ok next station , kami semua dibawa menaiki puncak gunung di kintamani
perjalanan agak jauh
adalah berjam2 juga..
oleh kerana jadual sgt packed,
makanya ok kan ajer..
melalui jalan kampung yang super sempit..
ada ajer yg tertido2 dlm van.
bila diatas sana.. suhu sgt la sejuk
ala sejuk mcm kat cameron highland ajer..
entrance fee utk naik ke sana ialah IDR15000= RM5.30
so dari atas sana, kita dpt lihat keindahan gunung berapi yang masih aktif
last sekali gunung ini memuntahkan lavanya pada tahun 60an..
tetiba terlintas dlm kepala ni.. eh camana tetiba dia meletup waktu me ngah kat atas ...
kemana la nak lari dan selamatkan diri???
~sila hantuk kepala yer che hydrangea lover's oii~
dari atas kita boleh nampak bekas lava yang berwarna hitam..
sekarang ni banyak lori datang untuk mengangkut lava2 tersebut utk dibuat rumah..
org kata lava2 tersebut, bila dibancuh utk membuat dinding.. sgt sejuk nanti rumahnya..
ntah la.. tak tau la pulak. sbb rumah me kat m'sia ni pakai simen ajer..
tapi sejuk gak kalo pakai kipas atau aircond.
muahahahhaaa...
bersebelahan dengan gunung berapi tersebut terdapat sebuah tasik iaitu tasek Batur
jgn salahkan me mengambil gambar ala2 kabus yer..
memang kat sana berkabus pun..
kata suhu rendah..
sah-sah lah berkabus sbb sejuk...
wah, kami bertiga feeling2 menikmati panorama indah time tu..
ni tourist guide me la yg snap gambar ni..
apa ingat boleh la tu nak mencecah puncak gunung berapi tu..
menurut tourist guide me tu..
ada ajer org mendaki gunung tersebut hari2..
seawal 4pagi mereka mendaki sbb nak nengok sunrise..
tak pe la kalo me..
sbb tido tu lagi penting..
muahahahha...
so dlm pukul 4++ kami terpaksa pulang semula ke kuta
sbb nak kejarkan sunset sblum pukul 610petang..
owh yer lupa pulak nak bagitau..
tiada perbezaan masa yer antara m'sia ngan bali
dan perjalanan ke bali dr kuala lumpur ialah +/-3 jam
begini la rupa jalan sewaktu kami pulang dari kintamani...
deretan kedai menjual buah2 tempatan yang lebih kurang sama dengan buah-buahan kita
cuma tourist guide me pesan tak payah beli buah-buahan kat sini
sbb harganya lebih mahal daripada yang dijual di supermarket
memang tak de van pelancong pun menyinggah kat sini..
bali merupakan sebuah pulau yang terletak diantara pulau jawa dan pulau lombok
mempunyai kepadatan penduduk hampir 4 juta orang yang mana 90% adalah beragama hindu.
dibali sahaja mempunyai 9 buah daerah..
oleh itu adalah mustahil utk kami bertiga mengabiskan lawatan ke 9 buah daerah dlm masa 2 hari..
senang citer .....semua dlm wish list me telah tertunai...
dua , pada hari kedua di bali iaitu menonton barong dance dan ????????...
dan lagi dua pada hari berikutnya..
nak tau apa lagi 3 tu??
jgn lupa to stay tune utk minggu yang berikutnya..
muahahaha..
seperti yang me beri tau tadi
90% adalah beragama hindu..
jadi semua rumah mesti ada pura
pura ni cam tempat mereka bersembahyang..buat offering segala la..
contohnya gambar kat atas tu..
kalau uols nampak puranya besar dan hebat ngan ukiran bagai..
bermaksud
org kaya la tu..
kalo yg macam ado ajer..tu menunjukkan org sederhana la tu..
kedudukan pura tersebut mestilah terletak di timur laut sesebuah rumah
dan sebenarnya mereka juga ada kepercayaan tentang fengshui...
selain itu,
kat setiap mukim ada kawasan lapang yang mempunyai pura yang lebih besar..
disinilah mereka buat segala macam upacara keagamaan..
yang pasti menurut tourist guide itu..
ada 2 org sahaja yang tidak boleh menjejaki kawasan suci mereka ini iaitu
~org yang datang bulan (bukannya org tu pergi bulan ekk)
~seseorang yang baru kematian saudara terdekat..
dan coming july ni ada upacara keagamaan yang dibuat besar2an...
jgn terkejut kalo uols nampak patung2 seperti ini di tengah2 simpang tiga jalan misalnya..
ni semua utk mereka buat offering
ni pun ada tau..
ini namanya ogah-ogah lebih kurang mcm demon
mereka akan gunakan patung2 sebegini bila tibanya "quiet day" atau "nyepi"
perayaan tersebut diadakan mengikut kalender bali..
rasanya dlm bulan Mac kot.
by that time
semua org tidak dibenarnya keluar rumah + buat bising + tak de kenderaan pun kat jalan raya
so mana2 tourist yang datang ke bali..
duduk la korg dalam bilik hotel sehari suntuk.
tapi tourist guide ini ajak kami pergi sekali lagi time nyepi utk dpt experience sepanjang hari tersebut..
korg nak ker??
so perjalanan balik,kami dibawa berjalan2 (tak de nya turun van ke apa.. setakat nengok dr dlm van ajer)
ke Mas yang terkenal dengan wood carving,
Tohpati ~ pusat perusahaan batik,
Celuk ~ gold and silver smith
dan berhenti sebentar di Ubud yang terkenal dengan traditional painting...
kalo dah berhenti kat pusat beli belah ada ajer yg dibelinya.. kat sini sekali lagi duit melayang untuk membeli perhiasan rumah yang dikirim oleh adik me... tapi tak beli pun satu set sebab terlalu berat.
juga tak sempat pun nak melawat royal family temple kat sana. padahal kat belah depan pasar ubud tu ajer..
pastu monkey forest pun tak sempat nak pergi.. setakat lalu ajer.. waktu tu pun dah menginjak pukul 5 lebih.. nak kejarkan wish list me yang ke-2 ni...
apakah itu??? sila tunggu minggu hadapan dengan sabar..
sabar..
sabar.....
No comments:
Post a Comment