masih lagi hari ke-7 di istanbul..
ntah kenapa la..................... day 7 ni nak split kepada 2 parts...
selepas kitaorang menghabiskan masa kat muzium arkeologi tu........
kitaorang naik tram di gulhane station hingga ke station terakhir iaitu kabatas..
so kuar ajer dari kabatas station..
menapak lebih kurang 5 minit untuk ke dolmabahce palace..
palace yang wajib uols datang kalau ke istanbul
sah-sah tak menyesal kalau tour kat sini..
tix untuk masuk ni ada pelbagai rega..
uols boleh pilih.. nak masuk selamlik ajer ke.. nak masuk harem ajer ker..
atau macam kitaorang ambik combination selamlik ngan harem untuk 40TL.
dan rasanya ni lah tix paling mahal yang pernah kitaorang bayar sepanjang kat sini..
owh yer,
apa yang boleh me pesan kalo uols nak dtg sini..
datang la pagi sebab masuk kedua-dua bangunan tu tak boleh main masuk jer..
ada timing nya dan tidak boleh buat tour sendirian..
memandangkan palace ni sangat berharga untuk mereka..
jadinya terlalu ketat kawalan bagi setiap pengunjung
dan rasanya...ni tempat kedua yang kita kena lalui scanner mcm kat epot tu..
siap bukak coat bagai..
dan lebih menyedihkannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
tak boleh ambik gambar kat dalam kedua-dua bangunan tu nanti..
so kalo uols nak nengok gambaran kedua-dua bangunan tu...
silalah google sendiri yer..
ni me ambik dari google image
kaunter membeli tix ada di sebelah kiri pintu ni..
time masuk jer ke kawasan istana ni..
belah kiri akan ada satu cafe
kitaorang tak makan pun kat situ... setakat ambik gambar jer
akhirnya...
sampai juga ke bangunan selamlik..
contoh gambar google tadi tu la yang ada dlm bangunan di belakang me tu.
memandangkan time kitorang datang tu..
english guided visit lagi 1/2 jam..
kitaorang pun jalan pusing-pusing bangunan tu..
jenuh gak la jalan kat belah depan bangunan tu..
sebab di belah kiri bangunan tu..
ada taman
kalau dah nama blog ni pun hydrangea's lover..
sah-sah kena ambik gambar ngan hydrangea kan??
gambar di bawah ni ialah pintu pagar palace ni jugak..
kat belah luar pagar ni..
ada askar yang akan mengawal cam istana negara kita tu..
kalau musim sejuk dorang akan berdiri dalam sebuah glass
dan kalau uols nak berjalan kaki ke ortakoy..
sah-sah akan lalu depan pintu ni..
bertentangan dengan itu...
ada selat bosphorus...
haruslah kitaorang kat dalam kawasan istana ni rambut kusut masai dek tiupan angin selat tersebut.
akhirnya... jam 2.35 waktu sana atau 8.35mlm waktu malaysia..
kami dapat menjejakkan kaki ke dalam bangunan selamlik ni..
owh yer..
nak masuk ke dalam bangunan di kawasan palace ni..........
kitaorang diwajibkan memakai plastik..
disebabkan rasa seronok pakai plastik ni..
me siap-siap curi plastik kasut ni lebih-lebih.. hahahhaha..
rasanya ada lah dalam sejam lebih visit kami dalam bangunan tersebut..
tapi kalau ambil gambar pun......
rasanya tak sempat kot.............
sebab mata memang terpukau dengan keindahan istana tersebut..
kat belah dalam tu..
ada 'red room'
'pink hall'
'blue hall'
yang mana hall tersebut dari langsir, sofa, carpet, semuanya ikut warna tema..
dan di dalam ni juga terdapat chandelier yang beratnya sampai mencecah ber'tonne'...dan merupakan chandelier yang terberat didunia..
itu belum bahagian siling bangunan yang me rasakan lebih cantik daripada masjid-masjid sekitar istanbul..
bila kitaorang keluar daripada selamlik..
dah nak dekat pukul 4 ptg..
time tu.......hari pun nak gelap dah..
so kitaorang bergegas ke bangunan harem pulak.
bangunan harem ni ialah bangunan yang merupakan kediaman diraja dan kerabatnya..
diberitahu bahawa terdapat 285 bilik, 44 halls, 68 toilets dan 6 turkish baths di dalam istana ni..
time tu siap ckp kat partner..
agaknya kalau lapar tengah-tengah malam..
tak de nya nak g dapur tengah-tengah malam..
dah la jauh............sunyi pulak tu..kalau pergi dapur pun...sampai semula bilik dah terasa lapar balik......
owh yer di dalam harem ni juga dipamerkan bilik tidur kamal atarturk..
juga bilik air beliau bersama-sama dengan kerusi rodanya..
nak tau citer tentang kamal ataturk ni..
silalah rujuk di sini
akhirnya dalam pukul 4 lebih kitaorang keluar dari kawasan istana ini..
sedih gak sebenarnya..
sebab rasa tak puas nak jalan hingga ke area belakang istana..
keluar ajer dari dolmabahce palace..
perut dah start berbunyi..
mana tak berbunyinya..
kalau hanya menjamah makanan pagi tadi jer..
so kitaorang decide nak g ke taksim untuk makan
sebab pukul 11 mlm nak ke kaunter kamil koc untuk naik shuttle bas sebelum meneruskan perjalanan ke denizli..
gambar dibawah ialah berhadapan dengan pintu masuk dolmabahce palace dan berhampiran dengan kabatas tram station.....
rasanya ni dalam pukul 5 ptg kot....
sebab orang start balik keja..
melalui masjid yang terletak di hadapan dolmabahce palace
tengah syiok berjalan..
kitaorang ternampak pulak papan tanda ni..
wah... terus ayaq liuq meleleh..
ahahhahahahaha
betul la kata orang,....
kalau perut kosong .........apa pun tak bole fikir..
begitu jugak yang terjadi pada kitaorang time tu..
kan kitaorang nak ke taksim untuk makan malam..
kitaorang pun tahan la teksi kat depan kabatas station tu..
rasanya..ada lah dalam 3 ker 4 buah teksi kitaorang tahan..
satu pun tak nak bila sebut taksim..
kitaorang dah mula kompius neh...
pastu kitaorang seberang jalan dok kat satu bus stop...
dok memikir cara lain nak ke taksim..
ada gak la dlm 5 minit dok kat situ... baru terfikir sebab apa pokcik teksi tu tak moh ambik kitaorang......
sebabnya...
sah-sah nak ke taksim, naik funikuler untuk satu lagi stop jer dari kabatas tu...
adussss..
padahal tetiap hari kitaorang turun naik funikuler tu.. boleh terlupa...
so sekarang masalahnya..
camana nak masuk ke station funikuler tu..
sebabnya... station funikuler share pintu masuk dengan station kabatas tu...
eh.. malas nak pikir... kitaorang beli jeton 2TL untuk masuk ke kawasan station tu...
rupa-rupanya bila cerita kat runway diva..
dia ckp tak payah bayar 2TL untuk masuk station kabatas tu...
tapi jalan ke hadapan sedikit untuk masuk ke funikuler station...
adusss,......membazir 2TL kitaorang...
memandangkan baru pukul 6 petang time kitaorang sampai taksim..
kitaorang pun terus ke KFC
nak gak rasa ayam kfc orang sana...
susun atur kedainya pun sama jer ngan negara kita..
hidangan ayamnya pun sama juga..
cuma yang bezanya ialah......................
ayamnya terlalu masak dan kecil sedikit,
bun nya yang boleh dikategorikan seperti 'bantat'
disediakan mayonnaise sangat la.......la~la~la
fun fries yang tak masin cam negara kita punya..
dan paling penting....
set ni reganya 14TL..
sila darab 2 untuk rega di malaysia..
so dalam pukul 10 lebih pas dok berjam-jam kat dalam kfc,
kitaorang bergerak ke kaunter kamil koc berdekatan dengan taksim square..
staff dorang ramah.. tapi tak tau nak cakap english..
so kitaorang berbual dalam bahasa isyarat ajer..
kah kah kah kah..
so seperti yang dijanjikan.............
shuttle bas datang tepat pada waktunya untuk membawa kami ke sebuah terminal khas..
owh yer apa yang me peratikan kat sini...
sistem pengangkutannya sangat bagus..
kat bus stop akan ada digital time table yang memberitahu bilakah bas akan sampai..
ok berbalik cerita naik bas ke pamukkale ni..
tak de direct bas ke sana..
nak tak nak kena naik bas ke denizli kemudian baru la ke pamukkale
yang bestnya..
bas yang membawa kitaorang ke denizli pada malam tu sangat luas..
biasalah seat 2 -1 mcm bas kita juga..
tapi berbeza cumalah...
setiap seat......disediakan ini..
hahahhahaha..
rasa mcm naik kapal tobang pulak..
memandangkan boleh layari internet..
beria-ia kami nak bukak fb memasing..
sekali harammmmmm tak tau nak tukar languagenya..
sudahnya bukak la blog sendiri..hahahahahaha
tengah sedap blogwalking...
tetiba ada pramugara yang datang tanya nak minum & makan apa...
kelas ko kamil!!!!!
seriyes sgt excited!!!
rasanya ada la dlm 3 ke 4 kali dorang hidangkan minuman dan snack untuk kitaorang..
2 comments:
Patutlaaaaah aku xberapa faham rupanya aku dah terskip entry ni. Terus menjunam masuk entry Day 8. Hampagas. Ok now dah tau mana nak ambil bas si Kamil ni.
Ok dah jwb !
Refer pd gambo yg aku lukis tuh.
Post a Comment