holla peeps..
lamanya nak habiskan entry pasal istanbul ni kan??
insyaallah lagi 2 entry abis la agaknya...
berbalik tentang day 9 di selcuk,
lamanya nak habiskan entry pasal istanbul ni kan??
insyaallah lagi 2 entry abis la agaknya...
berbalik tentang day 9 di selcuk,
me booked sebuah pension yang betul-betul dekat dengan otogar..
booked tru booking.com jer
RM140 semalam..
kira ok kot untuk semalam...ini pun masih berhutang ngan booking.com untuk buat review pasal pension ni..
adusss... bz bebenor la kan...
pension tu sediakan sekali b'fast.
kira ok kot untuk semalam...ini pun masih berhutang ngan booking.com untuk buat review pasal pension ni..
adusss... bz bebenor la kan...
pension tu sediakan sekali b'fast.
memandangkan kitaorang dah booked tour di selcuk ni dari pamukkale,
so kitaorang get ready hari tu dalam pukul 8.30pagi.
dan bila turun bawah, kami dilayan dengan baik oleh owner pension ni..
supposed tour agency tu akan ambil kitaorang kat pension pukul 9 pagi.
tapi dah pukul 9.15, tak muncul-muncul juga..
yang peliknya... kami berdua tak kesah pun langsung lambat ke cepat..
yang risaukan kami ialah owner pension tu..
siap tolong call agency tu tanya bila nak ambil kitaorang..
yang kitaorang berdua sibuk nak wifi, memandangkan semalam terlupa nak minta password dan tak kuasa untuk turun ke tingkat bawah ,
so masing-masing sibuk update status fb....
pagi tu kami di jemput oleh sebuah bas mini..
package yang kami ambil ni untuk sehari bermula 9 pagi hingga ke 5 petang.
selain kami, ada 2 pasangan dari india, sepasang suami isteri dari singapore, sebuah keluarga dari brazil, 2 orang mamat korea dan sorang wanita dari guatemala.. (gitoo la kan bahasa halus..guna wanita)
lawatan kami dimulakan dengan melawat masjid isa bey..
masjid ni tak de beza pun ngan masjid-masjid yang ada di istanbul......
cuma bahagian bumbungnya tak la segah mcm masjid di sana...
kitaorang habiskan masa di sana lebih kurang setengah jam
sebelum bertolak ke temple of artemis....
temple of artemis merupakan sebuah temple yang dibina untuk dewi artemis dan dibina sebanyak 3 kali sebelum musnah pada tahun 401.
temple ini juga pernah tersenarai dalam 7 keajaiban ancient world.
tapi yang tinggal kini hanyalah satu column ajer
owh yer..
sampai di tempat-tempat cenggini,
biasanya ada jer orang jual buku ..
beli jgn tak beli..sangat bermanfaat untuk dibuat rujukan..
trust me!
next kami di bawa ke sebuah tempat yang mempamerkan tamadun manusia dahulu kala
di ephesus
ephesus ni juga dikatakan sebuah outdoor museum yang terbesar di turki dan juga dunia.
terletak sejauh 18km dari kusadasi..
tempat ni agak berbukit bukau dan jalannya agak sunyi..
tapi difahamkan untuk ke sini boleh menaiki mini bas kusadasi-selcuk.
masuk ke sini juga akan dikenakan bayaran
dari pintu masuk kita boleh nampak temples of the goddess Rome & divine Caeser
binaan ini dibina untuk memuja goddess rome dan juga julius caeser.
hingga kini, serpihan tersebut masih tegak berdiri
kawasan ni sangat seronok untuk di terokai..
kita dapat melihat sendiri keagungan seni bina masyarakat dahulu dalam membentuk tamadun mereka..
antara binaan yang kita boleh teliti di sana ialah agora iaitu public bath..
gambar kiri di bawah ini ialah rupa agora dan gambar kanan pula ialah paip-paip yang digunakan untuk mengalirkan air ke agora.
me ni......
part mengedik mengeliat kat depan kamera.. memang no hal punya.....
sebenarnya tujuan me ambik tour ni...
sebab keadaan hujan di pamukkale semalamnya..
memandangkan sepanjang 7 hari di istanbul langsung tak hujan....
takut-takut hujan pula di sini...
dah la tak bawa baju lebih sekadar sehelai baju sahaja..
tapi alhamdullillah...
cuaca pada hari tersebut sangat terang..
yang paling penting... langit sangat biru!
gambar ni,....
me membelakangkan laluan pejalan kaki di ephesus
memang banyak column sepanjang jalan.
ingat tak...
masa kat pamukkale me tak melawat theater kan??
sebabnya kat sini pun ada..
kira tak menyesal pun.
gambar bawah ni ialah mini theater atau odeion..
hebatkan orang dolu-dolu susun batu-batu ni untuk menjadikan sebuah theater bagi menonton pertunjukan?
latriana @ public toilet..
mampu ker nak dok toilet cenggini??
the curetes street
merupakan salah satu jalan utama yang menghubungkan 'the hercules gate' hingga ke 'celcus library'
dalam gambar di bawah.. binaan tinggi di bahagian tengah itulah celcus library.
pada zaman dahulu.. di bahagian tepi jalan ini ada banyak monumen, fountains, dan kedai-kedai.
malah terdapat juga rumah-rumah untuk orang kaya ephesian.
kejadian gempa bumi berkali-kali telah menyebabkan struktur jalan ini berubah.
bergambar dari atas bukit menghadap curetes street
fountain of trojan ini dipercayai telah dibina untuk menghormati emperor of trojan.
temple of hadrian
ephesus library atau celcus library ini telah di bina oleh tiberius julius aquila sebagai penghormatan ke atas ayahanda beliau iaitu tiberius julius celcus yang merupakan governor pada masa itu.
binaan ini merupakan bangunan dua tingkat yang dibina menggunakan batu marmar yang berkualiti.
di hadapan bangunan ini ada di letakkan 4 statue yang melambangkan kebebasan (sophia), ilmu (episteme) , kepandaian (ennoia) dan kuasa (arete)
namun statue yang ada sekarang ini hanyalah replika di mana statue yang sebenarnya telah di bawa ke vienna
akhirnya sampai juga ke tempat ke-2 dalam wish list saya iaitu the great theater
terletak di lereng bukit panayir,
theater ini merupakan theater yang terbesar di dalam ephesus
theater ini boleh menempatkan seramai 25000 pengunjung di mana terdapat 66 rows setinggi 18 meter dan merupakan bangunan 3 tingkat.
theater ni bukan sahaja digunakan untuk menonton persembahan konsert tetapi juga digunakan untuk upacara keagamaan, politik, ilmuan malah untuk gladiator dan pertarungan haiwan.
agak-agaknya dolu-dolu ade ker dorang main sabung ayam??
menghampiri gate keluar,
kita boleh lihat keindahan the great theater dan theatre gymnasium..
ha hebat tak dorang.. dolu-dolu pun dah pandai jaga kesihatan tau
disebelah kiri pula..................
terdapat binaan yang mana me rasakan agak hebat
sebabnya..
batu-batu tersebut disusun bertingkat-tingkat tanpa menggunakan sebarang paku atau cerucuk
selepas berada hampir 3 jam di sini,
kami telah dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengah hari (termasuk dalam package ini)
part makan tengah hari ni yang best..
bukan best sebab makanan tu..
tapi best sebab................
makanan dihidangkan
tapi minuman kena beli..eh bengong ke hapa?
later kami di bawa ke sebuah gedung menjual permaidani..
ni la yg tak bestnya kalau ikut package..
mereka akan bawa kita ke tempat-tempat cenggini..
padahal bukannya nak beli apa-apa pun
selepas membuang masa kat sana..
kami dibawa pula ke pusat barangan kulit..
harga mak aiiii... punya la tinggi melangit..
yang pasti sebelum di bawa ke bahagian bawah untuk memilih barangan kulit..
kita disajikan dengan fashion show..
apa lagi.. merasa la jadi paris hilton jap..
akhir sekali barulah kami di bawa ke tempat terakhir iaitu..
house of virgin mary..
tak de apa pun yang menarik kat sini
cuma dari sini kita dapat melihat kepulauan greece dari puncak bukit
disebabkan masuk ke dalam tak boleh ambil gambar...
makanya kami hanya lalu sahaja di dalam rumah tersebut.
bagi orang kristian,
mereka akan berdoa dan menyalakan lilin di bahagian luar rumah tersebut..
dan menggantungkan wishes mereka di bahagian lereng bukit ini..
No comments:
Post a Comment