokey.. mari kita mengembara bersama-sama..
second day kat bali sgt la xcited + takut pun ada
almaklumla..semuanya uruskan sendiri
830pagi our tourist guide dah sampai utk membawa kami semua ke batubulan..
sebabnya..
memang dlm wish list ke bali nak nengok barong ataupun kecak dance
so dari kuta ke batu bulan tak berapa jauh sgt
sampai2 ajer kami terus ke atas astaka utk menonton barong dance
barong dance ni sebenarnya dipersembahkan apabila ada upacara keagamaan
tetapi kerajaan indonesia telah mengambil peluang utk memperkenalkan budaya bali kepada pelancong dgn mempersembahkan tarian ini...
tak lama pun persembahan ni..
dalam sejam ajer.
bayaran masuk ialah IDR 80,000 = RM29

muka xcited sewaktu menunggu persembahan

pentas persembahan yg berwarna-warni


di suatu sudut pula..
sekumpulan balinese memainkan alat muzik utk menghiburkan kami serta mengiringi persembahan barong nanti

ok mari me ceritakan serba sedikit tentang tarian barong ni..
(me pun tak berapa paham cerita ni... time nonton ari tu... nak pecah kepala untuk memahaminya.. tapi setakat 70% ajer yg paham eh tipu la...45% ajer kot)
nasib korang la
marilah kita bersama-sama memahami cerita si barong ini
~
~
~
~
~
tarian ini menggambarkan pertarungan antara dewa baik dan jahat
dewa baik ialah barong dan dewa jahat ialah rangda


inilah barong..
yang kat bawah ni la dewa kejahatan ~ rangda
pembuka acara..
kelihatan barong dan kera sedang bergurau-gurau sehinggalah datang 3 orang si pembuat tuak yang mana mula berang ngan barong sebab telah makan anak salah sorg drp 3 org tadi.


tiba-tiba muncul pula 2 org pengikut rangda yang sedang mencari dewi kunti..
part ni memang me sgt suka..
especially kat salah sorg penari ni
walaweiii..lenggok badan.. lentik mata.. sgt dahsyat

bukan yg ini...

tapi yang ini...


hebatkan mata dia..
suka banget!


alamak me dah terlupa la cerita barong tadi sampai mana..
biar me stori yg penting2 ajer la.,
ok lepas dua org penari itu mencari pengikut dewi kunti, pengikut dewi kunti pun tiba.
tiba2 salah seorg drp penari ini telah berubah wajah dan masuk ke dalam tubuh pengikut dewi kunti menyebabkan keadaan menjadi kacau bilau..


disebabkan itu
dewi kunti pun berjanji kepada rangda utk mengorbankan anaknya Sadewa sebagai korban. walaupun tidak sampai hati sedawa tetap dibuang ke dalam hutan dan diiikat di hadapan istana sang rangda.

tiba-tiba turun pula dewa siwa memberikan kekebalan kepada sadewa dan menyebabkan sang rangda merayu kepadanya agar diselamatkan. oleh kerana sadewa ni baik hati, maka ditunaikan permintaan si rangda itu.
pada masa yang sama kalika iaitu salah seorg drp pengikut rangda telah memohon juga kekebalan drp sadewa. namun permintaan nya itu telah ditolak. menyebabkan berlakunya pergaduhan.
kemudian kalika bertukar menjadi babi hutan dan burung. semuanya dapat dikalahkan oleh sadewa. cuma akhir sekali , apabila kalika bertukar menjadi rangda menyebabkan sadewa tidak dpt menumpaskannnya disebabkan kekebalan yang telah dimilikinya tadi.
akhirnya sadewa bertukar menjadi barong dan berterusan menentang rangda sehingga tiada berpenghujung..
paham tak??
kalo tak paham pun tak pe..
sbb me pun ala2 senoneng nak pahamkan.. muahahaha..
show tamat jam 10.30pagi..
sambung esok yer..
daaaaaaaaaaaaaaa....

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER