nampak gayanya teman berholiday dah kurang sorg..
hokey ni cerita tentang hari ahad yg lalu
me menghadiri majlis kenduri kawen rakan seholiday di simpang renggam
mula2 sampai kat highway tol simpang renggam macam ada sikit xcited sbb
tak sampai setengah jam dah sampai simpang renggam dr johor bahru.
memandangkan peta perjalanan ada pada me...
so me pun menjadi ketua perjalanan..
tapi dah nak masuk setengah jam tak jumpa2 jugak
balai polis seperti yg tercatat kat dlm kad jemputan
ehhhh.. mula la cuak
nak2 dah sampai ke benut pontian pulak..
dah la jalan kampung
nak buat uturn pun payah
eh camana ni....
so kami pun call sorg kawan yg dah lama sampai
(kekwat weiii kami berdua sbb tak nak tanya org kat tepi2 jalan) ~hambik ko padan muka
yg bestnya.....
teman yg dah berjaya sampai ni pun tadi sesat barat gak...
sejam berpusing2 kat bandar pontian..
gitu gini gitu gini...
akhirnya sampai la kat bandar simpang renggam..
eh..kesukaran tak terhenti disitu ajer
part nak cari lorong masuk rumah pengantin pulak kami tersasar
dah kenapa tak nak letak bunga manggar ke hapa ...
berkali2 gak la buat uturn
nak mencarikan lorong rumah pengantin..
sebaik jumpa...
lega la barang seploh limabelas minit...
so kami berdua call balik kawan yg selamat makan nasi minyak tu..
bila kitaorg describe rumah org kawen yg kitaorg sampai tu..
sungguh2 kawan kitaorg mengiyakan..
tapi yg peliknya..
tak nampak pun kereta dia..
ah bedal kan ajer la...
kitaorg siap tanya kawan kitaorg tu..
>theme khemah pengantin kaler purple + putih??
jawapannya > iya..
>ada sekumpulan budak laki2 pegang payung warna warni kat depan khemah??
jawapannya> iya..
>rumah pengantin terletak kat atas bukit??
jawapan> iya...
oleh kerana agak berpuas hati ngan jawapan yg diberi..
maka kami berdua ini pun memakirkan kereta masing2..
agak jauh dr rumah pengantin
sambil mata melilau sekali lagi mencari kereta milik si kawan yg telah berjaya sampai...
dgn andaian keretanya dipakirkan di tempat lain..
kami berdua pun terkedek2 mendaki bukit utk sampai ke rumah pengantin..
dah la hujan renyai2...bertarung nyawa ngan membawa bulu mata pelsu (hik hik),
menatang hadiah lagi...
adussss...
tetiba rasa mcm agak pelik..
sbb tak nampak langsung muka kawan me tu dok menunggu kitaorg ke hapa...
sudahnya.. mulut ni ringan ajer nak tanya kat makcik penyambut tetamu tu...
"makcik, ni rumah Enche *****??"
"BUKAN.... ni rumah Enche *****"
HAAAA??????
malunya...
nasib baik tak sempat duduk dan makan lagi..
apa lagi..
dgn muka yg rasa ala2 tidak bermata dan berhidung ini...
terus minta maaf serta angkat kaki..
alamak..
rupa2nya rumah pengantin sebelah dlm lagi..
start ajer enjin keta..
masing2 meneruskan perjalanan..
owhh akhirnya
jumpa gak ngan rumah pengantin...
utk membalas dendam..
kitaorg makan byk2.. hehehehhehe...
sbb time tu tetamu pun dah nak balik...
sementara pengantin dok bergambar kat luar,
kitaorg pun sempat merasa bersanding kat dalam..
selamat pengantin baru fieza!!!
p/s: ada sesapa yg nak jadi teman holiday me???
No comments:
Post a Comment