wokey.. mari kita mengembara bersama-sama..
second day kat bali sgt la xcited + takut pun ada
almaklumla..semuanya uruskan sendiri
830pagi our tourist guide dah sampai utk membawa kami semua ke batubulan..
sebabnya..
memang dlm wish list ke bali nak nengok barong ataupun kecak dance
so dari kuta ke batu bulan tak berapa jauh sgt
sampai2 ajer kami terus ke atas astaka utk menonton barong dance
barong dance ni sebenarnya dipersembahkan apabila ada upacara keagamaan
tetapi kerajaan indonesia telah mengambil peluang utk memperkenalkan budaya bali kepada pelancong dgn mempersembahkan tarian ini...
tak lama pun persembahan ni..
dalam sejam ajer.
bayaran masuk ialah IDR 80,000 = RM29
muka xcited sewaktu menunggu persembahan
pentas persembahan yg berwarna-warni
di suatu sudut pula..
sekumpulan balinese memainkan alat muzik utk menghiburkan kami serta mengiringi persembahan barong nanti
ok mari me ceritakan serba sedikit tentang tarian barong ni..
(me pun tak berapa paham cerita ni... time nonton ari tu... nak pecah kepala untuk memahaminya.. tapi setakat 70% ajer yg paham eh tipu la...45% ajer kot)
nasib korang la
marilah kita bersama-sama memahami cerita si barong ini
~
~
~
~
~
tarian ini menggambarkan pertarungan antara dewa baik dan jahat
dewa baik ialah barong dan dewa jahat ialah rangda
inilah barong..
yang kat bawah ni la dewa kejahatan ~ rangda
pembuka acara..
kelihatan barong dan kera sedang bergurau-gurau sehinggalah datang 3 orang si pembuat tuak yang mana mula berang ngan barong sebab telah makan anak salah sorg drp 3 org tadi.
tiba-tiba muncul pula 2 org pengikut rangda yang sedang mencari dewi kunti..
part ni memang me sgt suka..
especially kat salah sorg penari ni
walaweiii..lenggok badan.. lentik mata.. sgt dahsyat
bukan yg ini...
tapi yang ini...
hebatkan mata dia..
suka banget!
alamak me dah terlupa la cerita barong tadi sampai mana..
biar me stori yg penting2 ajer la.,
ok lepas dua org penari itu mencari pengikut dewi kunti, pengikut dewi kunti pun tiba.
tiba2 salah seorg drp penari ini telah berubah wajah dan masuk ke dalam tubuh pengikut dewi kunti menyebabkan keadaan menjadi kacau bilau..
disebabkan itu
dewi kunti pun berjanji kepada rangda utk mengorbankan anaknya Sadewa sebagai korban. walaupun tidak sampai hati sedawa tetap dibuang ke dalam hutan dan diiikat di hadapan istana sang rangda.
tiba-tiba turun pula dewa siwa memberikan kekebalan kepada sadewa dan menyebabkan sang rangda merayu kepadanya agar diselamatkan. oleh kerana sadewa ni baik hati, maka ditunaikan permintaan si rangda itu.
pada masa yang sama kalika iaitu salah seorg drp pengikut rangda telah memohon juga kekebalan drp sadewa. namun permintaan nya itu telah ditolak. menyebabkan berlakunya pergaduhan.
kemudian kalika bertukar menjadi babi hutan dan burung. semuanya dapat dikalahkan oleh sadewa. cuma akhir sekali , apabila kalika bertukar menjadi rangda menyebabkan sadewa tidak dpt menumpaskannnya disebabkan kekebalan yang telah dimilikinya tadi.
akhirnya sadewa bertukar menjadi barong dan berterusan menentang rangda sehingga tiada berpenghujung..
paham tak??
kalo tak paham pun tak pe..
sbb me pun ala2 senoneng nak pahamkan.. muahahaha..
show tamat jam 10.30pagi..
sambung esok yer..
daaaaaaaaaaaaaaa....
No comments:
Post a Comment