day 6 dimulakan dengan sarapan di taksim
sarapan sangat ringkas dan murah
untuk set diatas reganya hanyalah 14TL
makanan yang dalam piring tu lebih kurang mcm telur yang dimasak dengan cili ke apa ntah..
tapi ada kuah sikit... sangat sedap.
owh yer seperti biasa.........
kedai makan kat sini memang akan sediakan roti FOC
dan lagi satu..
b'fast orang sini sgt la simple
tak de la cam kita..
nasi lemak la......nasi goreng la.....
mostly dorang makan roti + salad (timun,tomato) + daging hancur yang mcm kebab tu...
senang la sapa kawen ngan orang turki
abis jer b'fast kitaorang ke deretan kedai yang terletak berhampiran dengan taksim square untuk
membeli tix bas untuk esoknya
so, kami memilih kamil koc.
sebenarnya sepanjang bangunan kedai tu,
terdapat pelbagai lagi bas yang lain seperti varan..
tapi me tetap gak nak kamil koc sbb dah baca review tentang bas ni ...
seperti biasa..
nak deal ngan warga turki bukannya mudah
mostly tak tau cakap english
kat taksim yang boleh dikatakan tempat shopping golongan mewah pun tak berapa nak reti
nasib ada gak yang boleh ckp broken english..
janji saya paham awak..awak paham saya...
akhirnya selepas perbualan ayam dan itik..
berjayalah kami mendapatkan tix untuk ke denizli esoknya.
tix ni 55TL untuk sehala.
selesai jer beli tix
mcm biasa menapak semula ke taksim square
untuk naik funikuler hingga ke kabatas
then dari kabatas naik tram semula ke eminonu
sebabnya hari ni kami nak ke benua asia pula.
owh yer sampai kat eminonu
jgn lupa untuk membeli long johns kat subwaynya.
agak murah dan sgt comfy long johns yang saya beli tu..
sebelum naik ferry
jgn lupa sekali lagi untuk merakamkan pemandangan yang sangat cantik di eminonu
me secara peribadi suka sekali dengan gambar kat belah bawah ni..
rasa mcm ferry tu nak langgar jer couple yang ngah dok berehat kat bangku tu..
owh yer..
kat istanbul ni..
adalah satu kebiasaan setiap couple akan berpeluk-pelukan di khalayak ramai
yang tak boleh blah tu..
minah-minah bertudung yang hebok berpelukan..
amboi.. mcm la ko jer yang ada bopren kan???
untuk ke asian side dari eminonu ni sangat la senang..
turun dari tram di eminonu,
di seberang jalan ada beberapa port..
port yang pertama untuk naik bosphorus cruise..
second & third port tu........untuk ke asian side..
sama ada nak ke uskudar atau kadikoy....
dua-dua pun bole..
tapi hari tu kitaorang naik untuk ke kadikoy
tapi kalau agak-agak tak nak naik dari eminonu ni.. uols boleh jer seberang jambatan kat eminonu tu untuk naik ferry dari karakoy
macam biasa..kitaorang guna akbil untuk 1.75TL sehala
dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
masuk jer perut ferry kitorang tetap memilih tingkat atas ferry
pemandangan memang la cantik
lagi cantik kalau tuan belog posing sikit
ngeh ngeh ngeh
kedatangan kami disambut oleh pemandangan yang sangat indah di benua asia ini..
bila keluar ajer dari ferry terminal..
apa yang boleh dikatakan..
area ni lebih tenang kalau nak dibandingkan dengan eminonu..
dan ye..saya rasa gembira berada di sini sama mcm saya gembira time di ortakoy ari tu..
mission utama pada hari tersebut ialah belon kaler merah kat belah belakang tu...
so apa lagi...
ke arah kanan la kami menuju dari ferry terminal tu..
me nak sangat naik istanbul balloon tu
sebagai ganti tak dapat naik hot balloon yang femes amos kat cappadocia.......
sampai ajer kat area belon merah tu...
punya la jenuh menunggu kaunter tix nak bukak
tunggu punya tunggu...
punah harapan tak dapat naik hari tu.. ...
rupa-rupanya belon tu tak beroperasi
mungkin sebab keadaan angin pada hari itu yang tidak mengizinkan..
hadoiiii...
stress nenek time tu!
nak tak nak..
terpaksalah bergambar dengan istanbul balloon tu..
di sebabkan tak dapat naik balloon tu..
kami ke mission seterusnya iaitu naik nostalgic tram ataupun moda tramvay
jalan punya jalan..
kitaorang tak jumpa-jumpa kat mana stopnya..
yang kitaorang nampak cuma route tram tu ngan orang yang ramai dlm tram..
kalau nak ikutkan dalam itinerary yang me buat ni..
stop yang paling hampir dengan kitaorang time tu ialah dekat dengan istanbul balloon ........
tapi tak jumpa...
gitu la kalau orang cari dengan lutut bukan ngan mata kan??
tapi kitaorang teruskan jugak berjalan sekitar kawasan kadikoy tersebut..
apa yang bestnya kat area kadikoy ni..
butik yang menjual baju saiz me sangat la banyak..
rambang mata ok!!
niat di hati memang nak beli jer..
tapi apakan daya... beg dari mesia ari tu ajer dah 18.9kg!
so bagi yang badan saiz me atau yang lebih besar daripada me..
sila la ke asian side..
cari kedai yang tulis "buyuk"
yang bermaksud....
i'm a big big girl..
in the big..big.. world..
it's not a big..big.. thing..
if u leave me..
hahahahah..
memandangkan time me ke istanbul ni
dah nak masuk musim winter
maka tak de la merasa nak lihat pokok-pokok yang berwarna warni..
tapi harus dipuji kerajaan turki ni sebab bersungguh-sungguh menghias jalan raya
dengan..........
ye!!!!
ditanamnya bunga-bunga..
patutlah kadang-kadang tu nampak kat jalan rayanya,
bunga berwarna-warni..
tapi bunga jer yang ada..
pokoknya tak nampak..
sekali rupanya..
dorang tanam bunga semata-mata..
so selang seminggu ke 2 minggu ker,
dorang tanam balik ngan bunga yang lain...............
mungkin sebab xmas lagi beberapa minggu..
jadinya kebanyakan kedai buat jualan murah
memang macam orang tak tentu arah
bila rasanya nak terjah jer semua kedai kat sana..
nak tak nak..
TERterjah ke kedai himpunan beg kat sini..
belek punya belek..
sekali TERbeli 3 handbag..
kengkonon.. nak bagi mak la hapa kan..
sudahnya.. sampai mesia tamak haloba..
semuanya buat reta sendiri..
memandangkan turki terkenal dengan produk kulit..
maka adalah tidak rugi menghabiskan duit membeli produk mereka.
so ceteka yang mana satu me pilih??
kuar ajer dari kedai tu..
kami meneruskan perjalanan..
hinggalah kami jumpa satu persimpangan..
sebenarnya..
me ikutkan ajer tram route tu..
sah-sah akan sampai punya kat stopnya kan??
akhirnya.............
jumpa juga stop moda tramvay ni kat altiyol..
untuk pengetahuan semua............
moda tramvay ni akan membuat satu pusingan
moda tramvay ni akan membuat satu pusingan
jadi lebih baik kalau uols dok jer dlm tram ni sampai satu pusingan sebelum berhenti semula di altiyol yang merupakan permulaan kawasan pejalan kaki..
tambang yang dikenakan ialah 0.90TL untuk sejauh 2.6km
tram ni sebenarnya telah beroperasi lama..tapi diberhentikan pada tahun 1966 sebelum dimulakan semula pada tahun 2003
tram ni beroperasi dari jam 7 pagi hingga 8 malam..
apa lagi..
get ready nak berebut-rebut naik tram
macam me katakan tadi..
kat asian side ni lebih tenang
mungkin sebab lebih ramai golongan berumur...
so terpaksalah bagi jalan kat pokcik mokcik tu dulu...
tak de la besar mana pun tram ni..
yang kat belah depan tu..tempat driver
ni pun kitaorang guna akbil
selepas kitaorang buat satu pusingan,
kitaorang turun di stop selepas altiyol tadi iaitu bahariye
sambil-sambil jalan..
kitaorang sempat gak la memerhatikan keadaan di sana..
yang mana keadaan di asian side ni kurang bilangan anjingnya.
kalau compare ngan european side.. adus...
bersepah-sepah anjing sana sini..
dah la anjingnya bulu setebal kambing biri-biri..
tapikan muslim sini rata-rata membela anjing dan juga menjadikan anjing tersebut sebagai peliharaan
dikendong ditatangnya anjing tu mcm kita menatang, membelai, peluk cium kucing parsi kat rumah tu..
pernah sekali runway diva citer
time nak g office,bila pintu lif tu terbuka ada sorang mamat ni bawa anjing chihuahuanya..
so runway diva pun tak jadi la masuk..
mamat turki tu soh gak runway diva masuk..
runway diva tetap tak mau masuk..
dia bagitau la yang dia muslim
tau apa mamat tu cakap..
"it's ok.. i'm muslim too.."
OMG
tak turun hukum haram ker mamat oii kalau anjing ko menjilat-jilat kaki orang??
puas berjalan sekitar bandar kadikoy..
kitaorang patah balik ke kadikoy port
naik ferry untuk ke eminonu..
tak sure jadual ferry ni..
sebab memang tak de istilah menunggu ferry ke apa sepanjang di sana..
masuk je terminal ferry..
ferry dah sedia menunggu..
cuma time dari eminonu tadi tu jer orang punya la ramai..
tapi kitaorang still dapat tempat duduk dengan view yang menarik..
ok bye-bye asian side...
now dah jumpa european side balik..
memandangkan esoknya..
me akan bertolak ke luar istanbul..
haruslah membeli barang-barang yang telah dipesan oleh family members
so ke grand bazaar la kita semula..
kuar ajer dari perut ferry kat eminonu..
kitaorang seperti biasa naik tram ke sultanahmet
dan menapak ke grand bazaar (GB)..
on the way ke GB tu..
terserempak la ini....
kalau nak diikutkan time me buat itinerary
memang dah masuk xtvt ke hamam
hamam ni ialah turkish bath
yang mana dorang akan sental habis-habisan badan uols..
kira mcm uols g spa la..
tapi dek terbaca satu blog ni tentang pengalaman dia ke spa di bali..
(apa kaitan bali ngan istanbulkan??)
haruslah me batalkan ajer niat murni ku..
hahahaha..
tapi kalo uols melawat ke istanbul.. jgn lupa get ready untuk disental di hamam..
akhirnya sampai ajer dlm GB
cari lampu yang gelemer ni..
ada gak la naik juling nak pilih yang mana satu..
pejam mata pilih jer yang mana-mana..
lepas proses memilih..
kitaorang kuar GB ikut pintu mana ntah..
jumpa lagi jalan yang ada jual macam-macam barang
tak beli apa pun..
nengok jer
sampai la kitaorang jumpa semula istanbul universiti yang kitorang pegi masa day 1 ari tu
time tu pun.. hari dah mcm nak hujan..
dalam hati berdoa dah..
jgn la hujan...
sebab byk lagi tempat yang kitaorang tak pegi..
misi seterusnya ialah mencari turkish delight..
actually masa hari pertama ari tu..
kitaorang dah tertarik nak beli kat satu kedai ni bila runway diva pun beli turkish delight kat sana..
so call runway diva,
dia kata kedai tu sebaris ngan tram route kat sultanahmet..
ok bagus la..
menapak kitaorang mencari.. berkali-kali jalan lalu lalang kat sultanahmet stop tu..
tak jumpa-jumpa
sampai la time kitaorang bengong-bengong mencari tu..
ada minah ni g merakam muka kitaorang berdua yang tercanggak-canggak mencari kedai......
sekali minah tu pun tegur kitaorang..
borak punya borak..
rupanya warga korea..
daripada berborak tentang istanbul.. boleh masuk citer kpop ...
dia punya la hepi sebab jumpa orang asia kat sana..
yang me hepi sebab jumpa orang korea..
aduss..
lepas dah seronok berborak pasal kpop..
me cakap kat partner..
apa pun jadi kita kena cari juga kedai tu..
sebenarnya bukan tak boleh beli kat kedai lain..
tapi nak juga menyusahkan diri sendiri mencari kedai tu..
so kitaorang pun ikut la tram route tu balik......
sampai la kitaorang tak perasan yang kitaorang telah ikut route bertentangan dengan route yang sepatutnya..
punya la jauh menapak..
akhirnya akur dengan kekecohan yang terjadi dalam perut kerana kelaparan,
kitaorang naik tram semula ke kabatas sebelum ke taksim untuk makan tengah hari cum makan malam..
sampai-sampai kat taksim
dah tak fikir dah nak pilih tempat makan..
kitaorang terus menuju ke sebuah restoran yang dari day 1 ari tu..
sampaikan pekerja tu dah siap hafal dah muka kitaorang ni..
menu pun tetap sama..
makanan orang turki ni portionnya sangat besar..
sehari dua kat istanbul..
memang la tak habis makanan yang di order..
naik hari ke-5
sekali hadap dah abis...
lagi satu.. kat sini jangan harap ada sos cili..
ketchup ade la..so nak pedas.. kitaorang ceduk banyak-banyak chili flakes yang sejibik mcm dominos tu.
memandangkan dah tercerita pasal taksim ni..
salah satu yang harus dibeli time di taksim ni ialah...
cikolataci atau cekelat dalam bahasa kasih sayangnya..
banyak je kedai-kedai kecil ni kat area taksim
satu bar yang besar 12TL
me memang menyesal bila beli 6 bars jer..
sampai kat m'sia.. berebut-rebut makan
jangan lupa untuk mintak tester yer..
sebelum beli tu..
ingat tak pasal eskrim yang me ckp ari tu..
eskrim ni dijual kat lorong kecil antara kedai-kedai di taksim ni..
bukannya makcik yang mencangkung tu jual eskrim.....
tapi kat sebelah makcik tu ada banyak kon eskrimkan..
ha situ la..
selamat mencuba...
so sampai rumah
adalah dlm pukul 7
tapi rasa dah mcm pukul 10 mlm..
so tengah malam tu tetiba teringin nak makan marble cake..
so cakap la ngan runway diva..
time tu gak dia g buat..
keh keh keh..
tapi me betul-betul tabik spring ngan runway diva ni..
sebab apa...
segala mak nenek rencah ker, tepung ker, rempah ker,
semua dia bawa dari m'sia..
so 10 hari kat istanbul..
rasa mcm 10 hari dok kat m'sia cuma bezanya cuaca sangat sejuk..
miahahahha
2 comments:
nak tanya..
kt mne office kamilkoc tu?
area taksim square ke?
encik zul,
Yer office tu kat area taksim square. Kalau kita naik je tangga tram station tu (Taksim monument kat depan)pusing belakang nun jauh ada deretan kedai. pergi kat area kedai-kedai tu menghala ke bawah(dalam 2 blok cengitu)ada office kamil koc. Even syarikat bas lain pun ada office kat situ.
Post a Comment