day 8 ~ kitaorang sampai di denizli otogar dalam pukul 8 pagi..
fyi, otogar tu ialah terminal bas yer..
time sampai tu........... baru lepas hujan...........
so jalan basah...........
tak dapek ler nak snap gambar otogar..
once sampai di denizli otogar..
terus g beli tix ke selcuk..
bangunannya di sebelah kanan daripada platform bas..
untuk kali ni..
kitaorang try bas dari pamukkale company..
sajer nak buat comparison ngan bas-bas yang lain..
dah dapat tix..
maka bermula la pengembaraan kami pada pagi tu untuk ke pamukkale..
untuk ke sana..
dalam otogar tu juga ,
di hadapan platform bas tu.. macam ada bangunan kecil warna pink..
terdapat banyak van kecil atau dipanggil dolmush
naik ajer dolmush tu dan bayar 3TL untuk ke pamukkale..
beginilah pemandangan sekitar pekan denizli menghala ke pamukkale
bila sampai di pekan pamukkale..
me bagitau kat driver yang me nak berhenti kat area ni..
tempat ni sangat senang nak cari pension..
tapi tak de hotel 5 star kat sini..
so turun ajer dari dolmush......
kami di sambut oleh mamat turki yang nak menjual produk pelancongan mereka........
kami deal dengannya dan terus ambil tour di selcuk pada keesokan harinya serta bas terus ke istanbul....
ntah kenapa percaya............. terus bayar............
nasib pengembaraan ke selcuk hingga istanbul berjalan lancar..
alhamdullilah..
charged yang dikenakan untuk tour di selcuk dan tix bas ke istanbul ialah 180TL
which is ok bagi saya yang pemalas ni.......
tapi uols boleh dapat lagi murah if uols cari sendiri tix ke istanbul once dah sampai kat selcuk nanti.
lepas beli tix dan minum apple tea..
kitaorang mula bergerak ke tempat nombor 1 dalam wishlist saya sepanjang di turki ini..
tempat ini menjadi sebab utama me nak lawati ialah
keunikan + keajaiban tempat ini
selain tempat ini berada dalam lindungan unesco!
subhanallah........
mata akan terpukau melihat keindahan sebuah bukit yang diselaputi warna putih persis ais!!!!!
satu-satunya tarikan kat kawasan ini ialah travertines ni...
kalau uols bermalam disini,
uols boleh mintak tolong staff kat sana hantarkan uols ke south gate..
sebab kalau ikut south gate, uols akan tour dulu the whole hierapolis dari atas dan turun ke traventines..
tapi mcm kitaorang yang ikut north gate, akan mendaki la bukit tu..
tapikan.........kalau dah excited terlebih... daki pon daki ler...
bayaran masuk ke sini ialah 20TL dan kita wajib berkaki ayam sepanjang menapak di travertines neh..
cuaca sejuk time ni..
dan lantai traventines ni ada air yang mengalir tapi langsung tak licin..
gambar yang dibawah ni pula dinding bukit tersebut..
nak rasa selesa sedikit.....
uols boleh berjalan dalam aliran air seperti di bawah ni..
sebab airnya suam sedikit..
tapi kitaorang tak jalan pun kat dalam saliran air tu...
sebab nanti tak de feel la dok negara sejuk.....
time kitaorang mendaki ni...
tak de orang langsung pun..
tapi kalo summer , ramai jer yang dok bersidai kat sini sambil main air..
hierapolis ni adalah setinggi 1840m dan pada zaman dahulu, kawasan ini telah didiami oleh puak luvis dan merupakan satu-satunya kawasan yang bertamadun.
kawasan ini juga sebenarnya terletak dalam kawasan gempa bumi, dan pernah musnah dan dibangunkan semula. Yang lebih istimewanya, hierapolis ini pernah menjadi kawasan terpenting terutama pada zaman constatine sehinggalah digelarkan 'leader of the east'.
dari segi kandungan airnya pula terdiri daripada karbon dioksida dan kalsium
yang menyebabkan berlakunya liputan putih seperti ais.
difahamkan juga...air yang mengalir ni bagus untuk rawatan sakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa lagi penyakit lain. Sebab itu terdapat ramai pelancong yang mendapatkan rawatan di spa serta public bath di sini..
beginilah pemandangan yang sangat cantik dari atas bukit ni..
~terbayar sudah penat mendaki~
by the time kitaorang sampai..
langit dah mula gelap..
time ni dah terfikir nak balik dah..
sebabnya dah dapat apa yang dihajati...
tapi ada lagi kat belah atas hierapolis ni yang belum kami terokai..
time ni gak la.. tetiba takut kena panah petir la hapa la...
almaklumlah bila dah ada kat kawasan tanah tinggi ni..... macam-macam bole jadi.
cumelkan kasut saya disampul dengan plastik ni??
ha.... ni la plastik yang saya ambil masa kat dolmabahce palace ari tu...
memang nak guna pun time ke sini..
agak berkupu-kupu perut time ni...almaklumlah tak jamah apa-apa pun lagi...
rasanya time ni pukul 12 tghari kot...
nasib dalam handbag ada marble cake yang diambil masa dalam bas ke pamukkale semalamnya..
sementara nak tunggu kaki kering... haruslah makan dulu...
naik ajer kat atas bukit tu...
dah nampak kesan runtuhan medieval fortress
disebalik fortress ni.. kita boleh lihat semula cotton castle @ traventines @ pamukkale dari atas pula..
nampak tak yang macam kawah-kawah kaler biru tu???
menyesal ok tak g sana!!!!
rupa-rupanya ada ajer org g berendam kat dalam kawah tu..
tapikan celah mana nak berendam......kalau g sana pun hanya bawak handbag jer...
hebat tak??
ni la dinamakan backpacker diva....org pakai backpack... me??????
handbag ok!!!
disebabkan terlalu taksub ngan cotton castle ni...
me tak kesah pun benda lain yang ada kat atas ni...
so next...
kita nengok pula...
apa yang ada di sebelah belakangnya pula...
pemandangan di sebelah belakang ni.......
tak seberapa cantik kalau nak dibandingkan ngan yg kat depan tu tadi...
kawasan cotton castle di sini dah kering kontang...
di bahagian bawah bukit ni....
rasanya macam kawasan perladangan kot......
dah puas melihat sendiri keajaiban pamukkale ni...
barulah terfikir nak bergerak ke kawasan lain...
kalau nak ikutkan...
berdasarkan peta di bawah ni...
masih banyak tempat untuk diterokai..
tapi memandangkan masa yang tak cukup.... sebab kitaorang kena balik ke perkampungan pamukkale di bawah tu semula sebelum pukul 4 untuk ke denizli otogar ,
jadinya....kitaorang singgah sebentar ke hierapolis museum yang terletak betul-betul dibahagian tengah kawasan hierapolis tu..
tix masuk ialah 3TL,
dan bestnya.... tak de orang pun datang melawat.. so time kitaorang datang.. barulah dibuka lampu..
mcm biasa...kalau dah namanya muzium.....
banyak la barang-barang sejarah yang berharga di simpan di sini...
dek kerana tempat ini sudah berkali-kali dilanda gempa bumi..
maka terdapat beberapa binaan yang hampir ditelan bumi..
apabila masuk ke 'theatre findings' ni...
mana tak seronoknya...
kalau dapat lihat sculpture eumenes king of pergamun , god hades , dan artemis (dari kiri)
lebih kurang setengah jam berada di sana.............
kami pun keluar ....
di bahagian kanan muzium tu ada ancient bath
yang mana kalo uols ada extra masa... boleh la g berenang di dalam kolam cleopatra tu...
otw nak kuar ke south gate,
kami nampak theater..
tapi tak pergi pun ke sana... mcm jauh jer nak menapak...
so nengok dari jauh jer sebab tau esoknya akan jumpa the great theater kat selcuk..
yang ni pula ialah runtuhan apollon temple..
tapi seriyes.... banyak giler yg kitorang tak explore mcm demon hole(plutonium), apollo temple & nympheum, the basilica, the agora, the martyrium of saint phillip, the necropolis dan macam-macam lagi...
hadoiii...
akhirnya..sampai la kami di south gate
dan dengan bangganya keluar dari gate tersebut tanpa memikirkan bagaimana nak turun semula ke perkampungan tersebut...
kat entrance tu...
ada banyak kedai jual souvenir... post office pun ada...
tapi yang tak bestnya... boleh lupa nak post poskad dari sana...
rugi betol!!!!!!!
beginilah pemandangan jalan yang kami kena lalui untuk turun ke perkampungan tersebut..
OMG!!!!
camana nak turun????
mau ambik masa bertahun nak sampai ke bawah sebab jalannya berbukit bukau.. silap-silap ada jer serigala.. miahahhaha..
so kitaorang dapatkan teksi dari atas bukit ni untuk ke bawah dengan rega 20TL
yang mana agak mahal...
tapi dah nak sangat turun..............nak buek camana kan???
ni gara-gara tak sanggup bukak kasut semula untuk turun melalui traventines punya pasal la...
memandangkan baru pukul 3, dan kitaorang bercadang untuk naik dolmush pada pukul 4,
kitaorang lunch kat sebuah kedai betul-betul di hadapan tempat kitaorang berhenti pagi tadi...
restoran ni dikendalikan oleh sorang makcik..
yang kitaorang gelarkan makcik pelupa..
rasanya.. ni ialah tempat tinggal dia dan digunakan sebagai restoren
ni ialah hidangan yang me minta .......
rega makanan ni campur sepinggan kecil nasi goreng ialah 23TL
yang mana me rasa tak berbaloi..
owh yer bercerita pasal makcik tu...
kitaorg gelarkan dia mak cik pelupa sebabnya...
time hidangkan makanan tu....dia hidangkan nasi putih kosong pada partner.
padahal partner order chinese fried rice..
bila kitaorang tanya mak cik tu... dia kata...dia terlupa...
adoiii..
terpaksalah makcik pelupa goreng semula nasi partner tu...
abis makan..
kitaorang tunggu dolmush di depan restoran tadi..
kat sini tak payah fikirkan sangat pasal dolmush
sebab... kerap sangat dolmush ni ada..
setiap 15 minit rasanya..
sementara menunggu dolmush....................
kitaorang pun sibuk la snap gambar kawasan sekeliling..
untuk area denizli ni plat number keta start dari nombor 20
perjalanan dari pamukkale ke denizli otogar ni tak jauh..
adalah lebih kurang setengah jam.
time ke denizli otogar tu..
hari dah start hujan..
alhamdullilah hujan turun sebaik sahaja kitaorang dah masuk ke dalam perut dolmush
sementara nak tunggu bas kitaorang ke selcuk, izmir pada pukul 5 petang...
kitaorang sempat makan sekali lagi di denizli otogar..
kebab ngan nasi dan sebotol su (air) ialah 11TL
No comments:
Post a Comment