nampak tak map yang kat atas ni??
punyalah jauh dari kintamani ke jimbaran ni..
ada la dlm 2 jam perjalanan..
hokey kengkawan..
jimbaran adalah tempat ke-2 yang ada dlm wish list me apabila di bali
jimbaran terkenal dengan keindahan pantai , seafood dan matahari terbenamnya..
dan kami bernasib baik sbb sampai di sini sebelum 610petang.
tapi kalau uols nak xperience sunrise,
sila la ke sanur yang terletak bertentangan dengan jimbaran..
tourist guide me tanya ada tak mana-mana restoran yang memang me nak pergi..
bole la pulak lupa nama restoran yang telah direkomen oleh rakan2..
sudahnya,
kitaorg pergi restoran yang berada di tengah2..
org dah mulai ramai waktu tu..
sangat cantik suasana dan pemandangan pada waktu tersebut..
eh tak tau nak gambarkan camana..
tak sampai beberapa minit,
matahari mulai terbenam
apa lagi
semua yang ada time tu mengeluarkan camera masing-masing untuk merakamkan suasana yang sgt memukau....
tapi lagi sadis bila rakan yang berdua tu termissed saat tersebut..
nasib baik pengorbanan me menahan daripada terkucil membuahkan hasil..
kalo tak , ada ajer kena pergi sini semula pada cuti akan datang..
muahaha...
sementara menunggu suasana menjadi gelap..
haruslah bergambar sakan..
bukan senang nak bergambar tgh2 maghrib ni..
kalau kat m'sia mau dipepahnya sapa2 yang tak masuk rumah lagi.
seperti biasa pen bulu2 dan buku nota kecil tu menjadi peneman..
terima kasih kepada si pemberi buku nota itu!!!!
so officially buka nota itu menjadi soulmate setiap kali percutian..
segala kegembiraan dan kedukaan (duka ker?? owh yer.. duka part kuarkan duit membeli belah) akan dicatat di dalam buku tersebut..
bila dah berada di sini , jgn lupa utk menikmati jagung yang sgt sedap
serious weiii sedap!!
ada banyak ajer org jual jagung ni sepanjang persisiran pantai
regenya IDR10000 = RM 3.50
mula2 order setongkol ajer...
ambik honey + butter
sementara menunggu 2 org rakan membuat pilihan seafood
order lagi 2 tongkol.. muahahhaa...
satu perasa yang sama.. lagi satu chilli..
uishh tetiba teringat la pulak..
LAPARRRRR...
cara nak order makanan kat sini senang ajer
boleh pergi ke belakang kedai..
tunjuk2 mana yang berkenan..
pastu boleh buat pilihan sama ada nak grill ker steam ker.....
tapi masak berlado ker, sweet sour ker, nan adoooOOoooo
jgn pulak korg memandai2 nak samakan dengan m'sia..
lobster pun memang ada dlm wish list kali ini..
haruslah pesan siap2 kat dua org rakan yang membuat tempahan agar memastikan ada hidangan lobster ini..
pekerja-pekerja bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan
servis yang diberi sgt bagus..
cepat ajer hidangan sampai..
my delicious lobster..
sotong bakar
udang bakar
no worries yer..
semua hidangan disertakan sekali dengan nasi putih + kangkung goreng + soup...
kos menggaru kepala ~ IDR785000 = RM281
kemudian berangkat pulanglah kami ke teratak sewaan di kuta..
masing2 dah tak kuasa nak merayap lagi walaupun malam masih muda..
sbbnya masing2 sibuk nak memunggah barang yang dibeli siang tadi..
hohOhOhOHoHoHo
No comments:
Post a Comment