Ok ni Syieda nak bagi budget sepanjang lebih kurang 17 hari kat Jepun 2 tahun yang sudah. (Giler kentang lama entry nih). Harap dapat membantu bagi sesiapa yang nak jejak kaki kat sini nanti yer. Kalau ada yang salah, minta maaflah..... Al-maklumlah..faktor ketuaan yang menjadi-jadi sekarang ini. Hiks......
KL-Kansai (Airasia) - RM401 (makan + 30kg luggage)
Kansai tru- pass - 5200 yen
Hostel Base Point (3 nites) - RM237.53
Pocket wifi - 8550yen (17 days)
NIL
Universal Studio - 6980 yen
JR tren to USJ - 320 yen
Namba Stn - Yodobashi Stn - 180yen
K Pass - 2000yen
Santiago Guest house(2 nites) - RM179.46
Kyoto bus - 460 yen
Randen train - 500 yen
Sagano Romantic Train - 620 yen
JR Train - 200 yen
Toei Theme Park - 2200yen
Kiyomizudera Illumination - 400 yen
Kyoto - Nagoya (Willer Express) - 1500 yen
Eco Hotel (1 nite) - RM77.36
Bus to Nabananosato (return) - 1780yen
Nabananosato Illumination Entrance - 2100yen
Bus to Takayama - 2980 yen
K's House Takayama (1 nite) - 4800yen
Bus to Shirakawago - 2470yen
Locker (Shirakawago) - 600yen
Bus to Shirakawago point view (return) - 400yen
Bus to Ainokura(return) - 2600yen
Bus to Kanazawa - 1850yen
Econo Hotel Kanazawa(1 nite) - RM134.41
Locker (Kanazawa Stn) - 700yen
1-day Kanazawa Loop Bus Pass - 500yen
21st Century Art Museum - 1000yen
Kanazawa-Tokyo (Willer express) - 4140yen
K's House Mt Fuji (1 nite) - 3000yen
Keio Bus Tokyo-Kawaguchiko(return) - 3500yen
Kawaguchiko Stn -Fujisan Stn (return) - 440 yen
Bus Fujisan Stn - Hananomiyako Park - 460yen
Bus Hananomiyako Park - Fujisan Stn - 1220yen
Bus to Oishi Park(return) - 960yen
Kawaguchiko Stn - Shimoyoshida Stn - 300yen
Locker (Kawaguchiko Stn) - 1200yen
Shimoyoshida Stn - Fuji-Q - 220yen
Fuji-Q Theme Park - 4000 yen
Fuji-Q - kawaguchiko Stn - 170yen
Shinjuku Locker - 1600yen
Shinjuku Capsule Hotel (1 nite) - RM116.68
Suica Pass - 8000yen
Yoshie Apartment/3 nites (Airbnb) - RM419
Tokunai Pass (JR Loop Line) - 750yen
NIL
Disneyland - 6400yen
JR Musashino Line - 160
Disney locker - 900yen
Bus Disneyland-Nagoya (Willer Express) - 3660yen
Nagoya Tokyu Hotel - RM120.88
Nagoya - KL (Airasia) - 36,239yen (Makan+seat+40kg luggage)
Nagoya Airport Locker - 500yen
Total : RM5521.58 (100yen = RM2.98)
Overall, tak de la murah mana pun trip Syieda kali ini. Tapi korang boleh je kurangkan lagi budget ni if tidur kat hostel. Sebab ada certain hotel tu, memang Syieda booked untuk 2 orang. Al-maklumlah, plan asal kan nak pergi berdua. Sekali kawan tak jadi pergi. Nak cancel dan cari hotel baru yang murah memang tak de la kerajinannya kot. Jadinya.....jalan ajer dengan plan yang sedia ada.
Budget ni memang Syieda tak include pun makan dan souvenir dan lain-lain. Sebab bagi Syieda itu terlalu subjektif untuk dibincangkan. Cuma apa yang Syieda boleh katakan ialah.. barang-barang mereka mahal. Pula tu dengan nilai wang kita yang teruk sekarang ni.. memang agak rabaklah poket if hari-hari nak makan kat luar. Kalau fine dining pun paling kurang dalam RM60 sorang. Souvenir pun tak la murah mana. Itu pun Syieda grab kat airport sebab tak sempat beli di tempat lain.
Next, Syieda nak share dengan korang apa yang Syieda sempat beli. Mana la tau boleh bagi idea untuk korang beli dan bawa balik ke Malaysia.
Kitkat yang special tu semua Syieda beli kat KitKat Boutique. Ada macam-macam flavour. Yang paling ingat ada cream cheese. Coklat Macadamia tu pula paling banyak Syieda borong. Sekali bila compare dengan harga kat Malaysia, sama je. Cis bedebah sungguh.KitKat redbean tu sedap gak rasanya. Rasa macam makan aiskrim potong kacang merah.
Paling Syieda suka KitKat kat bawah ni. Rasa dia macam lemak-lemak kaya yang sapu kat roti tu.
Ni pula kain-kain yang Syieda sempat beli kat kedai Tomato. Kain hitam putih yang belah atas tu, Syieda bagi kat mak. Mula-mula bila dapat kain tu, mak kata macam corak kain kat Malaysia jer ...T__T
Bila dah bikin baju, mak puji sebab kain tu best. Sejuk dan tak jarang. Terus mintak adik Syieda pula belikan kain cenggitu time dia ke Jepun aritu.
Ni pula set T-shirt HR yang sempat Syieda beli kat Osaka dan Tokyo. Nasib baiklah sempat belikan t-shirt ni untuk anak buah. Else melopong lah dorang tak dapat apa-apa.
Souvenir kat Disneyland yang paling worst sekali. Tak banyak barang yang menarik di situ. Even nak cari fridge magnet yang menarik pun payah. Snow globe memang tak usah cakaplah. Tak jumpa langsung!
Ni pun nasib Syieda sempat beli untuk diri sendiri bila nampak kat tepi jalan. Ish memang teruklah shopping kali ini. Tak sempat beli apa-apa pun.
Ni je souvenir yang sempat Syieda beli kat airport waktu balik aritu. Tak banyak pilihan. Memang tak berbaloi beli luggage 40kg. Bagi untung kat AirAsia buta-buta je.
Assalammualaikum semua..
6 comments:
Tahniah slesai sudah travelog Japan,great tips n info,very memorable kan...serba serbi mahal tapiii kalau dh pergi sure jatuh chenta n nak repeat,endless discovery :)
betul tu ayda. Jepun memang best. eventho kita semua pergi tempat yg sama... tapi ceritanya berbeza.
jepun,
sebuah negara yang akak tak terpikir nak pi
tup tup
2 x rupanya akak jejak kaki kat sana
hahah
best kan
tang forex...
err mmg tak best (huhu)
Kak anash saya jeles kot nengok trip akak yg terbaru tu. Mmg pasang angan2 lah nak ke sana pula.
Kak anash saya jeles kot nengok trip akak yg terbaru tu. Mmg pasang angan2 lah nak ke sana pula.
syieda,
sila pergi belah utara dik.
pun x akan mengecewakan
heheeh....
akak pun x sangka mampu gagah menongkah suhu sejuk tu
TQ sbb jeles (tetiba hahah...ok joking)
Post a Comment