day 5 bangun dengan penuh semangat..
bukan apa pun..
sebab malam tadi dok bermimpikan anting-anting yang sangat cumel kat ortakoy
so pagi tu siap-siap bagitau hajat yang tidak kesampaian..
hahaha
rupa-rupanya runway diva pon ada niat yang sama..
haruslah lepas b'fast kitaorang
bergegas ke ortakoy sebab ada flea market yang agak panjang daripada waktu malam semalamnya..
sampai-sampai kat ortakoy ...
tak ramai pun orang
mungkin sebab masih pagi lagi kot?
later baru me n runway diva perasan yang kitaorang tak ada turkish lira..
ayoyoyo..
berpusing kitaorang cari money changer
tak jumpa-jumpa
haruslah berjalan sambil telan air liur sebab tak kesampaian nak membeli barang sepasang dua xsesori yang unik-unik tu...
paling geram bila nengok handmade deco ni
sangat la memukau tempat gantung kunci-kunci ni...
sekali tanya reganya...
mak aiii mencecah 200TL..
idak ler teman nak beli tempat kunci semahal tu..
sebenarnya rega tu sangat berbaloi
bila anda melihat pakcik ni bersungguh-sungguh membuat semua tu..
ya allah...
punya la tekun pakcik tu membuatnya..
saya doakan mudah-mudahan ada orang kaya yang membeli hasil kerja pakcik yer..
memandangkan tak de turkish lira
kitaorang decided nak g ke taksim untuk menukar USD.
otw nak berangkat ke taksim..
eh eh mata ni mcm nak terjojol kuar
sebab ternampak sebuah kedai ni!
seriyes giler suka kedai ni..
terus ajak masuk untuk makan
padahal masing-masing masih kenyang sarapan tadi..
kalau dah namanya penggemar warna pink..
segala-galanya nampak comel belaka
disebabkan mereka berdua melayan perasaan me yang ala-ala feeling manja ni..
kitaorang share ajer makanan pagi tu..
lagi pun nak mintak jasa baik partner tolong bayarkan dulu..
almaklumlah.. tak de turkish lira
yang ni me pilih..
apa nama yang kaler hitam tu pun tak tau..
tapi sgt la heaven sbb dia mcm yang kat pizza hut tu.. choc volcano ke apa ntah namanya yang tetiba ada choc cair kat dalamnya tu..
yang eskrim tu pulak me ambik sebab ada "FINDIKLI"
kalau naik tram dari kabatas,
next stop ialah findikli..
mula-mula kitaorang mcm pelik gak..
ada jer nama makanan yang tulis findikli..
sekali baru tau..findikli tu ialah hazelnut.
so setiap kali naik tram..
sampai ajer kat findikli kitaorang akan gelak-gelak sambil ikut announcer tu cakap..
STATION HAZELNUT
ari tu
time kitaorang balik dari miniatuk
macam biasalah..
runway diva mesti tanya pengalaman berjalan seharian tanpa beliau..
so bila kitaorang citer kitaorang naik bas dari miniaturk ke eminonu..
beliau tersangat la kagum
sebabnya.. sepanjang 3 tahun kat istanbul
tak pernah sekali pun dia naik public bus
so ini hari..
me dengan bangganya mengajar cara-cara menaiki bas..
so kitaorang naik bas dari ortakoy ke taksim
rega mcm biasa 1.75TL
gembiranya sampai kat taksim ni sebelum tengah hari
sebab tak ramai lagi makhluk manusia kat sini..
kalo tak..
ya allah..
punya la mengemut manusia kat sini..
pastu jalan cepat-cepat..
naik pening pala ni nengokkan..
ntah apa yang dikejarnya pun tak tau..
hebatkan polis kat istanbul..
pakai cooper...
silap-silap me bawak balik m'sia sebijik.
kah kah kah
bercerita tentang taksim ni..
ada banyak benda yang uols kena try..
salah satunya eskrim kat sini..
sebab apa??
hehehehheehe
eh tak nak la cakap..
kang tak surprised pulak..
tapi memang seriyes kena try..
maybe dalam day 9 nanti me tunjukkan kat area mana eskrim tu..
tapi sumpah uols kena try..
later lepas tukar duit kitaorang ke eminonu
sebabnya hari ni kitaorang plan nak merentas bosphorus
eh sebelum terlupa..
rasanya kalo nak tukar duit, lebih baik ke sultanahmet
sebab apa yang kitaorang peratikan.. kat sana mcm untung sikit berbanding kat taksim ni..
kalau nak ikutkan itinerary yang me buat ari tu..
nak merentas bosphorus ni mengambil masa sehari suntuk
sebab kita akan turun kat port paling akhir iaitu anadolu kavagi
dok-dok bersantai kat situ
pastu balik semula ke eminonu..
tapi runway diva cakap tak payah
kita pegi dari eminonu pastu sampai kat 1st bridge pusing balik ke eminonu
kitaorang on kan jer
by the time kitaorang nak bergerak ke dalam perut ferry, hari pun dah nak gelap
so apa lagi..
gambar-gambar selepas ni rasa mcm nak campak jer kamera sbb bergegar la..hapa la..
gambar ni ialah pemandangan kat jambatan yang menghubungkan eminonu dengan karakoy
nampak tak yang berderet-deret manusia kat atas jambatan tu??
ha tu.. bukan pejalan kaki..
tapi pemastautin tetap kat atas jambatan tu
agaknya dorang ni tak balik rumah kot
dok bertenggek kat atas tu untuk memancing..
nanti dalam day9 me akan citer pasal manusia-manusia ni dengan hobi memancing mereka..
tambang ferry dari eminonu untuk trip ni hanyalah 10TL jer
kitaorang naik ferry ni dari dock kat eminonu..
tapi kalo tak nak naik dari eminonu..
boleh jer naik dari karakoy
so kitaorang melihat la keindahan bangunan-bangunan di kedua-dua benua ni pada waktu malam
1st bridge yang menjadi sempadan tour kami..
kalau nak ikutkan,
bosphorus trip yang sebenarnya,
ferry akan terus ke 2nd bridge sebelum ke anadolu kavagi..
tapi yang kitaorang ambik tour ni
dia akan turn back selepas 1st bridge
No comments:
Post a Comment