setelah mengharungi lebih kurang 10 jam perjalanan...
akhirnya kami tiba di bumi istanbul lebih kurang jam 7 pagi.....
seingat me la kan... sepanjang dalam bas tu.. langsung tak buka mata pun...
tido ajer.. bas berenti untuk rehat jap pun, me tak kuasa nak turun...
cuma yang ingat betul ada sekali tu bas berhenti sebab nak naek ferry..
yang ni bukan mimpi ke hapa... betul di alam nyata..
sebab me ada ambil gambar time naik ferry tu.
berbalik tentang pagi terakhir tu...
kitaorang di turunkan di sebuah terminal untuk tunggu shuttle bus ke sultanahmet
so dalam pukul 730 pagi shuttle bus membawa kami ke sultanahmet..
memandangkan bila ke istanbul adalah satu kemestian untuk bergambar di depan blue mosque.....
makanya...
kami terus ke sini untuk bergambar......
masih awal pagi..
so tak ramai lagi manusia kat sini..
makanya.................boleh la mengeliat tertonggeng terbalik cari pose yang seswai ngan tajuk entry gitoo...
disebabkan banyak tempat nak pergi lagi lepas ni..
kitaorang terus ke McD yang terletak betul-betul di hadapan laluan tram...
harga untuk set dibawah ni tak ingat...
yang penting pas ditukar ke matawang kita.. bule buat 3 kali sarapan di kedai abang kasut merah ni..
memandangkan hari ni hari terakhir di istanbul...........
sedih dah mula terasa.. (cewah)
gambar station tram ni pun bantai disnap..
agenda pertama ialah ke taksim..
sebabnya..
for the past 9 days.. asyik dok lalu lalang kat depan square ni..
tapi haram tak bergambar dengan tugu yang dibina pada tahun 1928......
so misi pertama bergambar dengan tugu ni ha...
disebabkan kitaorang datang awal pagi..
kompom tak de ramai makhluk manusia pagi-pagi tu.....jadinya
tak de la rasa nak menangis sampai kuar hingus bila dok peratikan minah-minah turki yang berbadan slender ngan coat bulu-bulu jalan berpimpin tangan dengan bopren!
bercerita tentang taksim square ni.......
selalu je kat sini orang buat tunjuk perasaan..
sebab tu banyak keta polis......kengkadang tu.. siap ada keta kebal......
ingat keta kebal untuk skuad harimau muda jer ker kat indon ari tu..
sini pun sama hokey!
pernah satu malam time kitorang makan kat sini,
dari dalam kedai.....
kitaorang nampak berduyun-duyun manusia berarak di sepanjang jalan istiklal tu...
runway diva bagi tau.. tu nak buat protest la tu..
gigih ni nak nengok...pastu sekali runway diva buka citer.. terus lupa dah pasal protest tu...
ha...........................gitoo la me ni kalau dah start mendengar org citer...suka lupa nak balik ke pangkal jalan..
next agenda yang memang wajib me habiskan ialah .........................
naik nostalgic tram ni!!!
siap dari day 1, dah bagitau partner..yang kita wajib naik ni...
naik nostalgic tram ni!!!
siap dari day 1, dah bagitau partner..yang kita wajib naik ni...
tram ni bergerak terkedek-kedek melalui istiklal street hinggalah ke taksim square..
rega pun tak mahal dalam 1TL
sepanjang berada dalam tram ni......
sempat gak la menjamu mata ngan suasana di taksim pada waktu pagi...
sampai ke penghujung stop,
misi seterusnya ialah ke galata tower..
melalui study ari tu, nak ke galata tower ni.. kita boleh jalan kaki jer dari istiklal street..
so misi menapak bermula lagi...
tetiba nampak sudah signboard tulis galata..
ha kompom sampai punya ke tower tu...
hati sudah nyanyi-nyanyi lagu korea..
lalallalala
otw nak ke galata tower
terjumpa museum mevlevihane..
ok kami masuk museum tu sebab sampai ke sudah tak kesampaian nak nengok dervish show
sebabnya dervish show ni tak de tiap-tiap hari..
bayaran masuk museum ni ialah 5TL
dah baca lebih kurang kat dalam muzium tu..
kami meneruskan perjalanan untuk memburu galata tower..
tapi kami berhenti sebentar di satu lorong ni
bila ternampak satu jalan menghala ke sebuah masjid yang terletak di tingkat atas..
kitaorang tak masuk pun lorong ni..
sekadar melihat dari jauh jer..
jalan punya jalan
akhirnya jumpa pun galata tower ni..
nasib partner jalan mendongak ke atas...
kalo nak harap me yang jalan tunduk bawah.. sah-sah tak jumpa galata tower ni
menara setinggi 66.90m ni boleh membuatkan kita semua hilang nyawa kalau memanjat ke tingkat atas..
nasib ada lif ke tingkat paling atas..
difahamkan tower setinggi 9 tingkat ini pernah merupakan tower tertinggi di istanbul.
malah
di tingkat atas ada menyediakan restoran dan juga niteclub.. wah boleh tunjuk langit nampaknya..
dan lebih menariknya kat belah atas,
kita boleh melihat pemandangan istanbul secara 360 darjah...
yang paling hangin time kat atas tu..
sah-sah memang ada announcement bagitau soh ikut clockwise.. tapi yang payahnya.. ada jer pengunjung yang tegar..
sudahnya traffic jam kat atas tuh!
punyalah sejuk dari atas ni.. rasa mcm nak buat bungee jump... (wah kengkonon nak budget berani la tu)
walaupun ada lif disediakan di tower ni..
kita tetap kena menapak beberapa mata tangga yang berpusing-pusing persis mcm karipap pusing..
(motif nak samakan dengan makanan??? sebab..... time menaip ni saya tetiba kelaparan...)
turun jer dari tower tu.. kami menapak untuk ke karakoy.....
time ni main redah jer tanpa apa-apa direction...
siap partner tanya...eh betol ker lalu sini??
me ngan bangga tapi dalam hati tertanya-tanya juga sambil bagi jawapan.. 'trust me! aku tau kita akan sampai punya'
lebih kurang 10 minit kami sampai ke karakoy
turun subway dan decide tak nak naik tram tapi nak menyeberangi jambatan untuk ke eminonu..
tujuan asal nak seberang jambatan ni..
adalah sebab nak menengok pakcik-pakcik ni dok menghabiskan masa seharian dengan aktiviti memancing..
memang terbaik la tahap kesabaran pakcik-pakcik ni..
kalo me.. sah-sah setengah jam pastu bentang toto dan berdengkur..
kah kah kah kah
owh yer,
bila dah lalu kat sini..
sure pakcik-pakcik tu akan offer uols utk memancing..
tapi hari tu kitaorang terpaksa menolak sebab nak rush ke tempat seterusnya...
next kitaorang terus ke stesen eminonu untuk naik tram ke sultanahmet..
misi seterusnya ialah ke topkapi palace
memang betul la apa yang di advicekan agar sampai di topkapi palace ni pagi-pagi..
sebabnya.. nak masuk ni kena beratur untuk beli tix.
pastu nak melepasi scanner lagi.. adussssss...
untuk ke topkapi ni ada beberapa entrance..
yang kitaorang lalu ialah middle gate ataupun gate of salutation yang terus membawa ke 2nd courtyard
topkapi palace ni sangat la besar dan pelawatnya pun punya la ramai..
dan yang paling tak bestnya...
ada certain buildings tu tak boleh nak ambil gambar..
bagus gak tak boleh ambil gambar sebab nanti tak pepasal jammed kat dalam tu..
sedangkan tak ambil gambar pun boleh jammed...
berbalik cerita tentang topkapi ni..
sebenarnya, topkapi palace ni ialah istana dari zaman kesultanan uthmaniyah lagi...
dan pada tahun 1985, menjadi kawasan dalam lindungan unesco
istana ini telah dibina pada tahun 1459 dan mengandungi 4 bangunan utama dan banyak bangunan kecil yang lain.
pada penghujung abad ke-17, istana ini sudah tidak digunakan kerana kerabat diraja telah berpindah ke sebuah istana baru yang bercirikan european iaitu istana dolmabahce.
yang uniknya tentang istana ini
kerana kedudukannya yang terletak di atas bukit menghadap golden horn, laut marmara dan bosphorus.
selain itu terdapat sebuah tangki air bawah tanah yang digunakan sepanjang zaman pemerintahan uthmaniyyah.
bila berada di sini,
ouls pasti akan tercari-cari satu buildings yang menempatkan tongkat nabi musa, dan paling utama janggut nabi muhammad s.a.w.
owh.. punya la tertonggeng-tonggeng kitaorang nak mengecam rupa janggut itu sebabnya hanya sehelai sahaja janggut yang dipamerkan.
tapi uols akan rasa mcm sebak sikit kot bila berada dalam bilik tersebut.
dapat jer melihat janggut nabi....................
kitaorang terus keluar dari topkapi palace
padahal banyak lagi buildings yang patut kitaorang lawat..
tapi sebab kesiankan runway diva yang dah berzaman menunggu kitaorang kat sultanahmet,
dan faktor perut lapar..
maka kami terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak di area station tram tersebut..
set makanan kami bertiga untuk tengah hari terakhir di sultanahmet ni ialah 83TL.
mahal nak mati kan??
tapi nak buek camana.. makan kan ajer..
memang tiap kali makan kat istanbul ni,
me tak pernah skip ambil dessert..
cuma last day tu try rice pudding ni..
wah lompat bintang!!!! sedap!!
sebenarnya runway diva lunch ngan kitaorang sebab nak tolong kitorang carikan kedai turkish delight yang kitorang kunjungi masa 1st day tu...
setelah rasa nak menangis cari tak jumpa (nasib jumpa korean boleh citer pasal kpop..ngee ngee)
rupa-rupanya memang betul-betul dekat dengan stesen tram kat sultanahmet..
yang kitaorang tak jumpa tu sebab nama kedai tu yang sudah silap ingat..
wakakakaaka..
beratur turkish delight untuk dipilih..
boleh pilih untuk bungkus dalam pelbagai saiz kotak..
dan paling penting jgn lupa beli ada satu jenis ceklat kat sini..
bak kata sorang adik me..."walaupun rupanya buruk & hitam.. tapi rasanya sangat la sedap"
later runway diva balik office semula,
kitaorang bergegas ke arasta bazaar untuk menghabiskan sisa-sisa duit belanja yang ado...
shopping sampai naik lenguh tangan mengendong plastik...
kitaorang pun bertolak pulang............
time ni syahdu
bila lalu dibahagian belakang blue mosque..................
2 comments:
dear tq update psl istanbul..i mmg minat..kalau xkeberatan leh share agak2 bp bajet ke sane?
email sy di: sumayyahnadhirah@gmail.com
tq
ok will do. tapi lambat sikit bole tak? skrg ni mcm bz sikit. plannya bila nak pergi?
Post a Comment